CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55977|Reply: 146

Kisah Aku Dan Mistik III : Kisah 8 : Perempuan Misteri Berbaju Kuning

[Copy link]
Post time 15-12-2014 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Syumaimah at 11-10-2015 12:23 AM

Assalamualaikum

aku dah lama sangat menyepi dari menulis kisah kisah mistik yang berlaku dalam hidup aku terutamanya dan orang sekeliling aku...

Kalau korang biasa follow kisah aku korang tau la pasal kes aku dan jin asyik dulu dalam thread Kisah Aku dan Mistik serta Kisah Aku Dan Mistik II. ..

Now aku kembali menulis wp aku tak tau apakah aku masih mampu menulis seperti dulu... cewahhhhhh.... haha

oleh kerana thread Kisah Aku Dan Mistik II dah banyak kisah kisah mistik makanya aku decide untuk buka thread ketiga ni supaya korang tak pening kalau aku share dalam thread tu....

Dan jugak sebabnya aku kembali diganggu (dulu aku syok sendiri ingat aku dah ok rupanya panas tidak berpanjangan) walaupun gangguan tak sehebat dulu barangkali....

Ok aku tak nak cakap banyak intronya so aku citer serba sedikit apa yang jadi kat aku lately...

Dalam thread kedua aku tu aku ada cerita pasal yang aku dah pulih dan aku kemudian berkahwin... 6 tahun melayari bahtera rumahtangga yg aman damai aku kembali dihantui..

macam mana aku yakin aku kembali dihantui? Nantikan update seterusnya dari aku selepas ini.... Last edited by Syumaimah on 16-12-2014 09:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 1

Aku pernah cerita dalam thread dulu yang mana ada dua orang ustaz asyik tenung aku masa aku hadir satu ceramah agama tentang makanan kesihatan dalam islam...

apa yang ustaz tu cakap benar benar membuatkan aku tak senang duduk... ditambah pula bila aku kerap melihat kelibat hitam berupa lelaki... aku kaget apakah jin asyik dulu kembali menghantui aku? Apakah aku hanya bebas selama 6 tahun sajakah setelah 6 tahun juga aku dibelenggu jin asyik....

Aku akui rumah yang aku duduki sekarang agak keras dan ini disahkan oleh mak aku yang mana mak aku pun pandai sket pasal mistik ni...

masa mak aku datang bermalam di rumah aku tahun lepas, mak ada bgtau aku keadaan rumah aku tu dan mak cakap benda tu ada kat bawah rumah aku, di bahagian dapur... Gulp.... takut? Mau tak takut tapi aku hadap jugak sebabnya itu rumah aku kan..

kerap jugak aku dengar benda melompat kat dapur rumah ketika aku sendirian di malam hari tapi aku buat tak tahu jer.... aku cuba anggap tu kerja tikus ke katak ke walaupun macam tak logik.. hehe

Penah jugak aku dengar tombol pintu dapur berbunyi ketika aku sorang diri di malam hari tapi macam biasa la aku anggap tu mainan perasaan aku. Walaupun boleh tahan jugak aku menggigil... hihi

Aku cuba hidupkan rumah aku dengan ayat ayat quran tapi cam biasala ada masa aku lalai kan... huhu

Kalau korang baca thread dulu aku ada citer sebelah rumah aku ada rumah kosong yang mana ada satu pokok besar di tepi rumah tu dan pokok tu jadi port makhluk tu...

one day... masa tu maghrib, suami aku tak de kat rumah. Aku sorang diri. Kebetulan masa tu aku baru beli mesin basuh dan aku tengah ejas paip air keluar mesin basuh tu ke bawah rumah. Rumah aku kan rumah kayu bertiang... kuarters lama.

so aku yg tak sabar nak basuh kain ni terus selesaikan sendiri paip tu tanpa tunggu suami aku.. aku memang suka buat sendiri kalau aku boleh buat la... hehe

masa masuk bawah rumah di bahagian dapur tu time maghrib, aku bongkokkan badan dan pelahan lahan menyusup bawah rumah... meremang kejap bulu roma... tapi aku buat dek. Aku betul kan saluran paip dengan tekun. Azan maghrib sedang berkumandang...selesai kerja, aku pelahan pelahan berundur keluar dari bawah rumah.  Tetiba mata aku tertancap pada satu objek.  Aku amati, terkujat aku sekejap..

ada satu tengkorak binatang depan mata aku.... aku agak kucing kot... cessss patut la ada bau tak best aritu.... huhu

Tanpa berlengah aku keluar dan naik ke rumah.  Silap aku pulak aku tak mandi lepas masuk bawah rumah tadi.

aku solat maghrib dan isyak cam biasa... suami aku balik... normal tak de apa..

