Salam semua warga MPS..
Sebenarnya dah lama jadi SR kat sini tapi segan silu nakberamah mesra di sini. Tapi disebabkan berlakunya kejadian angker di rumah mak ai,makaterpaksalah ai membuka thread sendu di MPS.Mohon jangan cerca kalau kejadianangker ai tak seangker kejadian lain.Maklumlah,lain manusia lain pulak darjahkeangkeran,cam darjah kepedasan ayam Nando’s.
Dah lama rumah mak ai mengalami kejadianangker.Ai senaraikan di sini tak mengikut kronologi sebab tak ingat sangat.
Mak ai terjumpa gambar makcik tua yang tidak dikenali
Pada satu hari yang tenang mak dan makcik ai mengemas bilikuntuk melihat kejadian anai-anai menyerang lemari baju.Apa yangpenting?Kerjasaaamaaaaaa. So dedua tu pun buat la kerja sesambil pok pek pokpek berdua.Dah tu makcik pun bukak lalaci dan ternampak gambar sorang makcik tua dalam laci tu.Masalahnya,dorang takkenal pun pic tu pic sapa. Lagipun, pic keluarga semua memang di simpan dalamalbum dan di letak dalam lemari pusaka. Tapi point yang penting bila jeterlihat muka makcik tu,meremang bulu roma dedua. Pic tu pulak di print ataskertas A4 biasa dan hitam putih. Makcik tu berselendang dan hanya pic sekeratsampai bahu dan mata pandang ke depan ala2 pic IC gittew. Akibat ketakutan yangteramat, mak ai buang pic tu ke dalam tong sampah. Selepas tu bermulalahkejadian mimpi-mimpi.
Mimpi mak 1 Mak ai mimpikan ai pakai baju kebaya dan batik kain lepas.Dalam mimpi tu ma kai tak abih2 la pok pek kat makcik cakap ai dah berubah jadiwanita ayu.Phuiiiii!
Mimpi mak 2 Mak ai mimpikan ai pakai baju ala Victorian.Kao mampoo makkao mimpi kao cecantik walaupun realitinya anak nan hado? Semasa kejadian ni terjadi kat mak ai, memang ai tak taucerita pun pasal mak ai.Sheols ni lebih suka memendam perasaan kekadang sotatau la apa yang berlaku sampaila kakak ai kepoh2 di WhatsApp. So, ai puntermimpi la jugak kaedahnya.
Mimpi ai 1 Ada budak kecik ni hulur2 tangan tunggu ai sambut. Entahmacam mana, budak ni yang dalam umur 4 atau 5 tahun ni berjaya tangkap pergelangantangan ai.Ya rabbi,sejuk sungguh tangannya. Tapi ai melawan dan terus tariktangan, maka terlepaslah pergelangan tangan ai yang dicekak tu. Tapisedar-sedar je terasa sejuknya pergelangan tangan.
Mimpi ai 2
Baru je jadi malam tadi. Mimpi opah meninggal dan mak sedihsangat. Dalam mimpi tu ai peluk mak yang tengah menangis kerana mak diameninggal. Terjaga dalam keadaan tangan seakan peluk orang. Terus bangun layandengar Al-Baqarah seround dan sambung tidur. Sebelum ni pun dah banyak kejadian angker berlaku dalamrumah mak tu.
Mimpi ai 3
Ai mimpi berlari dikejar budak kecik.Dalam mimpi tu ai berzikir La Ialahaillah sambil lari ala-ala half marathon Standard Chartered.Budak tu cuba capai tangan ai tapi ai tetap berlari sambil berzikir. Terjaga dalam keadaan masih berzikir.
Kejadian rumah 1
Ada satu malam tu anak sedara perempuan datang tidur katumah mak. Dia ni penakut sikit so tidor pun berimpit2 dengan mak dan makcik ai.Then dah tengah malam dia terjaga dan nampak makcik ke tandas. Dia pun ikut jela coz mamai dah tu nak terkucil sangat. Bila balik semula ke tilamtengok-tengok makcik elok je tido. Sapa la pulak yang dia ikut gi ke tandas tu?Teruslah berselubung dalam selimut sampai ke subuh!
Kejadian rumah 2
Bilik tidur utama tu memang jarang kitaorang tidur memalamkalau hanya sensorang.Lebuih dari 3 orang baru la kami tidur dalam bilik tu.Satu malam tu anak-anak sedara datang tidur masa weekend. Biasalah bebudakkan?Dah reramai happy la dan tido pun dah lewat malam. Anak sedara yang umur 8tahun tu tetiba terjaga coz dia terasa macam ada orang perhatikan. Bila diabukak mata, ada makhluk berbulu tengah mencangkung dan tengok dorang yangtengah tidur atas katil. Dia pun tutup mata dan sambung balik tidur.
Dah buat appointment dengan sorang ustaz kat umah mak nantinak gi berubat masa balik raya Haji nanti. Tapi saja gedik2 nak story kat sinijugak.
|