|
Menyediakan Segala Jenis Hidangan
SEBUAH kedai memasang kain rentang bertulis "menyediakan segala jenis hidangan". Seorang pengunjung masuk ke dalam kedai itu.
Pelangan: Apa maksud dari kain rentang di depan?
Pelayan: Kami menyediakan segala jenis hidangan. Bahkan, hidangan yang paling aneh yang boleh Encik fikirkan, kami akan menyediakannya.
Pelangan: Benarkah? Baiklah, saya ingin menempah masakan daging harimau kumbang asam manis."
Pelayan: Minta tunggu sekejap Encik, kami akan sediakan hidangan tersebut secepat mungkin.
Beberapa minit kemudian, pelayan itu datang kembali. Si pelangan sudah meneka bahawa pesanannya tidak mungkin ada, "Hahaha, pasti kamu tidak mempunyai daging harimau kumbang ya?"
Pelayan itu kemudian menjelaskan, "Maaf Encik, kami tidak boleh menyediakan pesanan masakan yang diminta kerana kami kehabisan sos tomato. Apakah Encik ingin daging harimau kumbang masak goreng tepung? |
|