CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 7

Fakta Yang Membuktikan Kurma Adalah Buah Yang Paling Berkhasiat Di Muka Bumi

[Copy link]
Post time 28-1-2015 07:00 AM | Show all posts |Read mode









Buah kurma adalah buah kegemaran baginda Rasulullah S.A.W di mana baginda sentiasa mengamalkan memakan buah tersebut.

Buah kurma bukanlah asing bagi masyarakat Islam di Malaysia kerana buah ini pasti dijual di merata-rata tempat di bulan puasa.

Hebat buah ini telah di ceritakan oleh baginda sendiri melalui hadisnya yang berbunyi:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Dan,

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Kenapa baginda begitu menekankan pemakanan buah ini, hebat sangatkah buah ini?

Jadi, di sini kami akan berkongsikan kepada anda fakta khasiat dan fungsi buah ini kepada tubuh badan kita.

  • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
  • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
  • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
  • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
  • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
  • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
  • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan    mencegah konstipasi?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
  • Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?
  • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
  • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari  1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
  • Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
  • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
  • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
  • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?
  • Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
  • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
  • Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
  • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?
  • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?
  • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?
  • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?
Jadi, persoalan kenapa Nabi Muhammad S.A.W menekan pemakanan buah ini telah terjawab. Sungguh banyak rupanya khasiat buah kurma yang kita tidak tahu.

Jadi terbuktilah buah kurma adalah buah paling berkhasiat di muka bumi.-Siakapkeli.com.my





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 02:17 PM | Show all posts
buah kurma mmg feberet i, cuma x tau kat arab sana diaorg basuh x lepas petik, pastu baca artikel ade pokok kurma yg sembur racun serangga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 03:06 PM | Show all posts
PERCAYAAAAAAA....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:16 AM | Show all posts
Biasanya kurma yg i beli pun, xbasuh. Makan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 10:30 PM | Show all posts
wa basuh kurma guna berus gigi sebelum makan ermmm sedapnyaaa!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:11 AM | Show all posts
serius ker kena basuh dulu kurma sblm mkn? selama ni aku mkn jer terus tak pernah basuh pun.....semua brand ker mmg kena basuh dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu suka blend susu dengan kurma..sedap
Skang dah tak berape rajin nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
saper tau kurma jenis apa yang tak berapa manis....ada nama nama ker...i selalu tgk bentuk rupa kurma tu jer.kalau nampak kering iols beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.096535 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list