CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6722|Reply: 5

Burung Pipit Mampu Terbang 29,000km

[Copy link]
Post time 2-6-2015 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk.


Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters hari ini mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram, tetapi mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk terbang jauh.

Penyelidik dari Universiti Guelph di Ontario, Ryan Norris berkata, dalam kajian itu, sejenis alat pengesan dipasang pada kaki 46 ekor burung pipit di Alaska dan Pulau Baffin di timur laut Kanada.

"Burung pipit di Alaska menghabiskan musim sejuk di Afrika sebelum pulang semula ke habitat asal, dengan jarak sehala kira-kira 14,500 kilometer dan terbang pada kelajuan 290 kilometer sejam sehari.

"Spesies terbabit mengembara merentasi Siberia dan gurun pasir Arab, menuju ke Sudan, Uganda dan Kenya yang memakan masa perjalanan selama 91 hari."Namun haiwan ini hanya mengambil masa 55 hari untuk pulang ke Alaska," katanya.

Norris berkata, burung pipit dari Pulau Baffin pula mengambil masa 28 hari untuk terbang merentasi Atlantik Utara, Britain, benua Eropah, Mediterranean dan gurun Sahara sebelum tiba di persisiran pantai Mauritania, Afrika Barat, dengan jarak perjalanan kira-kira 7,500 kilometer.

Katanya, perjalanan pulang burung pipit dari Pulau Baffin mengambil masa 55 hari untuk sampai ke habitat asal.

"Spesies burung tersebut menunjukkan kemampuan luar biasa berdasarkan saiznya yang kecil."Ini merupakan perjalanan yang paling jauh di dunia bagi spesies burung yang kecil dan ringan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan haiwan terbabit dari segi fizikal untuk terbang dua kali setahun, terutamanya bagi kelompok burung muda yang tidak mempunyai pengalaman berhijrah," katanya.

*Cuak aku..kalau di malaysia setakat JB dengan  bukit kayu hitam pejam mata je burung ni pegi..kih kih kih!
sumber:www.baca-blogspot.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 02:19 PM | Show all posts
biar betullll
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:47 AM | Show all posts
wahh.. menarik
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 09:30 AM | Show all posts
THANK YOU FOR INFO
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 09:30 AM | Show all posts
THANK YOU FOR INFO
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:20 PM | Show all posts
menarik info ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.280832 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list