Seorang lelaki yang baharu putus cinta membuat tawaran istimewa, mahu memberi tiket pelancongan percuma ke destinasi seluruh dunia kepada seorang wanita, dengan syarat mempunyai nama sama seperti bekas teman wanitanya dan mempunyai pasport Kanada. Jordan Axani mengiklankan tawaran ini di laman web Reddit, memberitahu tiket penerbangan telah dibelinya sejak Mac tahun lepas setelah dia dan teman wanita, Elizabeth Gallagher merancang bercuti bersama namun tidak jadi kenyataan apabila hubungan mereka berakhir baru-baru ini.  Bekas teman wanita Jordan iaitu Elizabeth Gallagher
Antara destinasi yang sudah dibeli tiketnya oleh Jordan untuk memenuhi rancangan melancong selama 18 hari adalah Itali, Perancis, Thailand dan India. Jordan yang mengakui membuat tawaran pelik berkata, dia mencuba cara ini kerana tidak mahu membazir wang yang sudah dikeluarkan untuk membeli tiket, apatah lagi bekas teman wanitanya tetap tidak mahu meneruskan impian mereka sebelum ini. Menurut Jordan, tiket destinasi pelancongan yang bermula perjalanannya pada 21 Desember bulan depan tidak boleh ditukar nama orang lain kerana tarikh yang terlalu hampir. Jordan sempat menulis dalam tawarannya, dia tidak mengharap sebarang balasan dan tidak mempunyai niat tidak baik terhadap wanita bernama Elizabeth Gallagher. Selain itu dia menjelaskan, hanya tiket penerbangan sahaja diberikan secara percuma manakala hotel dan makanan perlulah ditanggung sendiri. Tambah Jordan, wanita tersebut juga tidak akan terikat dengannya dan mereka akan membuat hal masing-masing. - MYNEWSHUB.CC - See more at: http://mynewshub.cc/2014/11/04/t ... thash.bXqdNQQa.dpuf
|