Tapi malam tu aku kena teruk... malam tu aku langsung tak boleh tidur... belah kiri badan aku sakit seperti ada yang gigit tulang aku.... sakit yang amat sangat.. susah nak aku gambarkan.. yang pasti aku rasa seperti ada benda yang bergerak dari bahu kiri ke lengan kiri terus ke kaki kiri aku... menggigit setiap inci tubuh aku..

malam tu aku menangis semahu mahunya.... suami aku lena tidur kat sebelah.. hampeh

aku fikir apsal sakit belah kiri ni? Barulah aku teringat apa aku buat mahgrib tadi dan aku teringat mak aku penah cakap yg kat bawah rumah bahagian dapur aku tu port dia... huhu

Dan aku terpaksa menahan sakit sampai paginya...yang peliknya pagi tu aku ok...

Tapi benda tu tak berhenti setakat itu.... insyaALLAH akan aku sambung selepas ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 06:03 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 15-12-2014 05:16 PM
Kisah 1

Aku pernah cerita dalam thread dulu yang mana ada dua orang ustaz asyik tenung aku masa a ...

wah..seramnya...membaygkan keadaan bawah rumah kuarter lama sudah bikin bulu roma ku meremang...

xsabar tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 07:06 PM | Show all posts
Seramnya. Beraninya TT.

Haritu aku baca first thread je rasa nya. Tak ingat habis tak. Kena start baca balik ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mystica posted on 15-12-2014 07:06 PM
Seramnya. Beraninya TT.

Haritu aku baca first thread je rasa nya. Tak ingat habis tak. Kena start ...

Berani? Haha... masa tu aku berani sebab aku lupa apa yg mak aku bgtau yg situ port dia.. kalau tak hagham aku nak masuk..... huhu

jangan lupa thread kedua aku.... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 posted on 15-12-2014 06:03 PM
wah..seramnya...membaygkan keadaan bawah rumah kuarter lama sudah bikin bulu roma ku meremang...
...

InsyaALLAH nanti aku sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2014 05:44 PM | Show all posts
setia menanti update dr akak...semoga akk tabah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 16-12-2014 05:44 PM
setia menanti update dr akak...semoga akk tabah..

Tq zila... insyaALLAH nnt akak update... harini hujan lebat... asyik nak tido jer.... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2014 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 2

Kisah ni baru lagi berlaku pada aku. Kalau tak silap lepas raya puasa aritu. Aku tak tau la apa yang aku alami ni ada kaitan dengan kejadian kejadian sebelum ni... tapi cam biasa aku cuba positifkan otak aku nin.... hehe

Aku masih ingat lagi, aku balik kampung untuk menyambut hari raya puasa. Empat hari aku di kampung,  aku kembali ke kuarters aku ni...

Kejadian ni berlaku dua hari selepas aku pulang dari kampung. Masa tu maghrib. Biasa aku ni mandi sebelum atau selepas maghrib. Jarang mandi ketika maghrib sebabnya aku penah terbaca jin asyik suka kacau perempuan yang suka mandi maghrib.  Wallahualam.....

suami aku ke masjid masa tu, rumah aku ni kolah dia sebelah pintu bilik air dan tepi pintu bilik air tu bahagian luar rumah ler. Maklumlah kuarters lama kan. Kayu pulak tu.

so aku mandi cam biasa... sabun badan dan gonyoh mana patut... tengah syok mandi tu aku dengar suara garau lelaki berdehem kuat di sebalik pintu bilik air yakni luar rumah... aku stop mandi, mata melilau dan cuba amati apa yang aku baru dengar tadi... Suara tu dah tak de... aku yakin aku tak salah dengar sbb suara tu kuat dan jelas...

