CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3802|Reply: 12

Kisah seram (Ker??) layan...

[Copy link]
Post time 19-11-2014 02:16 AM | Show all posts |Read mode
Cerita ni diceritakan oleh sepupu aku. Budak ni muka macam najwa latif tapi versi orang putih la. Aku bagi nama dia Nad. Aduh aku tak pandai lah nak karang cerita bagi sedap. Tapi aku cuba jela, kalau tak sedap boleh tambah cerita sendiri. Hehe

Nad ni baru habis sekolah. Memang muka fresh la kan, muka cun.  Dia ni 3beradik je. Ada abang and kakak. Dia anak bongsu. Nad ni cucu opah kesayangan opah dia makanya Nad ni selalu lah tidur dekat rumah opah dia. Lagipun rumah parents dia and rumah opah ni dalam satu kawasan perumahan jugak.

Anak2 opah ni semua nye duduk jauh2. Kecuali ayah si Nad ni. Nak kata memang tiap2 malam dia tidur rumah opah sebab opah sensorang, lagipun rumah opah Nad ni besar mengalahkan rumah menteri! Okay tak, tu aku tipu. Gurau di malam hari. Yang baca siang, gurau di siang hari lah kan. Tapi memang rumah opah Nad ni besar, rumah batu 3 bilik 2bilik air. Okay done intro. Ni masuk part cerita nye pulak.

Malam tu si Nad ni tidur kat bilik no.2. Opah tidur kat bilik no.1. Bilik no 3 kosong dan berdepan dengan main hall. Bilik no 1 berdepan dengan ruang TV. Bilik no 2 sebelah bilik no 3 n berdepan jugak dgn main hall. Depan main hall, jalan sikit toilet and meja makan muat untuk 8orang. Kalau korang faham kedudukan rumah ni, Alhamdulillah, kalau tak faham maaflah.

Nad ni jenis suka tidur lambat, main hp agaknye msg dengan pakwe die kot. Dalam pukul 3 lebih, dia pergi toilet nak membuang. Lalu dekat meja makan ni,  mula2 takde apa2, dah selesai membuang tu dia keluar lah dari toilet nak balik bilik lah kan. Dekat meja makan dia nampak opah dia tengah duduk, eh bukan duduk alah macam harimau lah dekat bawah meja. Separuh badan keluar dari meja. Tengah diam. Yang Nad ni tak fikir apa2 terus tegur 'opah'. "Opah, buat apa?" tapi opah yang ni membeku. Nad ni takde lah fikir bukan2 sebab jenis fikir positive je, then dia masuk bilik dia. Dia sengaja tak tutup pintu sebab nanti senang opah panggil dia, Nad ni tunggu jugak kot2 opah lalu ke, tapi agak lama jugak lah menunggu, dia dah pelik, "aik, takkan lama sangat opah kat dapur, rasanya tadi opah takde lalu pun depan bilik" kata Nad dalam hati.

Nad pun keluar lah jenguk kepala dekat luar kot2 ada opah ke, lepastu dia naak confirm, dia bukak pintu bilik opah, Tengok2 opah tengah sedap tidur berdengkur. Dia tutup pintu bilik opah, masuk bilik menggigil satu badan. Entah macam mana dia boleh tidur. Esoknya dia tanya, opah ada pergi dapur ke semalam, then opah jawab takde. Kalau opah nak pergi toilet pun, bilik opah ada toilet. Lepastu dia diam sahajalah seribu makna...

Ada lagi cerita kat rumah opah ni. Nanti aku cerita. Penat tangan menaip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
opah makan merangkak ka apa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 03:04 AM | Show all posts
Haaa merangkak. Lupe nama posisi. Bukan tengah makan, Nad kata tak tahu dia buat apa. Keluar je dari toilet dah nampak opah merangkak bawah meja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Fyka_93 posted on 19-11-2014 03:04 AM
Haaa merangkak. Lupe nama posisi. Bukan tengah makan, Nad kata tak tahu dia buat apa. Keluar je dari ...

makk aii...merangkak mcm rimau...heheheh terbayang mcm arwah azean irdawaty(al fatihah) dalam cerita waris jari antu tu heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 02:20 AM | Show all posts
pisangbaik posted on 19-11-2014 03:25 AM
makk aii...merangkak mcm rimau...heheheh terbayang mcm arwah azean irdawaty(al fatihah) dalam ceri ...

Lebih kurang gitu lah, sebab opah pun chubby2 jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Fyka_93 posted on 21-11-2014 02:20 AM
Lebih kurang gitu lah, sebab opah pun chubby2 jugak

sambung lagi cerita TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2014 11:25 AM | Show all posts
rimau jadian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:47 AM | Show all posts
menarik.. cepat sambung yerrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2014 04:11 AM | Show all posts
Kisah Pocong.

