CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3787|Reply: 2

Bagaimana abad ke-13 lahirkan akta hasutan

[Copy link]
Post time 28-9-2014 07:50 PM | Show all posts |Read mode


Undang-undang hasutan adalah satu undang-undang kuno yang digubal pada 1275 sebagai Akta Fitnah dan Hasutan, atau lebih dikenali sebagai fitnah hasutan ketika zaman pergolakan takhta Raja Edward yang pertama.

Pada masa itu, fitnah atau hasutan menjadi jenayah, demi takhta raja dipercayai ditabalkan oleh tuhan secara sendiri.

Menurut profesor undang-undang Amerika Geoffrey Stones, dalam bukunya Sedition And Domestic Terrorism, definasi hasutan berkembang dan mengambil bentuknya sendiri sehingga ia membawa makna yang luas dan samar-samar.

Beliau juga berhujah bahawa kerana itu, hasutan merangkumi segala objek kritikan dari perlembagaan, dasar, undang-undang, pegawai, simbol, mahupun pentadbiran kerajaan.

Rasional undang-undang hasutan adalah; jika kerajaan dikehendaki mentadbir dengan berkesan,maka ia mesti menguasai hormat dan taat setia rakyat.

Undang-undang hasutan sejak itu digunakan dalam semua jenis senario, kerana menjadi lebih mudah dan kos efektif untuk menyabit seseorang tanpa perlu buktikan niat ataupun alasan.

Ia bertindak untuk menyemai rasa takut di kalangan masyarakat dengan menjadikan seseorang yang sesat dari norma politik semasa sebagai contoh umum.

Tindakan juga diambil tanpa mengira kesahihan bahawa kenyataan itu sebagai benar ataupun palsu di samping elemen niat serta alasan.

Akta hasutan juga buta dalam menilai kesan atau ancaman sebenar kepada keselamatan negara atau awam. Sebagai contoh, tidak lama dahulu di Uganda, sebuah artikel yang membuat sindiran terhadap usaha merayu undi menteri Presiden Yoweri Museveni,"bahawa lebih baik jika mereka bercakap dengan lembu presiden", menyebabkan wartawan tersebut dipenjara selama seminggu.

Ia juga bukan rahsia bahawa undang undang hasutan digunakan terhadap kesalahan politik dengan mensasarkan ahli-ahli politik dan penyokong mereka.

Evolusi akta hasutan

Undang-undang Hasutan di Malaysia pula digubal pada tahun 1948 yang meliputi kesalahan “kecenderungan menghasut” iaitu mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan serta provokasi perubahan di luar rangka undang undang.

Ia juga merangkumi provokasi rasa tidak puas hati di kalangan rakyat ke atas badan kehakiman seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(a) (b) dan (c).

Skop akta hasutan pada awalnya adalah bagi melindungi kedaulatan kerajaan, raja-raja dan badan kehakiman.
Akta hasutan kemudiannya menjalani pindaan pada tahun 1970 selepas rusuhan Mei 13, di mana parlimen memperkenalkan Seksyen baru 3 (1) (e) berhubung tindakan promosi perasaan benci dan permusuhan antara kaum atau golongan yang berlainan dan Seksyen 3 (1) ( f) mengenai perkara-perkara kewarganegaraan, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa penduduk asal di Tanah Melayu dan Sabah / Sarawak serta kedaulatan raja-raja Melayu.

Pindaan itu juga disokong secara meluas oleh pihak-pihak dari kedua-dua sisi Dewan Rakyat.

Pindaan ini juga memperluaskan aplikasi undang-undang tersebut terhadap orang awam.

Peruntukan ini juga kini kembali untuk menambah gigitan terhadap sebarang bentuk tindakan hasutan di media sosial.

Undang-undang hasutan sejak itu menjadi senjata utama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di Malaysia yang dilihat rapuh dengan berbilang kaum dan agama.

Kaedah menghukum seseorang yang sesat dari norma politik juga menjadi justifikasi sebagai perlu demi kesejahteraan negara.

Formula ini juga popular dengan jiran kita, Singapura yang terus menggunakan undang-undang hasutan walaupun bapa pengasas Singapura itu sendiri pernah menjadi mangsa undang-undang kontroversi ini.



