Mercedes-Benz dihiasi dengan hari yang indah setelah memenangi 3 anugerah di New York Auto Show semalam. Anugerah 2015 World Car Of The Year telah diumumkan dan model 2015 Mercedes-Benz C-Class sedan berjaya menjulung pingat tersebut setelah mengalahkan Volkswagen Passat dan Ford Mustang. Selain dari itu, Mercedes-Benz juga berjaya menerima 2 lagi anugerah di New York Auto Show bagi dua kategori lain.
Anugerah yang diberikan pada 2015 New York Auto Show: – World Performance Car of the Year : Mercedes-AMG GT
– World Luxury Car of the Year : Mercedes-Benz S-Class Coupe
– World Green Car of the Year : BMW i8
– World Car Design of the Year: Citroen C4 Cactus
Tahniah diucapkan kepada semua yang memenangi anugerah di sana!
arenakereta.com
|