CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2728|Reply: 2

Teks khutbah Jumaat adalah percubaan wujudkan kebencian agama

[Copy link]
Post time 15-1-2015 12:18 AM | Show all posts |Read mode

Teks khutbah Jumaat adalah percubaan wujudkan kebencian agama, kata pemimpin PAS
OLEH MD IZWAN
Published: 26 January 2013 7:07 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa orang pemimpin PAS membidas penguatkuasa Islam Malaysia kerana pertuduhan menwujudkan kebencian agama semasa solat Jumaat semalam bagi umat Islam dengan menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai “musuh Islam”.
Pemimpin PAS yang dihubungi The Malaysian Insider berkata tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyediakan teks khutbah Jumaat tersebut tidak mencerminkan imej Islam sebagai sebuah agama keamanan dan memahami sebaliknya menggambarkannya sebagai tidak bertolak ansur.
“Langkah Jakim ini cubaan untuk mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.
“Sikap adu-domba mereka ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Dalam teks khutbah Jakim semalam, penguatkuasa agama tersebut memberi amaran kepada umat Islam diseluruh negara tentang percubaan “musuh Islam” untuk menyesatkan mereka dengan memberi gambaran semua agama adalah sama.
Umat Islam juga diberitahu terlalu berminda terbuka dan membenarkan hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah tindakan “merbahaya”.
“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.
“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka,” tulis teks tersebut.
Jakim semalam menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.
“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord),” tulis Jakim lagi.
Salahuddin mendakwa tindakan Jakim tersebut hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang. – Gambar failKhalid juga menyelar Jakim kerana sikap melulu menunding jari dan berprasangka buruk kepada penganut Kristian seolah-olah agama tersebut mempunyai niat untuk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.
“Tuduhan Jakim ini tanpa bukti, mereka hanya menuduh sahaja.
“Kenapa nak burukkan semua orang Kristian, bukan semua penganut Kristian tidak baik. Malahan Islam tidak menganjurkan sikap berprasangka buruk kepada agama lain,” tambah beliau.
Khalid sebaliknya menuduh Jakim sebagai punca umat Islam berada dalam keadaan keliru kerana gagal memainkan peranan dalam memantapkan fahaman Muslim di dalam negara.
“Merekalah (Jakim) punca umat Islam lemah kefahaman dan akidah.
“Sepatutnya Jakim melaksanakan tanggungjawab dan tugas memantapkan umat Islam di Malaysia, tapi apa yang saya lihat setakat ini mereka gagal lakukannya,” kata Khalid lagi.
Dalam pada itu, Khalid juga berkata tidak bersetuju dengan Jakim yang mengatakan tuntutan bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” adalah bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam.
“Kalau Jakim berkata demikian, maka terbuktilah Jakim yang selama ini tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik.
“Lebih baik khutbah itu menerangkan tentang perbezaan akidah umat Islam dan bukan Islam, supaya Muslim lebih memahami tentang Islam yang sebenarnya,” ujar beliau lagi.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mendakwa tindakan Jakim tersebut hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang ketika ini serta membidas agensi tersebut sebagai menjadi “alat” kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sebelum itu saya mahu tanya, apakah peranan dan tanggungjawab Jakim dalam berdakwah kepada umat Islam.
“Jakim jangan jadi alat kepada BN, malahan mereka juga memutar-belit kenyataan yang diputuskan semasa Majlis Syura Ulama PAS pada awal Januari lalu,” katanya.
Salahuddin menentang tindakan Jakim yang mengeluarkan khutbah menyerang penganut Kristian sebaliknya agensi tersebut perlu menerangkan dan menjelaskan kepada bukan Islam tentang kemelut penggunaan kalimah suci tersebut.
Menurut Salahuddin, tindakan Jakim tersebut hanya mengundang rasa tidak puas hati dan rasa benci bukan Islam kepada orang Muslim kerana seolah-olah memberi gambaran yang tidak baik kepada bukan Islam di Malaysia.
“Jakim sepatutnya memainkan peranan proaktif dalam menerangkan dan menghuraikan dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.
“Tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya langkah Jakim mengeluarkan teks khutbah ini hanya menambah rasa tidak puas hati dan benci bukan Islam kepada Muslim,” terang MP Kubang Kerian tersebut lagi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dihubungi The Malaysian Insiderenggan memberikan komen berkenaan teks khutbah dikeluarkan Jakim itu.
“Tiada komen, saya tidak dengar khutbah tersebut,” tulis Mustafa dalam satu teks pesanan ringkas.
Isu kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena Hari Natal menuntut agar Putrajaya membenarkan penggunaan kaimah Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 08:11 AM | Show all posts
“Tiada komen, saya tidak dengar khutbah tersebut,” tulis Mustafa dalam satu teks pesanan ringkas.


sibuk check in time orang smayang jumaat..mane nak dengo....

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:31 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Pulak dah...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081029 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list