CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15499|Reply: 108

bukan bakal menantu pilihan

[Copy link]
Post time 13-10-2014 03:49 AM | Show all posts |Read mode
Salam, nak tumpang bahu secara virtual dekat sini.

hmmm jujur aku ingin tanya, macam mana ye nak pikat hati ibu kepada orang yg kita cinta sungguh-sungguh?
kay, kami berdua dah 25 tahun dan masing-masing ada komitmen pekerjaan masing. dan mula bercinta dalam 3tahun macam tu and memang ada merancang untuk berkahwin. dan kami jugak mula sebagai kawan-kawan baik-couple.

Sekarang ni, cerita dia. aku taktau langsung camana nak pikat hati orang yg takdak bagi peluang untuk aku.
bulan 4 hari tu, actually that time celebrate birthday aku. dia nak belanja la hadiah hari jadi katanya. so kitorg g la shopping & aku memang nampak dia tak macam biasa. sebab kami dah spend a lot of time together so bila dia lain sikit memang aku nampak ketara gila la kan. banyak kali gila aku tanya dia kenapa lain hari ni, macam tak berani pandang aku mata-ke-mata, dia tak ngaku la tapinya. dia cakap okay je.
so bila setel- dia hantor aku balik, okay that time la memang sedih gila dekat aku.
dia cakap 'ibu tak suka kita dua' lepas tu aku cakap 'ibu suruh kita break ke'
lepas tu dia balas 'tak, ibu just cakap kalau nak teruskan dengan ...... lagi, jangan balik rumah lagi'

masa tu memang la aku nangis gila kan. perempuan kot.
dan aku nampak la dia pun menangis jugak. maybe nges air mata bersalah ke apa sebab berulang kali dia ckp dia sayang aku. mintak maaf semua.

...................

since that day, sekejap je ktorg lost contact. jujur aku kata. rindu.
lepas tu ktorg still contact back. and decide kitorg kena terus terang dekat ibu dia within 6months. so kami decide to give us a shot dalam 6months lagi. and masa tu memang kena redha la apa pun yang jadi.

dan sekarang- that time will come. tak lama pun lagi. tapi aku harap dia akan tanya ibu dia lepas hari jadi dia sebab aku nak sangat clebrate birthday dia, even tu yang terakhir kali.

............

aku pernah jumpa ibu dia-tak banyak kali. and bukan la formal sgt jumpa. pergi kenduri etc. aku pun pernah pergi konvo anak dia. dan masa tu macam hmm nampak sikit la ibu dia tak pandang aku. tapi aku sempat la salam ibu dia masa tu. makcik dia, sepupu dia aku okay je lagi buat masa ni. sekarang ni actually keluarga depa mmg tgh ada masalah sikit. parent problem, ibu dia dan ayah dia. dan antara sebab yg ibu dia bagi kat anak dia adalah: ibu dia takmau kami jadi mcm depa. berkahwin sebab nafsu lepas tu cerai. itula kata ibunya.

sedangkan pada aku. aku direject adalah sebab aku tak sekufu dengan anaknya. anak dia ada degree tapi aku cuma ada SPM je*tapi aku sedang amik pjj sekarang*. kerja pun biasa2 je and anak dia ada jawatan sikit.
anak dia anak sulung pada dua adik beradik. & ibu dia memang ada pangkat sikit la pada sebuah jabatan kerajaan ni. dan memang keluarga dia boleh dikategorikan sebagai keluarga yg senang2 la.

..............................................

sekarang ni seriously aku takut gila. anak dia manja sgt pada aku maybe dia takde tempat lain nk bermanja. dengan hubungan keluarga dia yg tgh berantakan. takut sangat. sebab aku pun actually pernah kena sound dengan mak dia- sebab keluar malam dgn anak dia haha

aku macam takut : ibu dia mmg taknak aku langsung,
atau, ibu dia accept tp lepas kitorg kawen ibu dia taknak layan aku ke apa.