Watak utama pun still Nad. Rumah parents Nad ni dalam kawasan perumahan 2 tingkat. Rumah dia hujung sekali a.k.a corner lot. Dekat taman tu kecoh pasal pocong ni. Budak2 remaja ( budak ke remaja? ) , hmm tak kisahlah, kata selalu nampak pocong ni berkeliaran melompat2 dari hujung rumah sana ke rumah yang situ hingga ke rumah yang corner lot ni. Agak2 pocong ni dah penat menggunakan tenaga 2xx Energizer namun tetap perlu mengecas battery telah memasuki rumah corner lot pemiliknya adalah Puan D dan Encik M. Di mana kedua2 tersebut adalah parents Nad ni.

Makanya bila Nad cerita pasal kawasan tempat bermain si pocong ni aku pun agak2 muntah darah dan hampir mati kejung. Kenapa???

Sebab dimana pocong bermain, di situlah tempat aku bermain pada satu ketika dahulu. Bayangkan tempat lepak kitorang dah jadi port pocong durjana ni. Nak lepak mana lagi kalau aku datang rumah beliau? Dalam rumah?? No no no o
No nono. Tak kampung lah lepak kat dalam rumah.

Eh tak lah, sebenarnye bila Nad cerita pasal pocong ni, ada kena mengena jugak dengan rumah beliau ittewww. Kan budak2 remaja ( eh, budak ke remaja?) cakap pocong ni berakhir masuk dalam rumah Nad, so disinilahnbermulanya kisah Nad dan hantu2nya. Sebenarnya ada dua je. Emm jap. Meremang la pulak.


Rupe2nye, setelah di selidiki, rumah Nad tu memang tempat si 'dia'. Agaknye dulu2 benda ni tak terlalu menonjol sebab nenek Nad ( belah mak dia) ni mengajar orang mengaji dan kuat agama, mungkin lah dulu2 ada kisahnya, tapi tak di ceritakan je, kisah2 yang aku ceritakan ni sumbernye dari Nad dan beberapa member aku yang duduk berdekatan dengan rumah Nad ni.

Panjang intro, padahal ceritanya seciput.

Kedudukan rumah ni senang je, ada 3 bilik, kat tingkat bawah ada satu bilik, dapur toilet dan main hall. Tingkat 2, ada 2 bilik yang saling menghadap, and ada ruang tengah2 kat situ. Rumah Nad ni kecik je. Cutie pie? Ahh gasaklah.

Encik M ( ayah Nad) ada sixth sense, Encik M kata ruang tengah tu tempat pocong tu. memang agak lama dia menghuni tempat tu. Nad cerita, ada satu hari tu dia balik dari kelas agak lewat, dalam pukul 6.30 baru balik lepas kelas, lepak2 makan2 . Masuk je rumah ayah dia terus kata, pergi mandi ambil wudhu, dia pun ikut jelah, takkan nak bantah, makan penampo sedas kang. Lepastu dia dengar ayah dia cakap agak kuat, "kau naik atas jangan kacau keluarga aku" lepas je ayah dia cakap gitu, terus towel yang dorang sidai dalam dekat tangga bergerak macam ada angin tolak. Nad tanya ayah dia, ayah dia cakap, " benda tu dok ikut engkau je!" Benda yang berikat seperti sup bunjut aka pocong.

Tapi aku respect Nad ni, dia jiwa kental walaupun masih muda and badan kecik je. Tamat kisah pocong. Sorry banyak ke laut. Aku tak pandai bercerita.
Next!

Nenek kebayan.

Tempat yang sama. Watak yang sama. Seram sikit kot.

Mula2 Nad dah kena benda ni, dia asyik nampak penampakan je.
First. Puan D ni kerja pagi, balik dalam pukul 2/3 petang. Kerja apa, biarlah menjadi rahsia..
Kejadian adalah masa Nad tingkatan 3. Nad balik sekolah dalam pukul 3 jugak. Balik2 je terus naik lepak dalam bilik. Bukak tudung, baring, tidur. Dalam pukul 5, dia jenguk bilik mak dia, konon nak minta kebenaran nak keluar dengan member. Mak dia tengah tidur, agak nyenyak, so dia malas nak ganggu, terus keluar jalan kaki ke rumah kawan dia, Aina. Dalam perjalanan, dia stop kejap. "Ibu!" Ah sudah! Mak dia pun tegur dia.

"Kau nak ke mana Nad? Tak bagitahu ibu pun?"
"Kite nak pergi rumah kawan, kite tengok ibu tidur sedap je, kite malas nak kejut"
"Bila masa pulak ibu tidur? Ibu balik kerja terus pergi rumah Maklong kau, ambil buah kedondong ni"

Jeng jeng jeng.. Milik siapakah makcik yang tidur dalam bilik mak dia? Kakak Nad ni sekolah asrama dekat N9. Mak dia takde ambil pembantu rumah, abang dia kerja, ayah kerja. So, persoalan tak terjawab shingga hari ini.

Cerita seterusnya.

Macam biasa, Nad cerita, kejadian ni berlaku 2 minggu berturut2.

So masa kejadian, Nad baru balik sekolah, macam biasa balik, letak beg, tanggal tudung, lepak dekat ruAng antara 2 bilik tingkat atas. Tengah2 main fon, abang dia jenguk kepala dekat tangga, dan sapa "hoi". Perbualan biasa untuk adik beradik yang suka bergaduh ni tapi saling caring mering. Nad pun balas balik. "Hoi jugak"

Agak2 dah lama dan rasa lapar, dia pun turun bawah nak makan. Jenguk dapur, ada ibu, abang takde.

