CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12323|Reply: 46

Pengalaman... saya

[Copy link]
Post time 14-11-2014 01:49 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum..
saya sebelum ini hanya membaca thread misteri... ni kali pertama saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya sejak belajar sehingga ke hari ini..macam-macam telah saya lalui..

pada tahun 2001..semasa form 5..
saya berpindah ke sekolah ini selepas mengikut ayah saya yang bekerja di KLIA. Sebuah sekolah di Bandar baru salak tinggi. dahulunya masa mula-mula masuk sekolah, saya masih duduk berulang dari rumah ke sekolah.. jaraknya tidak lebih dari 3 km pun.Sekolah ini tidak lah baru sangat.persekitaran sekolah kalau ikutkan untuk kelas form 4 ada dua kelas sains dan kelas form 5,yang menjadi dua kelas terbaik di asingkan ..jadi ade 4 kelas terbaik di satukan di blok sama..kelas kami terletak di antara salah satu kelas tersebut.Hinggalah pertengahan tahun itu saya request hendak masuk asrama sekolah memandangkan SPM akan tiba tak lama lagi.pihak asrama juga ada menyediakan guru tuisyen.menetaplah saya di asrama beserta kawan baik kami iaitu sal, ina dan juga saya.. Asrama ini ade 4 blok.. dua dorm perempuan serta dua dorm lelaki.. ada surau dan bilik makan berhadapan dorm perempuan. penghadang antara asrama perempuan dan lelaki ialah satu blok tandas yang di bahagikan kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan. asrama kami tidak sempurna asrama lain.. hanya beralaskan tilam bujang serta loker. kami menginap di bahagian bawah.Di sebabkan tiada katil , sal, ina dan juga saya merapatkan tilam sekali.. berdepan dengan tempat kami ada tangga menuju ke tingkat atas.Setiap dorm ade dua tingkat. Berhadapan dengan tilam kami pula ada 5 orang budak form 1.  

satu hari...
budak- budak form 1 yang bertentangan dengan tilam kami telah mengejutkan kami kerana hendak pergi ke tandas..asrama ini mempunyai rekod pernah diceroboh kerana ada budak- budak nakal yang khayal setelah menghidu gam masuk ke asrama perempuan dan menyorok di tandas.. tapi bukan itu sahaja.....
bilik-bilik tandas ini ada menyimpan rahsia..dan kolah mandi besar ini juga ada rahsia sendiri.. masa mula-mula masuk sini akan kedengaran seperti orang membasuh baju di malam hari.Di antara tengah- tengah dorm perempuan ada pili air. kadang-kadang kami beramai-ramai membasuh baju di pili ini.Jadi kami bertiga pun bangun dan menemankan budak-budak form 1 ini ke toilet... sebelum itu mereka mengira sesama sendiri berapa orang yang mahu ke toilet.. Kami bertiga yang merupakan budak baru dalam dorm tidak tahu mengapa mereka buat begini hinggalah.... malam itu.
kami dalam berenam pergi ke toilet.Kami selaku tiga orang KAKAK, masing- masing memegang kayu... kerana takut budak- budak khayal ada dalam tandas itu. lepas sorang- sorang settlekan hajat masing- masing ...keadaan masih tenang lagi sehinggalah hendak keluar dari pintu toilet.. tiba-tiba budak yang paling last berlari sambil menjerit kuat sekali. jadi bertebaran lah kami berlari masuk ke asrama... apabila masuk ke dalam dorm kami bertiga bertanya pada budak form 1 itu kenapa mereka menjerit? semua yang dalam dorm terus bangun apabila mendengar jeritan tersebut lalu mereka berkumpul ke arah kami.. apabila di desak banyak kali barulah mereka bagitahu..semasa dalam toilet ada yang telah di ganggu..di dalam toilet ada yang merasa kain di belakang seakan- akan menganggu mereka ketika mereka membuang air kecil..jadi mereka diamkan.. semasa kami hendak keluar dari toilet masuk ke dorm rupanya mereka telah mengira seramai 6 orang.mereka memeluk pinggang antara kami. yang last tu tiba- tiba menjerit kerana pinggangnye pula di peluk dari belakang.... sambil 'yang last ' tu ketawa kecil.. mana tak menjerit ......tiba- tiba pintu- pintu kami di ketuk tak berhenti- henti... sambil dengar lolongan dari anjing.. meremang gila waktu tu.. da la jam pukul 3 pagi.. kami terus berbungkus dalam selimut... nak baca surah...semua da jadi lintang pukang.kain selimut...seakan- akan di tarik perlahan- lahan...
memang mencabar juga waktu itu... hinggalah kami bertiga berpegangan tangan dan membaca surah ayatul Qursi.. lama- lama keadaan jadi semakin senyap..



