CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2278|Reply: 7

Tip dan Info Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

[Copy link]
Post time 14-9-2014 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Sukatan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (6) seksyen seperti berikut :

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F - Sahsiah Diri


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkaraperkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia.
Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembanganperkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan
mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan - B

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah
memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti
dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan - D

<< Download Tip dan Info Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 >>



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 12:45 PM | Show all posts
SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20


Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :

i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.


(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapanjawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Caloncalon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.

A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.

Jawapan - D


Penjelasan
Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.
Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.
Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.
Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.
Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.

B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.

Jawapan - C

Penjelasan
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

(II) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki
menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan
Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

Kadar cukai Di Malaysia
0 - 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225
5,000 - 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300
7,500 - 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375
10,000 - 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000
15,000 - 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250
20,000 - 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500
25,000 - 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500
35,000 - 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000
50,000 - 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250
75,000 - 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500


1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan - B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000.
Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?
A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan - C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan - C

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5.
Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada
calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.


Contoh Soalan
1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64

Jawapan - A

Cara mendapatkan jawapan
Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28
1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah
lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan - A

Cara mendapat jawapan
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27


Lagi info, download contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik Sekarang!

<< Download contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik >>




Last edited by xbest on 17-9-2014 12:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 11:02 AM | Show all posts
Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan am.

1. Agama Islam mula berkembang di Melaka pada:

A. Awal abad ke-14
B. Awal abad ke-15
C. Penghujung abad ke-13
D. Penghujung abad ke-14
Jawapan : B

2. Berikut ialah faktor-faktor yang menjadi sebab Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15, kecuali :

A. Dapat perlindungan dan hubungan diplomatik dengan negeri China
B. Kedudukan strategik dan tumpuan ramai pedagang asing terhadap Melaka
C. Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
D. Sumber bahan mentah yang kaya di Melaka
Jawapan : C

3. Penduduk India berhijrah ke Tanah Melayu kerana :

A. Bencana alam kerap melanda India
B. Hidup susah di India
C. Mendapat sokongan penjajah British
D. Mendapati banyak peluang pekerjaan di Tanah Melayu
Jawapan : C

4. Orang Belanda merebut kuasa pemerintahan di Tanah Melayu dari Portugis kerana :

A. Mengawal pengaruh British di Negeri-Negeri Selat
B. Menguasai ekonomi dan perdagangan
C. Mengusir orang Portugis dari Tanah Melayu
D. Menyebarkan ideologi dan agama Belanda
Jawapan : B

5. Di antara berikut, yang manakah tarikh penjajahan British di Tanah Melayu berikut adalah salah?

A. Perjanjian Pangkor dimeterai (1874)
B. Penubuhan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (1909)
C. Penubuhan negeri-negeri Melayu bersekutu (1896)
D. Pembentukan negeri-negeri Selat berdasarkan Perjanjian dengan Belanda (1824)
Jawapan : D

Contoh soalan Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

1. Untuk perjalanan dari tempat P ke tempat Q, kita boleh gunakan bas, bot atau kapal terbang. Ini sama dengan perjalanan dari tempat Q ke tempat R. Berapakah cara yang boleh digunakan untuk perjalanan dari tempat P ke tempat R, melalui Q?

A. 3
B. 6
C. 9
D. 12
Jawapan : C

Lagi info, download contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik Sekarang!

<< Download contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik >>


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 11:53 AM | Show all posts
Contoh Senarai Soalan Ramalan Peperiksaan Online PTD:

1. Apakah peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?
2. Apakah skop dan bidang tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?
3. Siapakah yang bertanggungjawab menerajui Perkhidmatan Awam Malaysia?
4. Siapakah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan diplomatik? Berikan contoh yang sesuai?
6. Apakah perbezaan antara JPA dan SPA?
7. Senaraikan Kementerian dan Jabatan di Malaysia? Nyatakan perananperanan Kementerian.
8. Senaraikan Dasar-dasar Kerajaan yang anda tahu? Huraikan 3 daripada mana-mana dasar kerajaan yang anda baru nyatakan sebentar tadi?
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Misi Nasional? Apakah itu Misi Nasional? Huraikan?
10. Apakah itu Islam Hadhari?
11. Mengapa kamu memilih Perkhidmatan PTD?
12. Pelan Integriti Nasional?
13. Rukun Negara?
14. Wawasan 2020? 9 Cabaran? Apa beza Wawasan 2020 dan Misi Nasional? Rancangan Malaysia Ke Sembilan?
15. Apakah isu-isu semasa terkini berhubung negara ini? Apakah isu terbaru pada hari ini? Nyatakan pendapat kamu dalam mengatasi masalah isu-isu yang baru disebutkan sebentar tadi.
16. Sekiranya kamu berjaya dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam, bagaimana kamu akan memulakan tugas kamu sebaik sahaja kamu melapor diri di Kementerian/Jabatan?
17. Nyatakan peranan seorang diplomat?
18. Siapakah Menteri-menteri di Jabatan/Kementerian?
19. Sekiranya mendapat arahan daripada ahli politik untuk melaksanakan sesuatu tugas penting. Apakah tindakan yang perlu dilaksanakan?
20. Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin?
21. Apakah ciri kepimpinan yang berkualiti?
22. Apkah maksud berkhidmat untuk negara?
23. Perkhidmatan luar kebiasaan? Service beyond boundary?
24. Apakah masalah-masalah yang lazim berkaitan dengan Kerajaan? Strategi menyelesaikan?
25. Parti politik mana yang kamu sokong? Mengapa? Boleh ke?
26. Negara-negara Commonwealth? Senaraikan? Mengapa Commonwealth?
27. Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan dua hala? Contoh?
28. Di manakah Perdana Menteri kita pada masa ini? Tugas apa? Tujuan?
29. Ucapan Perdana Menteri yang terkini di mana? Apa isi kandungannya?
30. I.S.O, S.O.P?


Lagi Info Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Sila Ke:

[+] http://tinyurl.com/infoptd2014



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 07:50 PM | Show all posts
Download Tips Exam Pegawai Tadbir Diplomat PTD

Beberapa Contoh Soalan Temuduga PTD 2014:

1) Berikan perbezaan antara kuasa2 yang ada pada Kerajaan Persekutuan,
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan?
3) Apa yang dimaksudkan dengan ’seperation of powers’?
4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia?
5) Berapa bidang tugas PTD?
6) Senaraikan dasar2 luar Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama
7) Apa setiausaha negara US Hillary Clinton buat kat China skang?
8) Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next month?
9) Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh anda sekiranya terpilih menjadi
seorang PTD?


Lagi Info, Sila Ke:

==> http://tinyurl.com/infoptd2014
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 04:45 PM | Show all posts
Download contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik Sekarang!

<< Download contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik >>

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2014 08:06 AM | Show all posts
Kepada calon yang bakal mengikuti exam Pegawai Tabdir Diplomatik M41, semoga berjaya untuk anda.

Juga anda boleh dapatkan Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (klik) Secara Percuma.

All the best ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 08:29 AM | Show all posts
Download Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Kepada calon yang telah menerima Surat Panggilan
Peperiksaan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41,
boleh dapatkan info Tips exam PTD di :

[+] http://tinyurl.com/infoptd2014


Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051566 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list