View: 30526|Reply: 12
|
Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
[Copy link]
|
|
Tolong aku, kat sini siapa ada mengamalkan perubatan yang berkaitan dengan Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
Assalamualaikum,
Agak lama saya berhenti berehat dari menyampaikan idea dan pandangan saya disini. Kini saya nak sambung bercerita tentang lada hitam, garam, kacang hijau, paku, benang serta kadang-kadang tahi besi yang digunakan sebagai pagar halus oleh kebanyakkkan pengamal perubatan islam dan tradisional. adakah benar jin , syaitan dan sekutunya takut pada objek-objek ini??
berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, saya dah merasai bahana pagar objek-objek pemakanan ini yang jatuh kategorinya sebagai tangkal. Ramai yang mempunyai pendapat bahawa garam ataupun lada hitam adalah objek-objek yang diberi kebaikan dan khasiatnya oleh Allah sebagai pengusir jin. Ada yang berpendapat garam sebagai contoh mempunyai khasiat yang diberikan Allah untuk menghindari tenaga-tenaga negatif dan meneutralkan tenaga jahat. Adakah benar pendapat ini?
garam sebagai contohnya adalah bahan yang amat biasa digunakan oleh pengamal agama kristian untuk menghalang dan menghalau jin dan syaitan. Ramai yang cakap, itu cuma asbab tetapi yang berkuasa tetap Allah. Apakah hukum meniru cara dan amalan agama kaum yang bukan islam.
terdapat hadis yang bermaksud jika kita ikut amalan sesuatu kaum itu, maka kita tergolong dalam kaum itu.
”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)
Itu kupasan dari segi hukum. Bagaimana kupasan dari segi dalil dan teori akal pemikiran kita.
ambil contoh lada hitam. Benarkah syaitan takut pada lada hitam yang dibacakan Al-Quran dan ditabur dalam perkarangan rumah???
Bagaimana berfungsinya lada hitam yang dibacakan rukyah memblok ataupun menahan jin-jin, sihir, gangguan dan ancaman manusia dan jin? Berikut adalah persoalan saya.
Lada hitam dan garam yang ditabur diseluruh rumah dapat menghalau dan meyekat jin?
Ada ke pagar halus yang timbul selepas barang-barang masakan yang dijampi ini ditabur didalam rumah?
Jin nak kene pijak lantai ke sampai dia takut nak terpihak or terkena lada, garam yang dijampi nie?
Bolehkan rukyah (jampi) yang dibacakan pada garam ini bertugas menghalau jin?
Luka kah jin or cederakan jin kalau tersentuh dengan benda-benda nie?
ada tak sebarang dalil or kisah Rasullulah or para sahabat menggunakan barang masakan yang dijampi nie sebagai pagar?
Kemungkinan jin dan syaitan takut dan kecut perut pada objek-objek yang dibacakan rukyah nie,
maybe benar dakwaan tu tetapi..
dalam ilmu gentel lada hitam, lada hitam digunakan dengan cara mengentel lada tersebut, dibacakan ayat al-quran dan sihir lada hitam itu berjalan. Bahan yang paling ditakuti jin digentel seperti makrifat mengentel biji kelentit wanita??? kalau benarlah lada hitam itu benar-benar tak disukai jin, tak payah baca apa pun syaitan tengok terus lari.
Sebenarnya mengikut pengalaman saya, lada hitam adalah objek tangkal yang amat disukai oleh jin dibacakan ataupun tidak dengan ayat suci al-quran. Lada hitam itu pada asalnya tak punya apa-apa pun ketika kita beli tetapi apabila dibacakn rukyah pada lada hitam itu dengan niat membuat pagar, maka automatiknya dia akan dihuni oleh jin-jin islam yang berkeliaran dikawasan tersebut.
jika ditabur dikeliling rumah oleh perawat islam, maka berbondong-bondong lah datang jin-jin islam bertugas mengawal kawasan tersebut. Pagar untuk menghalang dan halau jin sebenarnya berfungsi sebagai rumah jin-jin islam bertugas mengawal keselamatan rumah.
Lada hitam itu kegunaannya dan khasiat yang diberikan Allah ialah pada rasanya yang pedas untuk untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibacakan rukyah pada lada hitam itu kebarangkalian dan risiko lada hitam untuk menjadi tangkal meningkat bergantung kepada niat masing-masing. Maybe sipembuat pagar itu berasakan itu adalah ikhtiar dan usaha yang tidak melanggar syarak dan berdasarkan kitab-kitab perubatan yang ada.