malam minggu...
saya masih membasuh kain di pili air yang berada antara tengah- tengah tu..waktu tu da malam ..pukul 9 lebih rasanya. sebilangan dari pelajar telah balik ke rumah.Keadaan Dorm agak sunyi..Jadi ada antara kami yang masih stay di dorm.almaklumla exam spm da tak lama lagi. Masa membasuh tu tiba- tiba saya terasa seram... tiba- tiba sejuk sangat..Saya diamkan lagi kerana tahu kalau saya ikutkan perasaan waktu tu la makhluk- makhluk ini akan muncul... mungkin saya ni jenis yang senang nampak benda- benda macam ini..  dalam hati cuba banyak kali untuk membaca surah- surah yang di ingati, sambil saya cuba kuatkan semangat.. muncul lah ina hendak ke toilet... dan saya hampir habis membasuh tiba- tiba terdengar tempat lapang yang kami jadikan tempat kami menjemur pakaian seperti ada orang..palang besi yang di longkang seperti di pijak. saya melihat di sebelah kanan, tempat menjemur pakaian seakan- akan ada ' orang ' .. tiba- tiba.. ' orang' itu membuat CAKKK ... saya terperanjat.. siapala pulak dalam hati main cak- cak malam- malam gini...sudahlah memakai pakaian warna putih... terus saya masuk ke dalam toilet.. jumpa dengan ina... dan beritahu apa yang terjadi.. kami terus berlari masuk ke dalam dorm..masa tu tu ina bawak kayu dan kami pergi balik ke tempat tadi..sudahlah gelap..ina terus mencabar... HOIII..SIAPA TU..BERANI MALAM- MALAM MASUK TEMPAT ORANG.. KALAU BERANI TUNJUK MUKA AAA.... mastu tu jantung saya berdegup laju,,, hampir takut.... setelah ina mencabar banyak kali.. tak semena- mena... seakan- akan angin berdesup di depan kami... Kain putik lak tu..siap dengar ketawa lagi... berlari kami masuk ke dorm... takut punya pasal ...sampai pagi baru pergi toilet balik...rupanya tapak asrama ni keras.. macam- macam da pernah berlaku di asrama ini...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 02:03 PM | Show all posts
cerita menarik tapi berpinar bijik mata nak baca..

buat perenggan please.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 02:13 PM | Show all posts
sorry..first time tulis... sekali tersilap taip le...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:28 PM | Show all posts
aku pon pernah tertegur kain putih terbang melintang kat pokok luar bilik asrama masa kat uitm kedah dulu..
masa tu study week..member aku dok study kat meja.. aku tanya dia "woi apa tu terbang?" kejap jer dengar org mengilai2 kat bwh..meremang bulu roma aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 02:45 PM | Show all posts
iwan007 posted on 14-11-2014 02:28 PM
aku pon pernah tertegur kain putih terbang melintang kat pokok luar bilik asrama masa kat uitm kedah ...

sanggup tu p tegur.. kalau saya la...oo tak laa... cuma baca apa yang patut..sebab benda ni selalu menganggu...lagi- lagi yang jenis cepat nampak macam saya ni...huuu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 03:28 PM | Show all posts
aku pulak...jenguk ke bawah asrama dari bilik kawan aku sbb nak tutup lampu, tetiba nampak dlm 3-4 kain putih dok berjalan2 bwh ampaian...tersentak sampai x tercakap dlm seminit kut...tetiba aku sergah OITTTT...terus benda2 tu lari, rupa2nya bebudak mencuri baju kt ampaian....haishhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2014 04:11 PM | Show all posts
Sekolah mana ni TT?
seri sepang? smk bbst? sam bbst?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2014 10:10 PM | Show all posts
pengalaman di asrama kolej seremban 2 tahun 2002..

