Edited by trunks at 12-5-2020 04:51 AM
Assalamualaikum semua Thread ni diwujudkan khas buat pemilik2 kucing yang kucingnya telah dijangkiti sporo.. asalnya, nak terus bercerita di thread KISAH KUCING DAN AKU.. tapi thread tu pon macam makan masa sikit nak update sebab sibuk dengan kelas yang banyak giler.. so mungkin terdapat beberapa pembaca yang kecewa sebab cerita separuh jalan dan terpaksa tunggu lama.. Maaf di atas kesulitan
Di sini, aku nak kongsikan beberapa tips nak menjaga kucing2 malang nih dengan baik dan insyaAllah sehingga sembuh .. Tips nih daripada pengalaman aku sendiri dan buat pengetahuan semua, kucing nih hanyalah kucing tumpang dan sedang bunting.. Alhamdullilah dia memilih aku sebagai tuan belaannya..
Tips yang pertama.. sebagai tuan kucing yang budiman, kita kena kenal pasti macam bentuk fizikal luka tuh.. Secara umumnya,luka akibat sporo lebih cenderung kepada keadaan luka yang berkawah.. luka tuh selalunya semakin membesar dan susah nak kering dan sembuh.. selalunya orang-orang kampung, kucing yang luka sikit2 akibat gaduh tuh deorang sapu ubat gamat jaa, insyaAllah akan sembuh dalam masa seminggu.. tapi luka akibat sporo takkan sembuh dengan ubat biasa..
2nd.. Bila dah letak ubatpon macam taknak sembuh ja luka tuh, jangan buat hairan pulak.. tu lah Sporo yaa abang abang dan akak akak sekalian.. dah tau luka tu taknak sembuh, jangan jadi macam aku nih haa, makin tak sembuh makin berdegil letak ubat gamat lagi.. jadi keputusan yang bijak yang boleh korang buat ialah bawak si kucing tuh pergi vet..InsyaAllah diorang ada sediakan bekalan ubat untuk penyakit nih.. Lagi cepat korang bawak si kucing pergi vet, peluang untuk sembuh lebih tinggi okayy.. penting tau, jngan ambil ringan.. kalau berjumpa dengan vet lebih membantu.. dia boleh sarankan berapa dos nak bagi makan ubat, berapa kali nak bagi makan ubat.. tambah tambah kalau kucing bunting..kalau bunting, jangan sebrang rawat.. nanti mati anak kucing tuu kesian diaa tauu.. untuk lebih informasi jumpa lah vet yaaa ..
3rd.. Kemungkinan korang dah bawak si kucing pergi vet.. Jadi ni tips untuk menjaganya di rumah.. Melalui pengalaman di vet, dokter akan terangkan kenpa boleh jadi sporo dan ubat apa yang perlu ambil, macam mana cara raawatan, macam mana cara nak bagi makan ubat (tablet) dan sebagainya.. ubat yang dibekalkan kepada aku ialah ketoconazole dan krim hijau gelap.. taktau apa nama krim tuhh sebab vet goverment, dia tak boh label pulak..
**Aku edit balik bb pemakanan kucing, melalui info yg baru sangat fresh aku dapat tadi ikan rebus is bad for cats.. berikutan lagi katanya ikan ada parasit n parasit2 nih lah yang selalu menggugurkan bulu2 kucing anda.. Beside, you should try ayam rebus lahh.. aku ada baca kat mana tah ayam rebus better than ikan rebus.. lagipon kalo bagi ikan rebus bulu2 kucing tuh akan nampak berkilat.. Kesimpulan nya, hiraukan ikan rebus and go to ayam rebus.. I'm so sorry about the lost info yg ikan rebus tuh the best lah bla bla bla semua.. sebenarnya, info about ikan rebus is the best tuh aku ambik dr tok aku (nenek).. setiap kali aku main2 ngan kucing dia si Tam, bulu tuh tak gugur langsung padahal aku pakai baju yg cerah jaa, kalo pakai baju hitam kot lah tak nmpak kata bulu tuh luruh ka apa kann.. lagipon bulu tam nih gebu n kalo dok bawah matahari mmng berkilat.. aku pon galak lah gi tanya petua kat tok, dia hbaq yg dia bg makan ikan rebus sejak kecik lagi, so aku pon try n berjaya buat anak2 kucing aku.. tapi mengikut mod yg bagitahu, lama2 baru akan nampak keguguran tuh, skarang tak lagi.. Nanti korang baca comment mod boocik04 kat bawah yaa, itu dah ditolong terangkan panjang lebar dah tuhh..
tempat makan perlu bersih dan air minuman dia sentiasa bagi air yang bersih.. kenapa aku boldkan bab minuman? Sbb aku antaranya yng cuai bab ni.. jadi korang jngan jadi macam aku .. jangan tunggu sampai 3 hari baru tukar air baru, kesian diaa.. akibatnya, meow nih pergi minum air yg bertakung atas tanah.. i mean, air kotor errr.. bagi air baru setiap kali bagi dia makan..bekas makanan pun perlu cuci setiap kali sebelum nak bagi makan tuhh.. makan pulak mesti fresh, jangan disimpan lama baru bagi.. tak baik tau kita makan makan elok, kita sihat.. dia sakit tapi kita bagi makanan lama, dia lagi sakit.. ohh ohohh satu lagi, elakkan bagi dia makan segala tulang balang tuhh.. tak kisah lah tulang ayam ke tulang lembu ke ikan ke, semua tak elok okayy..
