CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4390|Reply: 10

5 Penyakit Yang Boleh Anda Dapat Berpunca Dari Mee Segera

[Copy link]
Post time 14-3-2015 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Kami akui, siapa mampu menolak maggi kari yang panas-panas kemudian ada pula telur. Itu belum lagi maggi goreng di kedai mamak lagi. Panas ditambah dengan air tangan mamak yang ikhlas bekerja itu, maka jadi lagi sedap maggi yang anda makan.

Istilah mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah, duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.

Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.

1. Masalah Penghadaman



Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi



Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.

Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati



Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan



Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

5. Tekanan Darah Tinggi



Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah lg satu cancer perut..pengalaman sendiri bila seorg doktor yg bz bekeje bertitle dato mkn megi in cup hari2 SBB xsempat g mkn akhirnye mati SBB cancer Perot..

Nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 03:36 PM | Show all posts
Sekarang ni budakw kecik pn dah diajr utk mkn instant mee nieh
Sampai ada yg ketagih
Tapi mkn kat kedai pn byk letak MSG
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 09:36 AM | Show all posts
nasi bujang je la penyelamat stud.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 10:51 AM | Show all posts
sepatutnya dekat bungkusan mee segera ni kena la letak gambar penyakit macam yang dibuat kat kotak rokok tu barula orang ramai kurang nak beli dan makan mee segera ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 11:23 AM | Show all posts
SAMBIL BACA SAMBIL TELAN AIR LIUR..MAKAN ATI NENGOKNYER..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2015 04:32 PM | Show all posts
sedapnya meggi..balik ni dah plan nak masak lemak cili api pari.now dah berbelah bagi dengan megi.

motif sangat artikel ni bagi kesedaran tapi gambar semua buat i drooling
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya lah megi ni. Tapi nak buat macam mana kann.. iklan megi ni berlambak dekat tb tu ha.. so orang tak nampak dah negative side die.. yang nampak sedap sedap sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ziehan09 replied at 18-3-2015 04:32 PM
sedapnya meggi..balik ni dah plan nak masak lemak cili api pari.now dah berbelah bagi dengan megi.
...

Haha sama lah. Mcm nk megi plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru td berangan nak makan megi.. Tiba2 tbukak thread ni plak.. :S
terus tbantut hasrat dihati..

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 10:26 PM | Show all posts
cam ni la.. mee segera tau kata tak elok makan tpi makan jugak. sni la nak bgi penyelasaian...
1) make sure tak ada stok mee segera kat rumah
2) cuba jgn mkn selama setahun sbb insyaAllah rsa pelik bila start mkn balik
3) nak bgi rsa muak masak mee tu biar kembang nak mampos.. makan tu mesti makan sikit ja.. pastu slalu buat cam tu nnti jdi muak nak mkn dah...
mcm ni la cra sya yg pada asalnya peminat tegar mee segera
sekrg ada ja nak mkn tpi mkn dua sudu pastu bgi kat org lain sbb rsa muak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046484 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list