            Kediaman kolej kami merupakan rumah kedai yang separuh daripadanya dijadikan kolej ,ada 3 blok kedai dijadikan blok asrama. Satu blok untuk kediaman perempuan dan 2 pula untuk kediaman lelaki. Setiap blok ada 3 tingkat.. aras pertama ada yang dijadikan tempat belajar, manakala aras kedua dan ketiga akan di jadikan asrama.. bilik saya di aras tiga.. dalam bilik itu telah di pecahkan sebanyak 3 bahagian. bilik depan sekali untuk budak- budak SKM ( SIJIL KEMAHIRAN ) , bahagian tengah untuk budak- budak diploma it serta bahagian belakang, budak- budak ( matriks dan diploma UTM )di situ juga lah ade 3 bilik mandi, serta dua toilet. bilik saya di bahagian tengah. berkumpul la kami dengan jurusan yang sama. Ada 9 orang jurusan kami. Farah, Ain, Adeq, ida, Mariam, zura, linda, acik dan juga saya..
             masa sesi perkenalan dengan kakak- kakak bahagian depan dan belakang, barulah mereka cerita dekat sini tidak boleh cakap yang bukan- bukan.kena hati-hati masa buat sesuatu. Bagi kami adatlah mungkin sebab kami orang baru, kakak- kakak ini hendak bagi mukadimah .. kakak dorm depan ini ada 10 orang , mereka ambil jurusan seni bina.Yang paling saya ingat ialah kak erin, kakak ni kecil sahaja.. suka bercakap dan suka ajak bergurau..
              Satu hari, masa ujian bulanan , jam di dinding telah pukul 0100 pagi. dorm kami di bahagian tengah semua tengah sibuk mengulangkaji. Katil kami merupakan katil 'double decker' yang kami rapatkan diantara satu sama lain..tiba- tiba kakak dorm depan macam kelam kabut dan seakan- akan riuh rendah. kami terperanjat. jadi ada salah seorang kakak di dorm depan terus jerit dengan suara yang lantang, kalau sapa-sapa yang lemah semangat sila baca ayat Qursi sekarang.jangan berhenti..ada yang da mula berpeluk sesama sendiri, saya? terus baca je sebab da tau akan berdepan benda yang tak sedap hati.. kakak- kakak dorm depan tadi terus melalui dorm tengah iaitu dorm kami dalam keadaan seperti melindungi sesuatu di tengah- tengahnya.. Kami cuba merungkai apa benda...lalu kakak- kakak tersebut terus menutup pintu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 10:13 PM | Show all posts
Eric.n9 posted on 14-11-2014 04:11 PM
Sekolah mana ni TT?
seri sepang? smk bbst? sam bbst?