aku ingat suara suami jiran aku tapi mustahil dengar sebelah sini... ke suara suami aku? Bukan.... aku malas nak fikir dan teruskan mandi... aku capai syampu dan syampu rambut aku...

sekali lagi aku dengar bunyi tapak kaki berjalan di luar rumah... kali ni aku tak tunggu dah... aku capai tuala dan balut badan aku dan dengan sekuat hati aku panjat tangga dapur dan lari ke ruang tamu dengan badan menggigil. ..

syampu masih tersisa di kepala aku.... huhu. Lantak la.... berdebar tak yah cakap la masa tu.. sape yg berjalan tadi time maghrib camni? Umah aku ni jauh dari orang. .. kambing ke? Lembu ke? Abih suara sape yg aku dengar tadi?

aku suspect suami aku punya kerja sbb dia kadang suka usik aku... tapi kan dia pi masjid.. aku buka pintu rumah dan jerit sekuat hati "abang ke tu?"... sunyi tiada jawapan. ... langit makin gelap... aku tenguk motor suami aku tak de... mustahil dia...

Naik pening aku fikir... last last aku buat dek dan buat macam tak de pape...

selang esoknya, masa tu pagi dan aku nak bangun dari tidur... tetiba kepala aku berpusing seolah olah bumi yg aku pijak berpusing ligat...

aku terjelepok atas katil dan automatik aku muntah.... aku muntah dengan teruknya... habis keluar segala makanan yg aku makan malam tadi... suami panik tgk aku...

dia capai baldi utk aku muntah... aku muntah dan muntah.. rasa sedikit lega tapi masih pening. ..

haritu seharian aku tak boleh bangun... hanya baring... kepala aku terus pening seakan bumi ni berpusing ligat... dan aku muntah dan muntah..

apa yg aku alami tu seperti yg aku alami dlm thread pertama aku yg masa jin tu buat tut kat aku... ish.... aku kaget.... rasa semalam ok jer.. aku pregnant? Aku yakin aku tak pregnant..

macam macam cara aku buat utk pulihkan pening dan hentikan muntah aku... minum air kelapa tak menjadi jugak... dua hari aku muntah dan pening. .. tak mampu bangun.. last sekali suami aku bawak aku jumpa doktor..

Doktor suspect aku darah tinggi atau gastrik tapi bila check tekanan darah aku normal dan gastrik aku ok... doktor suntik utk hentikan muntah dan kurangkan pening aku... ok la sket tp still jalan terhoyong hayang....

cuma doktor suspect aku kena penyakit vertigo. .. masalah keseimbangan dalam telinga... beberapa hari kemudian aku masih pening tapi muntah dah berhenti.  Aku tak puas hati makanya aku jumpa doktor lain pulak... jawapannya sama kemungkinan vertigo dan doktor bagi aku ubat tahan pening tapi masalahnya bila aku makan ubat tu aku makin pening. ... camno tu...

aku plan  nak jumpa pakar telinga tapi belum kesempatan.... sampaila aku jumpa dengan sorang kawan lama aku....

bersambung... (sat no)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:52 AM | Show all posts
sambung2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan....

Masa dua hari aku pening dan muntah teruk tu aku langsung tak boleh bangun. Hanya berbaring... setiap benda yang aku lihat seakan akan menari dan berpusing.  Hatta aku pejam mata pun aku tetap rasakan bumi ni berpusing.  Betapa azabnya aku masa tu...

Muntah tak yah citer la... separuh baldi besar tu aku muntah dalam masa dua hari. Apa yang aku makan akan keluar balik. Sampai tak de apa dah nak keluar masa aku muntah. Minum air pun aku akan muntah balik. Seksa sangat masa tu... sebijik macam aku kena time belajar dulu dalam thread pertama aku yang aku langgar nasihat ustaz man tapi kali ni lagi teruk...

Masa tu aku tetap fikir something wrong dgn kepala aku. Lepas jumpa dua orang doktor tu aku still pening. Syukur la time tu cuti raya puasa so aku boleh rehatkan diri. Abih cuti aku tetap pergi kerja dalam kepala aku yang pening...

