CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6648|Reply: 33

Mod Tanya Lelaki Melanggar Peraturan Board

[Copy link]
Post time 13-6-2014 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera buat sekalian forumers semua yang sedang membaca thread ini. Anda diminta agar tidak membaca separuh jalan dan bacalah kesemua penulisan saya ini sehingga tamat agar dapat memahaminya sebaik mungkin.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari saya mulakan ...

Di sini, saya ingin membuat satu aduan mengenai board Tanya Lelaki apabila seorang moderator di board tersebut tidak bersikap professional dan berkelakuan agresif apabila secara tiba-tiba moderator tersebut membuang thread & memotong kredit saya tanpa sebarang alasan yang munasabah dan logik. Thread tersebut telah dibuka oleh saya sendiri.

Mengikut peraturan-peraturan berforum yang telah ditetapkan di board tersebut, saya mendapati bahawa thread saya yang telah dibuang itu tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan. Di bawah ini merupakan peraturan-peraturan berforum di board Tanya Lelaki:

PERATURAN  BOD TANYA LELAKI




1. Bod ini hanyalah mengenai LELAKI sahaja. Sebarang bentuk pengiklanan, promosi diri, video dan apa jua bentuk yang tidak ada kena mengena dengan topik yang dibincangkan tidak dibenarkan di sini. Forumer akan dikenakan POST BANHAMMER sekiranya mengabaikan peraturan berikut. Sebarang bentuk pengiklanan sila klik disini Pusat Komersial

2. Tidak dibenarkan menggunakan bahasa kurang sopan, keji, provokasi, menghina, lucah dan apa jua yang boleh menyinggung perasaan mana-mana forumer di forum Cari ini.

3. Tidak dibenarkan berborak yang berlebihan yang tidak ada kena mengena dengan topik sehingga mengganggu perbincangan forumer lain.

4. Setiap bahasa yang digunakan hendaklah difahami oleh forumer. Tidak dibenarkan menggunakan shortform yang terlampau hingga mengelirukan forumer utk membaca..

Untuk membaca peraturan forum, Sila klik Peraturan Cari Forum

Baiklah, saya mulakan dengan penerangan peraturan satu dan saya akan terangkan mengapa thread saya tidak seharusnya dibuang dan dipotong kredit dengan sewenang-wenangnya ...

1.) Peraturan satu merujuk pada mana-mana ahli perniagaan, usahawan dan yang seumpamanya yang ingin mempromosikan barangannya adalah diharamkan/tidak dibenarkan untuk membuka thread begitu di board Tanya Lelaki. Mana-mana individu yang melanggar peraturan satu ini akan dikenakan Post Banhammer. Manakala thread saya tidak mengandungi sebarang iklan mahupun promosi.

2.) Peraturan kedua pula merujuk pada mana-mana individu yang tidak mempunyai kesopanan serta budi bicara dan keji ketika berbicara, menaikkan kemarahan mana-mana pihak dengan menyelitkan unsur-unsur berbaur provokasi dan apa jua yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak ataupun individu ahli forum CARI.

Manakala thread saya penuh dengan penggunaan bahasa dan budi bicara yang tinggi jauh sekali menghina, tiada ayat-ayat lucah ataupun video/gambar tidak senonoh (hanyalah sebuah soalan cara professional) termasuklah tiada unsur-unsur provokasi malah forumer lain yang mengunakan budi bicara berbaur hinaan dan memprovokasi saya tetapi saya langsung tidak mengendahkannya kerana menganggap ia satu lumrah berforum.

3.) Peraturan ketiga tidak perlu diterangkan lebih lanjut kerana topik tersebut baru sahaja dibuka dan tidak sempat saya berbual sehingga lari dari perbincangan topik.

4.) Peraturan keempat tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang sukar difahami seperti bahasa SMS ataupun shortform yang melampaui batas sehingga menyukarkan dan memeningkan kepala pembaca lain. Manakala thread saya tidak ada satu patah perkataan pun yang mengandungi short form.

Itulah penerangan yang dapat saya huraikan. Ia sudah cukup jelas bahawa saya tidak melanggar sebarang peraturan-peraturan tersebut malahan saya sudah mematuhi segalanya.

Cukuplah saya mengulas berkaitan peraturan board, kita beralih pula maklumat berkaitan thread saya itu dengan lebih terperinci ...

