Edited by Leafumi at 22-1-2015 10:22 PM
Akak Tenggek Rambut Panjang Menampakkan Dirinya.. Mungkin Kebosanan.
Ok, pengalaman ni biasa2 bagi sesetengah orang yang dah pernah nampak lagi yang dahsyat2.. hmm.. tapi tahap macam ni pun aku dah cuak.. hihi, nasib baik aku bukan jenis senang nampak.. setakat dengar2 je bunyi2an asing & pelik..
Benda ni jadi masa aku di semester 3 di ipt around 2013. Time tu dah pukul 11 malam ke atas. Aku masih gigih buat esaimen di laptop yang banyak berjasa ni dah 2 tahun lebih. Rasa2 tak lama lagi boleh almarhum laptop nih.. masa ni pun aku sorang2 dalam bilik, time ni aku duduk bilik untuk 2 orang. Roommate aku Si Ema ni dah ke bilik Nini di tingkat 2 awal2 lagi untuk buat esaimen sama2. Aku lak jenis suka duduk sorang2 buat esaimen. aku memang suka bersendirian. Sukakan privacy. Sambil2 tu duk berchatting dengan crush. Hihi..
Sedar tak sedar dah pukul 4 pagi. Aku baru teringat yang aku nak kena copy nota dari Nini & the gang. Tapi nota tu tak dak kat aku soaku pun dengan selamba nekad nak turun pi ambik kat bilik dia. Buka2 pintu,tengok keadaan amat sunyi. Aku tengok lampu2 kebanyakan bilik level aku tu semua dah padam. Hanya ada lampu koridor. Untunglah depa boleh tido.. aku lak boleh kata hampir setiap malam berjaga buat esaimen yang tak pernah nak berkurang. Bukan aku tak takut. Takut jugak tapi disebabkan dah biasa berjaga pagi2 buta n pi toilet sorang2 even kul 3 pagi so dah jadi kebiasaan. Selalunya Ema akan tido dulu sebab dia selalu migrain. Aku tak sampai ati nak kejutkan dia so aku selalu p toilet sorang2. Kadang2 pukul 1 pagi pun aku pernah pi mandi. Hahaa.. giler.. nak kata kuat semangat tu tak de la kuat mana. Maybe sebab aku bukan jenis senang nampak, so aku rasa selamat dari gangguan. Tapi bila sekali benda tu tunjuk rupa kat aku, boleh kus semangat..
Blok bilik aku tu ada 4 tingkat. Bilik aku tgkat 3. Bilik Nini tgkat 2. Kena pulak bilik aku hujung kanan bilik dia lak hujung kiri. So aku ambik la tangga tengah2 blok yg aku dah biasa guna. Aku pun turun dengan confiden. Tapi time aku nak kona kat tangga tu, aku perasan yang kat pokok yang memang tepi tangga tu, ada sekujur tubuh berkain putih berambut panjang tengah duduk di dahan pokok. Pokok tu memang tinggi melebihi bumbung blok tu. Apalagi kau ? aku dah cuak. Bulu roma pun nak menegak tapi aku cuba paksa bulu roma aku turun. Kehkeh.. rambut dia memang panjang sampai ke paras hujung kain dia yang terjuntai-juntai tu. Muka tak nampak sebab rambut tu tutup. Lagi best dia duduk menghadap tangga kat mana aku duk turun tu. Aku tak pandang dah kat dia sebab orang cakap, kalau nampak, jangan duk nak tengok2 dah serupa macam kita tegur diorang.. aku sempat lagi fikir, ke dinding ? tapi aku pasti tu bukan dinding sebab dinding blok2 kat situ warna peach, kain akak tu lak memang putih bersih clean n clear.
Dalam hati aku cakap ‘ lek.. lek.. buat taktau, kau jalan cepat2 dah le..’ aku ada perangai aku 1 nie, bila aku dah tau aku maybe dalam bahaya tapi kaki aku macam berat nak angkat..n aku cam teragak2 nak buat apa..contoh cam aku pernah terserempak dgn anjing, pastu anjing tu duk tenung je aku.. kawan aku dah lari cam lipas kudung tapi aku masih duk jalan pelan2 ala2 macam tak nak orang dengar tapak kaki kau. Heheh.. pastu kawan aku marah aku jalan lagi pahal nak kena gigit anjing ke ? haha.. aku bukan tak mau lari Cuma aku fikir kalau aku lari kut2 anjing tu kejar aku camne ? tapi kalau aku jalan pelan2 pun dia akan datang kat aku gak ke ? haha punya teragak-agak.. so berbalik pada citer asal, aku jalan laju2 tak lari.. dalam hati doa macam2 jangan la benda tu ikut aku pulak.. lagi beberapa meter nak sampai bilik Nini yang hujung dunia tu, aku baru boleh berlari. Sambil2 tu aku tengok2 belakang. Fuhh tak ada apa2.
Bilik Nini nasib baik tak berkunci sebab aku dah pesan kat dowang jangan kunci pintu sebab aku nak datang. Masuk je bilik Nini, aku tengok dorang semua dah tergolek tido. Aku kunci pintu & terus cari nota tu n copy. Masih terasa cuak. Dah la dorang semua ni tido. Ema pun tido situ. Aku malas nak kejut. Habis copy nota. Aku rasa dah lemah dah nantuk tak larat. Tengok jam dah pukul 5 lebih. Aku pun tido sat. nak balik bilik takut la pulak. Sedar2 kawan aku kejut subuh.
Lepas akak rambut panjang tu menampakkan dirinya di pokok tu aku dah tak guna tangga tu waktu malam2. Aku sanggup ambik tangga jauh sikit asalkan bukan tangga tu. Hihi… kalau siang2 pun aku guna tangga tu konfem aku tengok pokok tu aku teringat akak tu.. yang geng2 aku ni lak cakap pokok tu memang macam pelik je. Dah la dekat dgn tandas. Lagi suka la akak tu kat situ ek. tapi penampakan hanya sekali tu aje. aku masih teruskan rutin aku berjaga sampai pagi2 buta n pi toilet sorang2 lepas tu.. hati kering kut aku nih aku tak pasti tu ponti ke langsuir ke. tapi belakang pokok tu ada macam kawasan luas macam padang n banyak katak kat situ. aku dengar langsuir makan katak ? yeke ?
|