.................................

kadang-kadang aku harap 6 bulan yg ada ni dapat la ubah hati ibu dia,
kalau tak mampu syg aku pun,
terima dulu pun takpe. aku cuba buat yg lain3 utk dia syg aku.

penatla bercinta lama-lama ni. slalu rasa insecure ):


aku taktau la aku yg kena nak decide atau aku kena menunggu-




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 07:10 AM | Show all posts
Hmmm... standedla makcik tu keja kerjaan. Peel gitu la. Bajet gud2 sbb keje kerjaan barangkali. Semuanya nak sekufu. Choiii. Takpela. Ada jodoh u ada la. Tapi takde kalu, isok Allah nk bg u yg berganda baik. Takat BBNU mcm tu xyah la. U muda lg lah. Petik skali seploh mari. Cayalah.

Psl pendidikan tu xpela, pelan2 kayuh. Isok u dh ada diploma sambung sambung sambung lg sampai u rasa takat mana u nak sambung. Lg better amik trus master up sket dr bf u skang. Pastu masa u konvo master nt buat2 la jemput makcik kerjaan tu mai tgk u konvo n cakap makcik jemput la dtg konvo utk master saya. Haa bru dia tau sekufu xsekufu. Dlm hal ni u lek lek wat pis lah. Biasalah bila berkaitan cinta hati dan perasaan ni manusia akan jd serba salah dan bukan diri mereka sebenar.

Ai doakan semoga u akan menjadi wanita yg kuat, tabah serta dipandang tinggi dan mempunyai kedudukan yg tinggi apabila berjaya kelak. Tapi bila dah berjaya jgn lupa diri.

K bai~
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:59 AM | Show all posts
Apa kelebihan ko?... Kalo ko pandai masak pelbagai resepi aku rasa masalah ni boleh seatle sebab masakan salah satu cara boleh mengubah resepsi seseorang itu.

Penah gak ada kes mcm ko gak. Ibu lelaki tak suka si perempuan sebab ala kampung. Sekali pompuan tu masak abih semua orang terbeliat biji mata. Pompuan ni mcm ala chef, suka cipta resepi sendiri. Skrg ni Alhamdulillah bahagia dah diorang. Siap beranak pinak lagi. Si suami tak penah mkn luar selepas berkahwin dgn pompuan yg terrer masak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Couple 4 taun..dh byk kali jumpa..knp bln 4 baru ckp x restu? Sbb bln 4 decide nk kawin ke? Mcm pelik je dia komen kawin sbb napsu..sbb korang bknnya bebudak tgh bljar..masing2 dh keje..kewangan korang stabil x utk kawin n life lps kawin? Btw..klau dh tau mak dia x brapa berkenan,x yh la kuar mlm bagai..bagi dia ada isu je..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:23 AM | Show all posts
Break la..they dont know wat theyll be missing...mungkin jodoh ang lps ni lg bgus pd dia..silap2 dpt mentua yg syg gila dekat ang...menyampah plak aku mak2 bajet gud nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:23 AM | Show all posts
Munnalicious posted on 13-10-2014 07:10 AM
Hmmm... standedla makcik tu keja kerjaan. Peel gitu la. Bajet gud2 sbb keje kerjaan barangkali. Semu ...

iols pun sedang sambung degree terus je sebab mcm makan tahun pulak nak amik dip dulu..hehe
sekarang pun Alhamdulilah, meols ada jugak bussiness kecil-kecilan. teehee. kadang-kadang dgn duit bussiness tu la dpt tampung dan belanja ank dia jgk bila tiba ujung-ujung bulan. hehe sebab kewangan anaknya completely dikawal mak dia. hehe


amin, inshaAllah. tipu la kalu tak harapkan dia sebab bercinta dh lama kan. tapi tulah, ada jodoh, ada la kan.
masyehhh ~!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2014 09:24 AM | Show all posts
wds posted on 13-10-2014 08:59 AM
Apa kelebihan ko?... Kalo ko pandai masak pelbagai resepi aku rasa masalah ni boleh seatle sebab mas ...

takda pulak kelebihan apa2. insan biasa je. ):