Thread saya berbunyi begini, saya hanya menanyakan bagaimanakah cara untuk menjadi seorang gigolo. Di dalam soalan dan posting saya di dalam thread itu, TIADA satu pun ayat-ayat yang saya karangi mengandungi ayat lucah mahupun keji, sebaliknya hanyalah sebuah soalan sesuai untuk pembacaan umum malah penuh dengan budi bicara, , jauh sekali gambar mahupun video-video tidak senonoh.

Jika kita bandingkan dengan topik-topik yang pernah dibuka oleh forumers lain sebelum ini, jauh lebih baik topik saya dengan topik mereka, malah ada antara topik mereka yang mengandungi gambar-gambar bogel artis antarabangsa, kartun, video dan gambar yang ekstrim ganas pembunuhan dan kematian serta lucah, malah sehingga ke thread gay tanpa sebarang budi bicara malah sungguh keji dan menyakitkan mata untuk dibaca, tetapi mengapakah mereka tidak dikenakan tindakan ?

Apakah yang sedang terjadi di forum ini ? Apakah ada nasihat daripada Super Moderator ataupun pihak admin sendiri untuk menasihati moderator-moderator junior ini untuk sentiasa berkelakuan professional dan adil ?

Jika perkara ini berlanjutan, ia sedikit sebanyak akan menggugat kegembiraan dan kesejahteraan ahli forum CARI. Di harap agar @admin6 juga tampil untuk rujuk berkaitan permasalahan ini supaya ia tidak berulang lagi di masa akan datang.

Saya berharap agar moderator-moderator di seluruh forum ini bersikap professional serta adil agar perkara-perkara negatif dan buruk dapat dielakkan daripada terjadi.


Diharap juga untuk pihak-pihak Super Moderator yang mampu berfikir ataupun Admin untuk tampil untuk memberi komen, samaada thread saya itu benar-benar menyalahi peraturan board ataupun tidak.

Jika anda tampil dan mengatakan ia benar-benar menyalahi peraturan berforum beserta sebab dan bukti-bukti kukuh, maka saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi, jika ia tidak menyalahi peraturan, lakukanlah sesuatu untuk mengelakkan ia terjadi lagi di masa hadapan.

Hormat menghormati sesama manusia adalah satu amalan mulia. Buatlah baik dengan jujur kerana hidup pasti akan tenang dan sejahtera... begitulah juga sebaliknya.

Kerana ia bukanlah lagi peraturan forum, tetapi adalah peraturan dunia.

Terima kasih kerana meluangkan masa dan anda yang menyokong saya dari belakang.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 08:39 PM | Show all posts
bodo nya kau ini.

sini negara malaysia.

bukan negara gigolo atau anak ikan.

kalau kau masuk forum lain pun kau kena buang.

hormat sikit orang lain jgn buka thread lucah.

jangan jadi cm @batukikir  gila seks dah buka thread orgasm. Last edited by CiliPadiSedap on 13-6-2014 08:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:10 PM | Show all posts
atesyun seeker
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:14 PM | Show all posts
kau nak jadi gigolo pegi duk amerika la bro.. nak mampus tonggang arak pun boleh.. akal xde ke.. thread kau tu melanggar norma ketimuran, dah la bengap, nak ajak org lain jadi bengap.nasib baik mod cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:15 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 13-6-2014 08:39 PM
bodo nya kau ini.

sini negara malaysia.

kawan tu tak dpt ngesek hari2 pun cerita satu malaya..wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:16 PM | Show all posts
gugel saja tak keluar kah cara nak jadi gigolo?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2014 11:26 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 13-6-2014 11:16 PM
gugel saja tak keluar kah cara nak jadi gigolo?

kita sangka baik dia pakai yahoo
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:27 PM | Show all posts
rawahah posted on 13-6-2014 11:15 PM
kawan tu tak dpt ngesek hari2 pun cerita satu malaya..wakakakaka

haha. gersang.

nk jd gigolo, tp muka cm pondan tak siap.

lepas tu marah2 forumer cari forum.

sentap buka thread.

pondan auw2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 11:34 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 13-6-2014 11:27 PM
haha. gersang.

nk jd gigolo, tp muka cm pondan tak siap.

gila sex sangat tu.. sampai nak jadi gigolo.. bajet muka mcm aeron aziz.. padahal mcm amron tukimon ajis
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 02:13 AM | Show all posts
owh thread gigolo tu...i wonder yang tanya tentang anak ikan tu menerima nasib yang sama tak??
fungsinya sama jer nak dipelihara perempuan untuk duit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 01:36 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 13-6-2014 08:39 PM
bodo nya kau ini.

sini negara malaysia.