yup.. seri sepang. dulu asrama tak macam sekarang ni..sekarang asrama baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 10:40 PM | Show all posts
sambungan...
           Ada di antara kami yang gatal nak juga keluar tengok apa yang berlaku.. masa tu angin tetiba kuat di arah tangga.. Kami dapat lihat di bawah kakak- kakak tadi cuba sorokkan kak ERIN... rupanya kak erin telah di rasuk..Kami bertanya kenapa dengan kak erin...kakak- kakak yang lain tu suruh diam dan jangan tengok.. Masa tu pulak kak erin bertanya pada kami... tapi suara dia berubah.. seakan -akan menjadi seorang yang sangat manja.. dia berkata.. MARILAH..... JOM LAH MAIN... IKUT LA KITA.... KITA NAK MAIN DENGAN AWAK NI... masa tu erkkk... bia betul...terus meremang bulu roma.. kami berlari masuk dalam... rupanya ada lagi sorang masih kena rasuk di dorm depan.. dia ni bernama aisyah.. ada dua orang kakak dorm depan tengah cuba pujuk dia... aisyah paksa kami tengok apa yang dia nampak di depan tingkap... memang dorm depan dapat tengok jalan besar. Berhadapan tu ada blok kedai.. tapi kebanyakan pelajar yang duduk luar duduk di situ. pas tu dia mula menyorok di hujung dinding, dia cakap lagi AKU DA KATA.. KAN TINGGI TU.. KO TAK NAMPAK- NAMPAK KE? TU DIA CUBA MASUK MELALUI TINGKAP TAKKAN KORANG TAK NAMPAK... SURUHLAH PERGI.JANGAN GANGGU AKU.dia menjerit lalu pengsan.. bayangkan lah pukul 1 lebih pagi da dua pengalaman menakutkan ,dorm kami sedang tempuh.. masa tu last choice kakak- kakak tadi beserta kakak dorm belakang pakat buka surah Yassin kuat-kuat.Ada seorang kakak di dorm belakang ni kami panggil ustazah, dia lah yang meng Azankan serta meng Iqamatkan dorm kami.. Bunyi pintu di bilik mandi yang tiba- tiba terbuka  dan bilik toilet yang tiba- tiba seakan- akan orang guna dan tengah flush jamban bersilih ganti... Takutnye kami masa tu. kami berkumpul di dorm tengah, sambil tak berhenti membaca Yassin ..lebih kurang pukul 4 lebih baru semuanya reda.. kami tertidur kepenatan ...
             pagi nya baru kami tahu, sebenarnya kak erin tidak boleh bersama dengan aisyah semasa mereka di rasuk.. ini kerana apabila mereka bersama, ' benda 'yang menganggu tu akan bertambah kuat. baru kami jelas sebab mereka asingkan kak erin dan aisyah  pada malam itu  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 11:53 PM | Show all posts
lagi lagi. best best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 03:48 AM | Show all posts
sambungan lagi part kolej..
           Hari- hari yang di lalui boleh di katakan macam biasa..kalau ada gangguan pun setakat gangguan biasa- biasa sahaja hinggalah pada malam minggu. Kebanyakan pelajar telah pulang ke rumah kerana cuti sabtu ahad. Tapi saya dan beberapa orang lagi berada di dorm. Malas balik ke rumah. Adalah dalam 15 orang termasuk kakak-kakak di dorm depan.. Dorm belakang sunyi kerana kakak-kakak itu balik rumah.
             Malam itu, saya dengan adeq sudah kepenatan. Jam di tangan baru pukul 10 malam, jadi kami pon hendak naik masuk ke dorm. Masa tu tidak sangka, semua budak- budak dorm kami ni belum masuk. Tinggalah kami berdua dalam dorm. Adeq ni ada penyakit jantung berlubang. Masa kami tutup pintu tu, pintu ni ibarat pintu EXIT  door. Yang jenis TEBAL tu.. tapi bila orang ketuk pintu memang dengar.
             Tiba- tiba dengarlah kami, kipas yang sedut udara ke luar tu tiba- tiba berbunyi seperti ada orang yang buka. Padahal kipas tu langsung tak pernah di buka sejak kami masuk sejak mula- mula daftar lagi. Masa tu kami di dorm tengah, adeq tiba- tiba pandang saya dan cuba berlindung belakang loker. Dorm belakang seakan- akan ada orang apabila bunyi sudu dan garpu berlaga.. Waktu tu belum thrill lagi, takut tu memang la takut. Tapi di sebabkan cuba pujuk diri sendiri agar kuat dan jangan layan , perasaan tiba- tiba jadi kuat.. Saya terus pegang Yassin. Adeq da takut sangat.. Saya cuma fikir di buatnya sakit jantung budak ni macam mana saya nak buat.Saya cuba telefon kakak- kakak yang tak balik ni .. line tidak dapat di hubungi.. kalau seorang takpe.. ni 13 orang yang lain pon kami tak dapat hubungi dan bila di hantar mesej , mesej sending FAILED.. Bunyi- bunyi dalam tu jangan cerita la, yang toilet berbunyi seperti orang flush, hempas pintu bilik mandi, yang paling tak boleh saya kawal lagi BUNYI BELON YANG DITIUP, tapi bunyi belon ini jenis bila kita tiup kita lepaskan bunyi dia pelan-pelan... SREEEEETTTTTTTTTTT... memang nak gugur jantung kali ini.   
               Saya terus angkat Yassin dan kuatkan semangat saya jerit, JANGAN KACAULAH, KAMI TAK KACAU KO..JANGAN LA KACAU KAMI... PERGI JAUH- JAUH. Bunyi tu makin kuat.. Kami terus berpelukan , saya membaca ayat Qursi kuat-kuat. Saya membaca dengan satu- satu ayat, saya tekankan suara....sampai habis.Adeq pada masa yang sama cuba call kakak di dorm depan...Alhamdulillah masa tu line dapat di hubungi. tetapi putus- putus..kami cuma sempat kata... AKAK..TOLONG..Rupanya kakak tu memang sudah ada di depan pintu dan cuba buka pintu tapi kunci dari dalam. Pintu utama bilik tu memang berada dibelakang loker- loker kami iaitu di dorm belakang punya tempat. Kalau kami hendak buka pintu memang kami kena melalui dorm belakang. di situ lah ada bilik mandi dan toilet yang asyik berbunyi sakan macam orang guna. Waktu tu saya tarik adeq nak buka juga pintu apabila dengar kakak tu jerit buka pintu. Waktu tu cuma jerit ALLAH..ALLAH...ALLAH... sampai depan pintu terus saya tarik pintu yang di katakan berkunci tu dan saya buka. Terbuka je pintu kakak tu terus terjah masuk dalam.Bunyi-bunyian tu langsung takde. Rupanya ramai da ada kat pintu..mereka bagitahu mereka cuba tendang pintu banyak kali.kami takde respon  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 04:29 AM | Show all posts
sambungan..
          malam itu kami di dorm tengah seramai 6 orang , semua tido atas karpet dan tarik tilam rapat- rapat. Kami buka lampu di dorm belakang. Bagi terang. Saya tidur di hujung sekali , betul- betul sebelah loker. Kakak-kakak dorm depan da bagitau letak Yassin bawah bantal. Masa nak tidur tu lah, kain selimut tu rasa macam kena tarik pelan-pelan . Padahal kaki kami semua meghadap ke dinding. Seakan-akan ada orang yang pijak tilam. Masa tu badan saya da mula tak sedap. Saya buat-buat tarik selimut dan tutup muka. Masa tu saya alihkan badan menghadap ke loker. Loker saya yang paling hujung di laluan tu. Tiba- tiba mata saya tertacap ada KELIBAT warna hitam betul- betul sebelah loker saya. Berbulu lebat mencangkung sebelah saya. Mata merah. waktu tu saya cuma mampu sebut ALLAH... KELIBAT ini mula dekatkan muka dia ke arah saya..memang takut sangat masa tu... saya cuba kejutkan ain yang berada di sebelah, at the same time kerana kaki dia da berada atas dada saya.. da la berat gila. saya cuba kejut banyak kali..sambil tutup muka dengan selimut. Selimut pula asyik di tarik- tarik. Aduhaiii... last sekali saya terus tepuk pintu loker, sebab saya cuba menjerit tetapi tiada suara..saya cuba jerit banyak kali tapi takde sapa pon dengar.  hinggalah ida terjaga dan jerit YA ALLAH... akak...terus dia tarik kaki ain dan semua terjaga.. masa tu da pukul 0330 pagi. terus saya demam panas selama seminggu.... itula pengalaman saya semasa kolej yang menakutkan..