Bagi saya ikhitiar itu memang perlu tetapi ikhtiar tu perlulah mengelak dari shubhah dan keraguan. Si pembaca niat usaha kerana Allah, Allah punya kuasa, tetapi untuk disakit belum tentu lagi. Berdasarkan pengalaman saya dan pengamatan saya usaha membuat pagar halus nie sebenarnya adalah kerja sia-sia dan tak berkesan.
sebabnya:-
jin tak takut pun pada lada hitam yang dibacakan rukyah malah mereka menjadikan lada hitam tu sebagai rumah.
Hakikat penggunaan jin untuk menjadi pak guard untuk menghalang jin lain.
Garam, lada hitam dan objek makanan ini akan menjadi tangkal dan wafak yang berisiko untuk membuatkan anda mensyirikkan Allah.
Sila perhatikan cara perubatan bomoh/dukun/pawang dan perubatan islam kini:-
Bomoh = Mentera + buluh + Tahi besi/ besi kuning+ Belerang ditabur disekeliling rumah.
Perubatan islam = Rukyah+ garam+ lada hitam + azan+ kacang hijau+ ditabur disekeliling rumah
Perubatan Kristian = Mantera (bible) + garam+ ditabur disekeliling rumah
penggunaan lada hitam yang dibacakan rukyah sebenarnya menghampiri kepada kegunaan tangkal ataupun wafak iaitu kertas yang ditulis dengan ayat-ayat al-quran dalam pelbagai bentuk dan rajah. Kalau nak tgk wafak orang cina, samalah rupanya dengan azimat orang cina biasa tampal. Mostly dalam cerita hantu hongkong, azimat ini berkuasa untuk menghalau atau melenyapkan kekuatan hantu.
orang yang kashaf boleh melihat jin-jin bersarang dalam benda-benda makanan yang dijadikan sebagai medium perantara. Bab ini sebenarnya hanya Allah sahaja lah yang boleh memberikan anda fakta dan bukti. Saya hanya mampu bercerita sahaja.
Saya menyampaikan hanya kerana Allah, anda boleh terima ataupun tolak pandangan berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sedikit yang dipinjamkan oleh Allah.
Wallahu aklam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Serious aku nak tahu lebih lanjut! Apa itu WAFAK!!!? |
|
|
|
|
|
|
|
info yang menarik
biasa kt kg2 ramai gak la yg guna lada hitam ni
bawang pon tak terkecuali |
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 5-11-2014 03:08 PM
Serious aku nak tahu lebih lanjut! Apa itu WAFAK!!!?
mcm tangkal klu tak salah la..
|
|
|
|
|
|
|
|
myakayina posted on 5-11-2014 07:16 AM
mcm tangkal klu tak salah la..
kalau dah tangkal ni mmg syirik la?
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 5-11-2014 03:25 PM
kalau dah tangkal ni mmg syirik la?
opkos la syirik..ibarat kita percaya bulat2 dgn benda tu.. bukan percaya dgn Allah..
|
|
|
|
|
|
|
|
myakayina posted on 5-11-2014 07:42 AM
opkos la syirik..ibarat kita percaya bulat2 dgn benda tu.. bukan percaya dgn Allah..
Mean tabur garam tu amalam syirik la. walaupun guna ayat suci al quraan?
|
|
|
|
|
|
|
|
pening aku tengok |
|
|
|
|
|
|
|
betul la lada hitam,garam sebagai pendinding kecil.mak saya pun kalau rumah sewa mak tak ade org sewa dia letakkan garam,lada hitam.
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 5-11-2014 03:45 PM
Mean tabur garam tu amalam syirik la. walaupun guna ayat suci al quraan?
maksud iols psl wafak tu.. kertas yg bertulis tulis tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 5-11-2014 03:16 PM
tapi benda ini bercanggah ke tidak?
yg aku tau wafak ni byk digunakan sebagai pelaris
|
|
|
|
|
|
|
|
kacang hijau ni besenya orang guna2 untuk jatuhkan bisnes orang lain. Contoh paling senang nak tengok, kalau ada owner2 kedai yang cakap orang datang ke kedai tapi tengok kedai tutup je memanjang, sah2 ada orang guna ilmu pakai kacang hijau, tabur kat depan kedai.
cara2 secara details tu tak dapat la nak aku cerita kan. kalau lada hitam pulak biasanya untuk dijadikan pendinding atau penghalau. Sebab lada hitam ni elemen panas, kira ikhtiar untuk melawan api menggunakan api. cara penggunaan, setelah dibaca ayat2 tertentu (ayat al-quran), dihembus kat lada pastu dibaling ke atas bumbung umah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|