Ini sudah terjawab di perenggan ke-14. Baca dan fahamilah menggunakan otak yang waras :

Jika kita bandingkan dengan topik-topik yang pernah dibuka oleh forumers lain sebelum ini, jauh lebih baik topik saya dengan topik mereka, malah ada antara topik mereka yang mengandungi gambar-gambar bogel artis antarabangsa, kartun, video dan gambar yang ekstrim ganas pembunuhan dan kematian serta lucah, malah sehingga ke thread gay tanpa sebarang budi bicara malah sungguh keji dan menyakitkan mata untuk dibaca, tetapi mengapakah mereka tidak dikenakan tindakan ?

P/S: Perlukah saya senaraikan thread-thread tersebut?






Last edited by JiwaKental on 14-6-2014 02:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 01:45 PM | Show all posts
Saya tertanya-tanya, di antara 2 id ini iaitu Cilipadisedap dan Rawahah, siapakah moderator itu yang menyamar dengan menggunakan nick Cilipadisedap atau Rawahah untuk menyebelahi diri sendiri ? tak perlu berasa pelik kalau saya tahu.



Jadi saya tetap ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini oleh yang lebih berilmiah.

Dijemput juga super moderator @AceHand @isabel @fleurzsa @Sasha @winamp05 dan juga @admin @admin1 @admin2 @admin3 @admin4 @admin5 @admin6  untuk tampil memberi penjelasan.



Last edited by JiwaKental on 14-6-2014 01:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 01:54 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 13-6-2014 11:16 PM
gugel saja tak keluar kah cara nak jadi gigolo?

Kalau saya gunakan google, maka google lah yang saya telah gunakan sekarang. Kalau saya gunakan Youtube, maka Youtube lah yang saya telah gunakan sekarang ...

Dan kalau saya gunakan forum, maka forum lah yang saya telah gunakan sekarang.






Last edited by JiwaKental on 14-6-2014 01:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 02:08 PM | Show all posts
mrsLucky posted on 14-6-2014 02:13 AM
owh thread gigolo tu...i wonder yang tanya tentang anak ikan tu menerima nasib yang sama tak??
...

Saya ingin dipelihara untuk duit, dan bukanlah untuk hiburan. Seperti yang telah dinyatakan saya di dalam thread tersebut di dalam perenggan ke tiga terakhir,

Kesempatan ini juga saya ingin jawab sekali pertanyaan yang telah diajukan @cowey di dalam thread tersebut, samaada saya sanggup ataupun tidak untuk bersama dengan wanita-wanita yang sudah sedikit berumur.

telah saya terangkan di dalam thread itu bahawa ia merupakan satu pekerjaan mencari duit (yang tiada hiburan), dan bukanlah hiburan untuk melepaskan nafsu.

Oleh kerana itulah saya sudah memberi peringatan awal agar membaca penulisan saya sehingga tamat bagi mengelakkan soalan-soalan yang telah dijawab tidak ditanyakan berulang kali (thread yang telah dibuang itu)







Last edited by JiwaKental on 14-6-2014 02:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
JiwaKental posted on 14-6-2014 02:08 PM
Saya ingin dipelihara untuk duit, dan bukanlah untuk hiburan. Seperti yang telah dinyatakan saya d ...

You tak kerja atau masih study? You nak jadi gigolo untuk dapatkan duit banyak dengan cara mudah? Pada pandangan uols Gigolo n anak ikan ni boleh diketegori sebagai jual diri aka pelacur?

I rasa cam susah nak cari sugar mummy coz mostly ia adalah hush hush thing. Bagaimana kalau kamu jadi personal trainer kat gym yang ramai wanita. Maybe you can be friendly and sweet to them dan mana tau ada yang nak more dari you..