**haiihhh panjang pulak tips nomber tiga nihh..takpe aku ringkaskan..
dari segi kesihatan, kucing tu perlu dikurungya tuan2 dan puan2.. jangan jadi macam aku.. kesian punya pasal diri aku yang merana.. bila dah luka berair aku biarkan kucing tuh masuk dalam rumah, golek sana golek sini.. kesiannn~.. tu je aku cakap kalau mama marah aku sebab tak kurung dia.. sebenarnya, penyakit nih boleh berjangkit, melalui sentuhan dan udara.. jadi lebih baik kurung yaa.. lagi satu aku perhatikan kalau aku kurung, luka tuh lebih cepat sembuh dan aku amat2 berpuas hati.. tapi silap aku, luka tak betul2 sembuh aku biarkan dia keluar jalan2..tak sampai 2 hari, luka naik pulak, tapi lagi terok daripada pertama kali..pening kepala peningggg..! oleh itu, nak pastikan luka tuh betol2 sembuh,korang perlu perhatikan perkembangan luka tuh.. dari berkawah, berair hingga dah kering kemudian, lekukkan kawah semakin berkurang berkurang dan berkurang sehingga menjadi keruping kudis yang kecil akhirnya jatuh dengan sendirinya keruping tersebut sehinggalah tumbuh kembali bulu2 menutupi kawasan yang bersejarah tersebut.. bila dah tumbuh bulu dah barulah korang boleh kompemkan yang kucing korang dah sembuh dan bebas nak lepaskan dia nak main nak gomoi dan sebagainya,takda halangan dahh [happy ending]..
tapi jangan leka sangat, selalulah perhatikan apa kucing korang buat, (sbb aku tak kerja boleh lah aku bnyak luang masa dekat dia) kawal pemakanannya.. sebab walaupon dah sembuh, kebarangkalian untuk berjangkit semula masih ada.. contohnya macam kucing aku.. penat tau nak hadap sampai 2 kali pekara yang sama, pening kepala, kuss semangat..
okay seterusnya, jikalau anda dibekalkan ubat berbentuk tablet, mesti korang susah hati kann?
"Ishhh macam mana aku nak bagi kucing nih makan ubat.. aku pon susah nak makan ini kan kucing, lagilahhh~"
haaaaa, jngan risau.. kalau selalu kena cakar2 kena gigit, boleh rujuk di internet cara yang betul nak bagi deorang makan ubat dngan berkesan okay .. tapi ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. nawaitu aku nak terangkan cara2 dan teknik2yang betul nak bagi makan ubat tapi agak susah nak describe kat sini memandngkan aku ahli baru forem, taktau selok belok forum nih, taktau macamna nak upload gambar atau bagi link.. maaf di atas ketidaktahuan aku.. jadi aku terpaksa susahkan korang untuk cari lagi di pakcik google..
tapi aku nak terangkan sikit manalah tahu kalau2 korang faham..
kaedah1: selalunya aku akan potong ubat kepada dua(atas panduan doktor. Saiz dos berbeza mengikut saiz kucing anda, nakkan kepastian? Jumpalah vet n mintak pendapat) kemudian biarkan meow duduk depan aku dan aku duduk melutut dibelakang dia.. kiranya paha aku dah kunci dia takleh bergerak.. mukanya menghadap kehadapan.. ( alaaa, macam situasi kita dengan doktor gigi tuhh, doktor duduk belakang pesakit ) tangan kanan pegang ubat,tangan kiri tekan bahagian tepi mulut dia, otomatik akan terbuka mulutnya,koyak sikit dan tolak ubat tu masuk dalam, jangan letak terlalu keluar sbb ubat tuh pahit nanti dia ludah balik.. rugi nanti membazir.. tapi bukan senang sebb dia akan cakar balik.. sbb apa aku cakap tak senang? Pertama, Korang kena berhati2 kat luka dia jangan bagi kena kulit korang. Kedua, buatnya tak da sapa yang teringin nak tolong korang pegangkan kucing time korang nak bagi makan ubat? Haaa jadilah macam aku,sampai masa nak bagi makan ubat, takdak sapa hingin nak tolong aku pegangkan si meow. Maka, bertungkus lumuslah aku seorang diri.. kesian akuuu~ oleh itu wujudlah kaedah 2
kaedah2: ambik kain, sebaiknya kain batik ke yang dah tak guna tuh yang besar lah kalau kucing korang besar.. kemudian ambik kucing..main2 dengan dia sampai dia bertenang. Pastu golekkan dia atas hamparan kain tadi.. bungkuskan dia macam baby.. biar keluar kepala jaa.. bungkus kena bungkus kemas dan kuat sbb nnt dia menendang nak melawan dan sebagainya.. bila agak2 dia tak boleh bergerak letak dia betul2 dengan kepala korang means,korang bersila kemudian letak dia atas sila korang tuhh.. muka dia menghadap muka kita, macam biasa tekan tepi mulot dia dan masukkan ubat.. cara nih lebih selamat sebenarnya sbb tak kena cakar n kalau takda orang nak tolong pegangkan pon korang boleh buat sendiri dengan cool.. tapi ada kelemahannyaa... kelemahan?? Yaa, korang ingat aku kata luka tuh boleh berjangkit? Itulah kelemahannya, bila kita bungkus mungkin air luka dia terlekat di kain, kemudian, nak bagi makan ubat lagi, kita ambik bungkus lagi, kuman dekat kain tu mungkin akan terkena luka yang baru nak sembuh tuhh.. semakin lama berulang ulang.. mmng takda kesan lah ubat tuh, yang nak jadi baik semakin burok pulakk.. oleh itu, kena selalu basuh kain tuhh.. tapi kalau buatnya sehari kena makan ubat 3 kali? Tak ke haru?