sambungan .... semasa bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:57 AM | Show all posts
serammmmm..tapi best
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh.. seriauu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fadzyjemi posted on 15-11-2014 03:57 PM
Fuhhh.. seriauu

Masa ni seriau jangan cakap. Macam nak tercabut jantung n masukkan balik... walaupon kena dalam 20 minit..masa lambat sangattt berjalan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:18 AM | Show all posts
Siyes seramm....kolej tu kolej N kan?
Yg bangunan kaler ijau tu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 16-11-2014 01:18 AM
Siyes seramm....kolej tu kolej N kan?
Yg bangunan kaler ijau tu kan

Yup..pernah belajar kat sana gak ke?? Tempat tu memang kakak-kakak sebelum ni kata banyak gangguan. Dulu ada pintu tengah yang hubungkan dengan dorm sebelah tu... sejak kes benda tu kat tengah-tengah menyerupai ada seorang budak ni...mereka ingtkan budak ni salah bilik dan berjalan dalam tidur.Sudahla rambut mengerbang dan mata merah semua tu..tiba - tiba senyum...diaorang hantar balik ke bilik...sekali...orang yang sebenarnya ada tengah tidur... apa lagi menjerit masing - masing..'benda' yang mereka pegang tu sekali tiba2 gelak sinis. Ramai yang histeria. Sejak tu pintu kedua yang menghubungkan di antara bilik sebelah tu telah di tutup terus. Tinggal pintu utama je yang ada..kes tu berlaku sebelum intake kami masuk lagi...rupanya orang yang sebenarnya tu ialah aisyah. Kakak dorm depan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lynn_adam posted on 16-11-2014 05:32 AM
Yup..pernah belajar kat sana gak ke?? Tempat tu memang kakak-kakak sebelum ni kata banyak gangguan ...

Ehh....tak, tak blaja kt sane
Tapi dedulu selalu lalu kt kolej tu
Naik bas nk ke seremban 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.312913 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list