Good luck n update k..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 05:59 PM | Show all posts
JiwaKental posted on 14-6-2014 02:08 PM
Saya ingin dipelihara untuk duit, dan bukanlah untuk hiburan. Seperti yang telah dinyatakan saya d ...

mungkin aku tak taw masalah ko..

niat ko pown dah tak betul..

tak semestinye kene org pelihara baru ade duit..

nape tak cube cari keje part time ke?

ikot ko lah bro..

tp nasihat aku kalau ko rase ade jalan lain cari la jalan lain..

mungkin mule2 niat ko nk duit, jgn nnt makin lame makin lemas ngn duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2014 08:14 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 14-6-2014 05:17 PM
You tak kerja atau masih study? You nak jadi gigolo untuk dapatkan duit banyak dengan cara mudah?  ...

Maafkan saya sebab terlewat balas komen awak.

Saya sudah bekerja dan ia hanyalah pekerjaan yang biasa-biasa, cukup untuk memenuhi keperluan hidup. Sebenarnya saya bukan mahu sangat menjadi gigolo, tetapi disebabkan kawan-kawan saya mengatakan bahawa pekerjaan itu sangat lumayan hasilnya membuatkan hati saya ingin untuk melakukan pekerjaan itu. Tambahan pula rakan-rakan saya mengatakan yang saya bagaikan sudah mempunyai 'pakej' sempurna menggerakkan hati saya lebih untuk ke arah seorang gigolo.

Ia memang tidak dapat dinafikan lagi walaupun kasar bahasanya bahawa gigolo dikategorikan sebagai pelacur lelaki, namun jika ia hakikat, akan tetap hakikat dan haruslah ditelan walaupun pahit ...

itulah masalah yang saya hadapi sekarang. Saya kebuntuan untuk mencari wanita-wanita berumur berduit yang ingin bersama kerana ia perkara yang sangat rahsia. Harapan saya agar sesiapa di dalam forum CARI ini dapat membantu memberikan panduan untuk saya capai cita-cita saya ini (tidak perlu begitu terperinci). Kalau masih tiada jawapan maka saya akan redha dan akan berusaha menggunakan cara lain.

Mengenai personal trainer, sebenarnya saya kurang berminat sebab mungkin hasilnya tidak seberapa dan mungkin pekerjaan saya yang sekarang lebih baik jika dibandingkan menjadi personal trainer di gimnasium.

Walau apa-apa pun, terima kasih banyak kerana telah menolong serta memberi saya idea yang bernas serta tulus.



Last edited by JiwaKental on 16-6-2014 08:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 08:21 AM | Show all posts
cowey posted on 14-6-2014 05:59 PM
mungkin aku tak taw masalah ko..

niat ko pown dah tak betul..

Saya pun tak tahu mengapa kata hati saya kuat mengatakan yang saya akan berjaya dalam hidup jika menjadi gigolo dan tidak ada pekerjaan lain yang lebih bagus ... Mungkin disebabkan kesan corak kehidupan yang pernah saya lalui ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 08:31 AM | Show all posts
Jika antara anda mempunyai sebarang pendapat, idea mahupun nasihat JUJUR yang ingin diberikan kepada saya disini, janganlah berasa janggal atau risau.

Ucapkanlah disini dan saya pasti akan terima dengan fikiran yang terbuka dan hati yang tenang. Mungkin ia mampu memperbaiki kekurangan saya.

Tetapi kalau boleh, janganlah menasihati seseorang dengan nada sindiran, marah mahupun hinaan. Nasihatlah dengan budi bicara yang tinggi, agar yang dinasihati tidak terguris hati.

Tidak ada sesiapa di dunia yang ingin mendengar nasihat dari seorang yang menasihati menggunakan cara kasar dan kesat. Terima kasih.




Last edited by JiwaKental on 16-6-2014 08:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:06 AM | Show all posts
JiwaKental posted on 16-6-2014 08:14 AM
Maafkan saya sebab terlewat balas komen awak.

Saya sudah bekerja dan ia hanyalah pekerjaan yan ...

Join a gym lah...then you can befriend pompuan yang you maksudkan tu..you need to invest untuk dapatkan apa you nak...ia tak akan datang bergolek..
my husband gym trainer dah dapat pon sugar mummy...he just train her dan date her...he dapat macam2 lah as a kept men..

but i hope you fikir secara mendalam coz what yang you rasa elok untuk you hari ini mungkin akan membawa penyesalan waktu you berumur nanti...
TRUST ME.. you want your future children to look up to you because you are a real man yang work hard for living bukan mendapatkan duit secara melacur..
TRUST ME juga duit yang didapati dengan cara yang tidak elok tidak berkat...you may find yourself to have it all but end up with nothing...
my humble opinion lah..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.060064 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list