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:25 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 13-10-2014 08:59 AM
Couple 4 taun..dh byk kali jumpa..knp bln 4 baru ckp x restu? Sbb bln 4 decide nk kawin ke? Mcm peli ...

kan...tapi aku memang jenis keluaq malam pun bukan g mana pun sebenarnya. g kedai mamak, tengok bola. hahahhahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 09:27 AM | Show all posts
alieyrina posted on 13-10-2014 09:23 AM
Break la..they dont know wat theyll be missing...mungkin jodoh ang lps ni lg bgus pd dia..silap2 dpt ...


dah break. dah try tinggaikan dah. tapi... tahla mcm tak kuat nak let go 100% ):

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:47 AM | Show all posts
biase la mak bapak,dorg mesti nk yg terbaik utk anak dorg. nt TT da kawen da ade anak pun confirm la TT akan nk menantu yg sekufu jugak

kalo rase sanggup amek risiko nk kawen jugak w/pun mak mertua x suke, kawen je la. da jodoh kan.

tp lps da kawen pandai2 la amek hati kaw2 mak mertua tu. kne work hard sket la. masak sedap2,bwk dia g keluar mkn, bwk g bercuti. masa masak tu baca la doa2 ape yg patut. mintak Tuhan lembut kan hati mak mertua,kenyangkan perut dia,lapangkan dada dia utk terima TT..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tulip.ungu posted on 13-10-2014 09:23 AM
iols pun sedang sambung degree terus je sebab mcm makan tahun pulak nak amik dip dulu ...

Knp mak dia kontrol duit? Dia boros ke? Isk..klau sblm kawin mak dh kontrol..lps kawin cmne?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tulip.ungu posted on 13-10-2014 09:25 AM
kan...tapi aku memang jenis keluaq malam pun bukan g mana pun sebenarnya. g kedai mamak, tengok bo ...

Ko skrg kat mata mak dia..dia x suka ko..so bnde2 kecik bg kita..besar bg mak dia..gitu..cuba la elakkn isu yg dia blh wat isu..lainla klau ko muslimah abis,pndi masak,cun tp mak dia still kutuk..skrg ni kna la tunjuk yg elok2 utk amik ati..hehe..aku rasa klau laki ko jenis tegas..blh la kut nk lawan mak dia..tp klau dh kewangan dia pn mak dia kontrol..lps kawin nnt bnde2 remeh lagi la mak dia blh kontrol..cthnya ank,giliran balik raya..ko pn.kena byk ngalah sbb nk amik hati..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:03 AM | Show all posts
same kes like my brother dulu..
bercinta nak rak bagai... kehulur hilir..
dtg rumah.. fmly msing2.. mai rumah bapak aku kemas rumah laa masak la mcm2 la..
then bapak aku g minang dan merisik.. tetiba parenst gf abg aku tu tolak...
alasan anak dia kecik lagi la..
belajar x habis lg..
anak dia x pandai masak la... walhal sebelum ni anak dia kemain lg..
masak itu ini, buat itu ini ngan abg aku.. (dh mcm laki bini)
x de bantah pon.. masa g minang nk wat bini.. mcm2 alsan bg

mcm hampeh je igt balik.. sian bapak aku malu gila... n abg aku frust teruk ngan dia..
skng ni allhamdulillah.. abg aku insyallah akan melnjutkan lg fasa..
tp tarikh x de lg.. doakan abg aku tu dipemdahkan urusan

TT sabar eh.. kalau jdoh x kemana..
bkn jdoh kuat mana pon ttp x ada.. pegang itu ja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:14 AM | Show all posts
As Salam...

nak bg pendapat jugak la..