Last edited by abgsedapmalam on 28-9-2014 07:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2014 07:53 PM | Show all posts
Hasutan sebagai alat politik

Menurut laporan Amnesty International pada 1999 bertajuk “Malaysia: Hak Asasi Manusia Diabaikan”, undang-undang menindas dalam demokrasi berparlimen, akta hasutan didakwa digunakan sebagai alat politik untuk mendakwa wakil rakyat dan ahli politik.

Dakwaan itu juga diperkukuhkan dengan fakta tahun 1971, di mana Perkara 48 Perlembagaan dipinda untuk meluaskan pemakaian akta hasutan kepada keistimewaan parlimen.

Di mana jika seseorang itu bersalah dan dihukum dengan denda lebih RM2,000, atau penjara lebih setahun, kelayakan seorang ahli parlimen sebagai wakil rakyat akan terlucut secara automatik.

Laporan itu juga menyentuh beberapa kes yang melibatkan ahli-ahli Parlimen DAP sejak dengan kes Fan Yew Teng dan Dr Ooi Kee Saik pada tahun 1971 atas tuduhan menyiarkan rencana mengenai diskriminasi kaum serta kes 1995 Lim Guan Eng mengenai kontroversi kes Abdul Rahim Tamby Chik.

Akta hasutan juga pernah digunakan terhadap ahli parlimen BN pada tahun 1982 dalam kes Mark Koding, kerana membuat ucapan di Dewan Rakyat mempersoalkan dasar kerajaan yang membenarkan sekolah vernakular termasuk penggunaan bahasa Cina dan Tamil di papan tanda jalan raya.

Akta Hasutan juga popular di kalangan parti-parti pembangkang sebagai retorik yang menjadi magnet undi yang sangat kuat.

Pada Disember 2008, Lim Kit Siang mengungkit kecenderungan menghasut di parlimen bahawa Mukhriz Mahathir melakukan kesalahan menghasut apabila beliau menyeru sekolah-sekolah vernakular digantikan dengan sekolah aliran kebangsaan.

Pada September 2009, beliau sekali lagi dalam satu artikel mempersoalkan mengapa menteri dalam negeri ketika itu Hishammuddin Hussein Onn tidak dituduh bawah akta hasutan apabila beliau menperkecil bantahan kepala lembu di Shah Alam terhadap isu kuil.

Pada bulan Mei 2013, setiausaha agung DAP dilaporkan menyebut bahawa "kenyataan bekas ketua pengarah pelajaran Tan Sri Abdul Rahman Arshad terhadap pemansuhan sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil untuk sekolah satu aliran sebagai hasutan.

Pada tahun 2008, MP DAP Tony Pua juga mengungkit akta hasutan semasa peristiwa Ahmad Ismail yang menyatakan kaum Cina sebagai 'penumpang'. Beliau juga membangkitkan isu hasutan beberapa kali terhadap Utusan Malaysia.

Pada Februari 2013, Timbalan Pengerusi DAP Pahang Zulpuri Shah Raja Puji membuat laporan polis terhadap satu artikel yang bertajuk "Najib: Undi Barisan untuk masa depan yang lebih baik", yang kononnya membayangkan bahawa Pakatan Rakyat akan menyebabkan kejatuhan Islam.

Pada Jun 2014, beberapa ahli parlimen DAP membuat laporan polis terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Presiden Abd Rahman yang mengelar kaum Cina di Tanah Melayu sebagai "penceroboh".

Parti pembangkang ini juga cenderung dengan rangka kerja hasutan terutamanya berkaitan isu-isu kaum dan agama termasuk kedudukan sekolah-sekolah vernakular.

Jelas bahawa parti itu peminat rahsia akta hasutan, walaupun ramai pemimpinnya pernah menjadi mangsa undang-undang tersebut sebelum ini, lebih-lebih lagi kini DAP juga sebuah kerajaan di negeri Pulau Pinang dan berhadapan protes kumpulan nasionalis Melayu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 06:20 PM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Jadi Malaysia tak guna...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034111 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list