Seakan tidak sabar untuk melakukan penampilan perdana yang dijadualkan berlangsung pada 20 April ini di Auto Shanghai 2015, Nissan telah menyebarkan satu lagi video berkenaan dengan model produksi Lannia. Direka bagi menarik golongan muda, Nissan Lania memiliki evolusi tersendiri dan diadaptasikan menerusi model konsep yang digelar Friend-ME yang pernah dipertontonkan suatu ketika dahulu. Menerusi video yang disebarkan ini, kelihatan lampu utama dan lampu belakang yang sedikit besar dengan profil sisi yang lebih mantap. Manakala bahagian kabinnya pula menampilkan tombol gear yang berkilat, butang penghidup enjin, sistem kawalan suhu dua zon, brek tangan konvensional dan kekemasan berwarna merah pada bahagian konsol tengah. Buat setakat ini Nissan Lannia hanya diproduksikan buat pasaran China sahaja. Namun ia tidak menjadi suatu perkara yang mustahil jika bakal dipasarkan di negara lain, bergantung pada permintaan.
kredit:www.infokereta.com
|