Masalahnya

1) mak bf  tak suka TT sbb tak sekufu..
2) Bf TT dikawal oleh mak dia...
3) TT tgh belajar...bf dah ada degree
4) Dah jatuh cinta gila2 kat bf..tak mampu nak putuskan..

banyak dah terjadi cite mcm ni...peluang utk kawin dgn bf adalah amat rendah..unless bf mampu kuar dari cengkaman mak dia....mcm susah je sbb dia anak mak...kalau kawin jugak..tanpa restu...kemungkinan utk tak bahagia adalah 70%...

skrg ni..perasaan cinta tgh tip top...pasti sanggup buat apa saja utk dpt bernikah....tp cinta akan pudar ikut waktu dan jika diuji dgn masalah demi masalah.....dan waktu tuh...pasti akan lebih mencabar sbb ...faktor utama kekuatan iaitu cinta dah tak de.....so pasti semangat tu takkan seperti sekarang dan...harap2 dpt lebih bersedia...kalau nak kawin jugak tanpa restu...

dan sebaiknya..dah kenal pastu punca utama dia..iaitu  tidak sekufu..maka..tingkatkan la diri..supaya jadi sekufu...iaitu...sambung belajar hingga ke master..biar la..amik masa lama pun...yg penting...tingkatkan kufu tuh....kalau betul2 cinta sejati...bf pasti tak de masalah nak tunggu dan bantu...

pas tuh..cari la...punca pendapatan lain....tunjukan kat mak bf tuh..bahawa TT mampu berdikari dan mampu menyumbang dalam perkahwinan itu...bukan akan hanya menyusahkan anak dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:18 AM | Show all posts
taleeshoe posted on 13-10-2014 09:47 AM
biase la mak bapak,dorg mesti nk yg terbaik utk anak dorg. nt TT da kawen da ade anak pun confirm la ...


itulah. aku akan cuba yg terbaik.

masyehh (:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:19 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 13-10-2014 09:55 AM
Ko skrg kat mata mak dia..dia x suka ko..so bnde2 kecik bg kita..besar bg mak dia..gitu..cuba la e ...

kan. kadan-kadang takda isu pun boleh jadik isu. gitteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 10:26 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 13-10-2014 09:49 AM
Knp mak dia kontrol duit? Dia boros ke? Isk..klau sblm kawin mak dh kontrol..lps kawin cmne?

tak, dia tak boros pun. dia macam ni: dia nak tukar kereta tp first dia tnya aku dulu lepas tu aku bisinglah sebab aku  nk dia simpan duit ke kahwin kan. lepas tu senyap la maybe dia dah brain diri sendri, lepas tu mcm mak dia ada tiba-tiba tanya ada nk tukar kereta ke lepas tu dia main-main cakap nak tp nanti dulu lah. lepas tu mak dia yg pergi tnya sendiri kedai kereta, dgn cite lain semua benda utk penukaran kereta tu mak dia yg buat. lepas tu mcm sekarang mak dia merungut jgk la sikit bila anak dia ada bg dia duit sikit. lepas tu sekarang anak dia punya half gaji semua dah pergi ke mak dia. and yg tau perbelanjaan anak dia tu bnyknye aku la. loan study dia, dgn dia ada buat pelaburan sikit. tp mak dia taktau bende tu. maybe mak dia igt anak dia selalu spend dekat aku kot. mak dia ada la pgg kad atm dia satu bank ni, sbb mak dia kata nk simpan duit utk dia. tp bila dia check acc tu via online tu takdak pun mak dia masukkan duit ke apa.

tahla kadang-kadang kesian. tp aku dengor je la dia cite. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:29 AM | Show all posts
cheida_mymee18 posted on 13-10-2014 10:03 AM
same kes like my brother dulu..
bercinta nak rak bagai... kehulur hilir..
dtg rumah.. fmly msing2. ...

abg ang kawen dgn dia lg ke tak? hehe
sedih kalau cinta terhalang ni sebenarnya kekkee

inshaALLAH thanks ye!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:31 AM | Show all posts
akula203 posted on 13-10-2014 10:14 AM
As Salam...

nak bg pendapat jugak la..

masyeh memahami!

itulah sedang tingkatkan jugak sekufu2 ni. tp TT dah kerja jgk cuma mungkin bukan pangkat yg mak dia nak la kot. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:32 AM | Show all posts
tulip.ungu posted on 13-10-2014 09:23 AM
iols pun sedang sambung degree terus je sebab mcm makan tahun pulak nak amik dip dulu ...

anak mak....sorry..kalau aku bye2 tanpa fikir 2x..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 1.016251 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list