"Ibu, abang mana?"
"Abang tak balik lagi, dia kata balik lambat sikit"
"Aik, tadi abang tegur kite, hoi2 lagi"
"Mana ada! Abang kau tak balik lagi, kau ni kenapa Nad?"
"Betul ibu, abang tegur kite tadi masa kat atas"

Beriya2 iya lah Nad ni nak membuktikan yang abang dia ada balik tadi. Dia pun ambik phone terus call abang dia. Jawapan yang diterima Nad ni agak meng annoyedkan Nad sebab: "aah, abang hantar saka say hello kat kau"

Agak bangkai jugak abang Nad, then, abang dia mati2 cakap takde balik, banyak kerja lagi. Menangis Nad dekat dapur sebab tak percaya takut mak and abang dia berkomplot nak kenakan dia. Last2 abang dia malas layan terus letak phone.  Sebenarnya Nad tahu dia kena ganggu tapi dia ignored. Agaknye sebab tu lah benda tu dik ngacau je.

Banyak lagi cerita, tapi aku lupe. Nanti aku tanya dia lagi, kalau dia ingat lagi la.

Kali ke tiga ni baru dia tahu yang kacau dia tu nenek kebayan. Nenek ni nak berkawan dengan dia. Agak kepelikan di situ, aku tak pernah dengar psl nenek kebayan nak berkawan dgn manusia. Aku lah. Korang mungkin pernah dengar.

Satu hari tu, dalam 2 minggu ni jugak lah, awek abang Nad, Jiha, datang rumah dia, sebab Nd dah bagitahu family dia, yang dia selalu kena, so, abang dia suruh Jiha temankan Nad kat rumah. Hari tu, Nad tak pergi sekolah , MC. Dorang lepak luar je.

Dekat luar rumah ada meja besar untuk lepak, and sofa2 dan rak kasut lah. Jiha duduk dkat hujung meja menghadap pintu rumah and boleh nampak tangga. Nad duduk dekat sebelah Jiha tapi menghadap dinding. Dua2 tengah main laptop sambil berborak and bergelak2. Tiba2 Jiha diam, Jiha kata, dah lama ke dia ada?

Nad kata, baru seminggu lebih. Akak nampak ke? Kat tangga?
Jiha angguk je and senyum.
Jiha kata kat benda tu, "dah2 la tu. pergi naik, takde apa2 pun kat bawah ni. Pergi naik ye"

Mak aih, aku cakap, berani jugak Jiha ni. Kalau aku, lari dulu.
Nad kata, Jiha nampak nenek kebayan bersanggul and muka ofcourse lah berkedut sejuta, kalau tak berkedut mungkin cucuk botox?? Ada ke? Hahaha.
Lepas dari tu, barulah Nad ni tahu yang ganggu dia lepas pocong tu nenek kebayan.

Nad cerita, nenek tu pernah tidur sebelah dia, tapi dia rasa selesa, takde pun takut2. Dia buka mata nampak nenek tu. tapi aku pelik dia tak takut tu. nad ni pun boleh tahan sengal, dia selalu kacau kakak dia, kata, "Nana, nenek tu nak kawan dengan kau jugak" betul atau tak benda tu nak kawan dengan Nana aku pun tak tahu. Sejak tu, try lah bawak Nad ni berubat. Nad tak nak berubat. Bawak je jumpa perawat dia taknak masuk, sampai di maki hamun nye perawat tu. bila time nak mandi limau, Nad ni taknak, kena penampo ngan abang dia. Terus lah mandi, itupun mencarut2 kekdahnye.
Sekarang Nad dah okay, takde dah kena apa2. Pocong tu dah dipindahkan ke *********************** aku pun tak tahu, nenek tu dah takde sebab Nad kata, takde dah, dah buang. Aku pun sebenarnya tak faham dengan cerita Nad ni, sebab Nad tak bagitahu ending.

Tapi kalau kkorang masuk rumah Nad tu, memang akan terasa seram walaupun dah terang dengan lampu. Tammmmmat cerita Nad. Nanti aku cerita benda lain pulak. Nak kumpul maklumat dulu. Klau tak sedap aku cerita ni, minta maaf sesangat. Jangan caci maki aku... Y_Y
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 04:14 AM | Show all posts
aerolz posted on 21-11-2014 11:25 AM
rimau jadian ke?

Wallahualam. Sorry lah, aku tak tanya detail, tapi, Nad kata, opah dia mungkin ada membela. Bela apa, aku pun tak pasti benda apa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 04:15 AM | Show all posts
khailya posted on 21-11-2014 11:47 AM
menarik.. cepat sambung yerrrr

Tq. Dah sambung. Selamat membaca!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 04:21 AM | Show all posts
pisangbaik posted on 21-11-2014 02:22 AM
sambung lagi cerita TT

Dah sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:24 PM | Show all posts
nak lagi...??
hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060823 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list