View: 10642|Reply: 3
|
RAMDAN HAMBAR DI PORTUGAL
[Copy link]
|
|
Pelumba pasukan Petronas AHM Malaysia, Ramdan Rosli hanya mampu menduduki masing-masing di tempat ke-16 dan 22 dalam perlumbaan Moto2, pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal CEV FIM Respol di Litar Circuito de Algarve di Portimao, Portugal, Ahad.
Pelumba berusia 19 tahun itu menduduki tempat ke-16 pada perlumbaan pertama setelah menamatkan 17 pusingan perlumbaan dengan masa 31 minit 32.303 saat.
Perlumbaan pertama itu dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Edgar Pons dengan masa 30:33.668s diikuti tempat kedua oleh rakan senegara Xavi Vierge dan pelumba Rusia, Steven Odendaal di tempat ketiga.
Bagaimanapun, usaha Ramdan untuk memburu mata pada perlumbaan kedua tidak kesampaian apabila hanya menduduki tempat ke-22 dengan masa 15:11.518s setelah perlumbaan dihentikan pada separuh jalan ekoran hujan lebat.
Perlumbaan kedua itu dimenangi oleh Vierge diikuti Pons dan tempat ketiga oleh pelumba Itali, Eric Granando.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe xpe...hero slalu kalah dulu......cuba lagi...
uihh...no 99...jorge lorenzo...
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe..dun wori...kena mula dr bwh....insyaallah leh letop 1 ari nnti... |
|
|
|
|
|
|
|
demi bangsa dan ank malaysia..aku bangga walau ko kalah skali pon.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|