Ohh,untuk kucing yang bunting pulak, aku nasihatkan selalulah bawak pergi cek dan vet akan bagi vitamin untuk kucing korang, untuk kuatkan hati sbb hati kucing bukan macam hati manusia mmpu tapis toksik bagai.. kucing aku dapat vitamin dalam bentuk cecair so aku tak pening kepala nak bagi dekat meow.. aku baca dalam internet yang ketoconazole ini tak leh bagi kepada kucing yg bunting.. tapi lepas aku gi tanya vet dia kata takpa, takdak efek.. jadi aku cool lah walaupun kucing aku keguguran sekor anak.. mungkin bukan rezeki dia, tapi yang dua ekor lagi sihat belaka [yeaayy].. oh oh oh, lagi satu.. kalau nak hancurkan ubat dan masukkan dengan makanan, hummmm yang ni kena mintak advise doktor dulu.. sbb ada sesetengah ubat tak sesuai buat dengan cara ni.. tapi ini kucing aku, kalau kucing korang aku pon tak tahulah macam mana keadaan kucing korang dan sebagainya, jadi kalau sayangkan kucing anda, kalau nakkan kepastian, jumpalah vet..
dan tips yang terakhir iaitu yang keempat.. selain daripada usaha dari segi rawatan moden, anda jugak boleh doakan semoga kucing anda cepat sembuh.. "Hahaha.. ingat orang ka nak doa doa? mengarutlahh~ " Mengarut??Mana ada mengarut, betul lahh.. walau apa pun agama kita,Tuhan sentiasa mendengar kita, jangan lupa tuhh.. Kucing jugak makhlukNya,takkan dia nak aniaya makhluknya? Fikirkann dan tawakal seadanya..
**Tapi walau apapon, anda lebih bijak membuat keputusan.. iktiarkan yang terbaik untuk kucing anda adalah penting.. dan aku yakin, banyak lagi kaedah yang boleh digunakan.. sama ada nak atau taknak saje
Rasanya itu sahaja.. mungkin ada kekurangan yang aku tak nampak, korang bagitau lahh jngan segan pulak.. mungkin ada point2 yang korang nak tahu tapi aku tak bagi tahu korang tanya lahh..
Nota kaki : jujur aku cakap nak bagi makan ubat memang susah.. dah berapa kali aku fedup tapi alhamdullilah aku masih usahakan jugakk.. aku gembira tengok perubahan Meow aku, semangat Meow aku untuk terus hidup walaupun dah dijangkiti terok.. inikan aku nak bagi makan ubat hanyalah pekara yang kecil tapi aku mudah fedup.. Pendek kata semua, jangan sesekali fedup korang takkan menyesal membela kucing macam ni di samping dapat pengalaman yang pahit manis suka dukaa.. pasti ada balasan yang baik untuk korang.. jangan lupa, makhluk Allah yang tidak berakal, sentiasa mendoakan kita.. ingat! Mereka adalah antara ahli2 syurga..
Sebenarnya, kehadiran kucing macam nih adalah sebahagian daripada ujianNya unuk kita.. Dia nak tengok kita nih kedekut ka? Kita nih ego ka? Kita nih menunjuk2 ka? Kita nih hipokrit ka?Banyak lagi tuan2 puan2 maksud tersirat daripada ujian yang hanya sebesar mata jarum.. Sebelum nak buang kucing tersebut, atau nak put to sleep kucing tersebut, atau melepaskan tanggungjawab tersebut, beringatlah.. Allah dah simpan ”hadiah” untuk kita yang membantu sesama makhluk.. Tapi yang tidak tersengaja terPTS kucing mereka, takpa, aku faham..dulu2 bukan ada kemudahan internet dan sebagainya, mungkin kurang pendedahan.. hnya Allah yang tahu dan yang lepas biar dah lepas moga tidak berulang lagi.. USAHA ITU PENTING YA KAWAN- KAWAN
|