Sampaikan ramai tegur bila tenguk aku jalan huyung hayang... aku terpaksa cerita tapi ramai suspek aku pregnant. . Aku diam malas nak cakap banyak...

Kerap jugak aku rasa nak tumbang tapi aku kuatkan semangat untuk lawan apa yang aku rasa.. kat opis aku ada sorang makcik Cleaner yg pandai mengurut... dia offer nak urut aku. Aku yg memang dah tak tahan ni terus setuju. So dalam masa tiga hari setiap kali waktu rehat aku akan mengurut dgn makcik piah ni...

Hari pertama urut makcik urut bahagian kepala dan perut sbb perut aku rasa mual nak muntah... aku rasa ok sket tapi masih pening... rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding time tu... haha... tapi kang tak pasal pasal kepala aku lak yg pecah. .. hehe

esoknya masa hari kedua mengurut makcik piah buka cerita. Lepas dia urut perut aku semalam, balik rumah makcik piah rasa macam ada benda yang bergerak gerak dalam perut dia. Kaget jugak la makcik piah...

oh ya makcik piah ni reti jugak la bab mistik ni. Masa kawan aku kena sampuk kat opis dlu dia la yang tolong halau. Siap nampak lagi benda tu bergerak dalam badan kawan aku. Seakan benda merayap dalam kulit kawan aku tu... macam serangga citer mummia tu ler...

Tapi masa tu makcik piah syak aku pregnant. .. aku diamkan je sbb aku yakin aku tak pregnant. ..

selesai mengurut 3 hari aku masih tak ok... masih pening berpusing ligat.. aku plan nak jumpa doktor pakar. Sekarang ni drive keta pun aku tak boleh sbb aku pening.  Tak nampak jalan raya.... huhu.. penah aku try bawak dan hampir kemalangan sbbnya aku nampak tak nampak je jalan...

Baru baru ni aku ada chat dgn kawan lama. Lelaki. Aku ter cerita pasal aku tak boleh drive dan asyik pening. Aku bgtau dia yang aku nak jumpa pakar tapi dia cakap kat aku supaya pergi jumpa mana mana ustaz untuk pulihkan kepala aku ni..

aku gelakkan dia... sebab aku rasa benda ni cuma sakit biasa. Dia marah aku dan cakap jangan buat main main sebab dia dan wife dia kena sebijik macam aku. Bila jumpa pakar katanya ok dan bila jumpa ustaz barulah tau yg dia suami isteri kena sihir...

Dia ni dulu keja opis kerajaan. Lepas kena sakit cam aku ni dia berhenti keja dan buka bisnes sendiri. Isteri dia pulak dari dulu kontraktor. . So maybe ada orang dengki isteri dia agaknya.

Sakit dia lebih teruk dari aku. Aku masih boleh jalan wp agak terhuyung hayang cam orang lalok.. haha.... tapi dia ni tak boleh jalan... kalau dia jalan sket dia akan pengsan.  Naik tangga tak boleh apatah lagi turun tangga. Kiranya dahsyat gak la sakit dia nin...

so skang dia sedang berubat dgn sorang ustaz ni. Alhamdulillah dia makin pulih.  Dah boleh drive keta jauh. Dah boleh jalan jauh... dah boleh buat kerja. Cuma dia kena terus berubat sampai betul betul pulih.

lepas dengar kisah dia tu.. aku cuak jugak la sbb apa yg dia citer sama dgn aku alami dan dia berulang kali minta aku berubat jugak dgn ustaz. Nak nak bila dia tau sejarah aku yg lepas.... huhu

ah penat aku taip. Nanti aku sambung balik yer.... aku tgh sakit hati ni mesin basuh aku buat hal pulak. Baru je beli tu... Grrrrrrrrrrt.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:12 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 17-12-2014 09:48 AM
Sambungan....

