DIMINTA untuk mengenakan tudung selepas bergelar isteri, pelakon Sweet Qismina menerima teguran netizen itu dengan hati terbuka.
Kata Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, dia tidak berkecil hati sebaliknya berharap orang ramai dapat mendoakan supaya dia diberikan hidayah mengenakan hijab satu hari nanti.
“Ramai yang sentiasa doakan saya untuk memakai tudung jadi teringin juga sebenarnya dan sekarang memang tengah cuba belajar secara perlahan untuk menjaga serta buat perkara wajib.
“Saya tidak pernah ada perasaan kecil hati bila orang tegur kalau ada kanak-kanak tegur atau orang lebih berusia pun saya terima dengan hati terbuka.
“Itu bukan tugas saya untuk menghalang mereka sebab apa yang mereka (netizen) cakap tu adalah perkara yang betul jadi saya terima dengan hati terbuka, malah bersyukur masih ada orang ambil berat pasal saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Sumber – mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register