Masa dua hari aku pening dan muntah teruk tu aku langsung tak boleh bangun. Hanya b ...

cepat2 lah berubat dgn org yg pakar dlm perkara mistik ni..Syu...
dulu akak pun kdg2 xbrapa nak percaya..
tp bila dah terkena pd sedara terdekat..
benda2 mcm ni mmg wujud..

moga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:11 PM | Show all posts
I pun ada terkena mcm ni. Dekat setahun juga la. Rasa pening je and rasa takut hingga ganggu kerja. Alhamdulillah sekarang makin ok walaupun x sembuh sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 02:13 PM | Show all posts
mohon sambungan TT. baru sedap tengah baca ada sambungan pulok. huhuhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Bila dengar citer dari kawan lama aku tu so aku nekad nak try berubat dgn mana mana ustaz yg pandai bab mistik. Aku tak temui ustaz man yg penah rawat aku dulu sbb aku dah lost nombor dia dan aku dah pindah.

Hari tu hari ahad, suami ajak aku try berubat kat satu tempat ni. Suami terbaca pasal pakcik Ali ni dalam satu majalah. Pakcik Ali boleh merawat mereka yang terkena gangguan jin dan lambat dapat anak. Kebetulan pulak suami aku nak try berubat supaya ada rezeki kami nanti utk timang anak...

Jauh jugak perjalanan nak ke rumah pakcik tu. Dalam 2,3 jam jugak la. Kami gerak pagi pagi lagi.

Sampai rumah pakcik Ali kami dijemput naik. Pakcik Ali tinggal sorang diri dalam satu rumah kampung yang agak usang. Sempat la kami sembang sembang pasal pakcik Ali dan anak anak dia....

Selesai sembang, pakcik Ali tanya apa masalah kami... so aku cerita pasal apa yg aku alami. Lepas je aku citer, pakcik Ali termenung kejap dan cakap "hurm... dunia skang ni banyak sgt orang dengki dan sihir menyihir"...

Aku terkedu kejap. Kenapa pakcik Ali cakap macam ni? Aku tanya pakcik Ali apakah aku terkena sihir? Pakcik tu diam cakap "itu pakcik tak boleh nak pastikan cuma kita ikhtiar. Mudah mudahan anak sembuh"...

Pakcik Ali minta suami aku belikan beberapa botol air mineral dan serahkan kepadanya.. suami bergegas keluar ke kedai depan dan belikan beberapa botol air mineral dan serahkan kepada pakcik Ali. Pakcik Ali bawak botol botol mineral ke satu sudut dan membacakan sesuatu pada botol tersebut dgn membuak penutupnya...

Setelah selesai pakcik Ali minta aku minum 3 botol air mineral ni dan lagi 3 dibuat mandi... kemudian kami pulang dan aku amalkan mandi air tu...

Malam tu mak call dan aku citer apa pasal aku pegi berubat. Mak cuak jugak la dan risau kalau kalau aku disihir oleh sorang pakcik kat area aku tinggal ni sbb pakcik tu menaruh hati kat aku (ada aku citer kat thread masalah peribadi)..

Aku tenangkan mak dan cakap tak mungkin pakcik tu sanggup buat macam tu.... wp dalam hati aku cuak sebenarnya sbbnya aku penah malukan pakcik ni kerana aku dah bengang sgt dia asyik kacau aku.. huhu

Aku malas nak sangka buruk... kalau betul pakcik tu yg aniaya aku maka aku serah pada ALLAH...

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 17-12-2014 03:08 PM
Sambungan...

Bila dengar citer dari kawan lama aku tu so aku nekad nak try berubat dgn mana mana  ...

sian syumaimah.. semoga cepat sembuh ya.. amalkan baca al matsurat juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
miskay posted on 18-12-2014 10:49 AM
Syu... dah ada thread baru. tahniah.

Sian syu. Dugaan untuk syu. Semoga syu terus tabah ye. Semog ...

peace yo... hehe... tq sudi singgah... aminnn...insyaALLAH...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang posted on 17-12-2014 03:46 PM
sian syumaimah.. semoga cepat sembuh ya.. amalkan baca al matsurat juga..

aminnn.... tq atas nasihat itu pongkang...

aku sekadar share pengalaman aku jer.... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:20 PM | Show all posts
sian syu..... arap2 syu cepat sembuh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lma ko hilang syu..smoga cepat sembuh ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064204 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list