CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18092|Reply: 22

Pulau Cantik di Kedah (Selain Langkawi) Yang Ramai Orang Tak Tahu

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Terletak di perairan daerah Yan, pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu.
Pulau yang merupakan salah satu daripada gugusan pulau indah di utara Selat Melaka itu menyimpan khazanah laut unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karang cantik. Pulau ini sangat terkenal bagi kaki diving.
Sebelum 2008 para nelayan dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi perairan Pulau Song Song berikutan ia digunakan untuk tujuan latihan menembak peluru berpandu oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia. Tentera Udara Australia mengambil alih pulau tersebut daripada Tentera British sejak 1940-an dan menjadikan pulau tersebut sebagai lokasi ujian menembak peluru.
Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau terbabit diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan. Kini Pulau ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai tanpa sebarang halangan.





















2. Pulau Bidan



Pulau Bidan merupakan salah satu dari gugusan kepulaun di daerah Yan, Kedah. Perjalanan ke Pulau Bidan memakan masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.
Pulau ini turut terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, lautnya berwarna biru kehijauan dan lambaian pepohon nyiur yang mendamaikan. Antara spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.











3. Pulau Telor


Pulau Telor merupakan pulau paling kecil di antara gugusan kepulauan yang terdapat di perairan daerah Yan ini. Namun keindahan yang dimilikinya tidak kalah bandingnya dengan pulau-pulau lain di sini.














4. Pulau Bunting



Jangan terkeliru dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi. Ini adalah Pulau Bunting yang terletak di Daerah Yan, Kedah.
Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilahat dari pekan Yan ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting.
Pulau ini dihubungkan dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk setempat.













5. Pulau Sayak




Pulau Sayak terletak di daerah Kuala Muda berdekatan dengan tempat pelancongan popular di sini iaitu Pantai Merdeka. Selain dikelilingi oleh pantai yang indah, kawasan ini turut popular dengan hidangan 'Mee Udang Pulau Sayak'.
















sumber gambar dan info: http://kulaanniring.blogspot.com/, http://mforum2.cari.com.my/, http://mabukanglers.blogspot.com/,
http://www.airfieldinformationexchange.org/, http://www.thestar.com.my/, http://intanrizal.blogspot.com/,
http://amstudio.azman.info/, http://www.panoramio.com/billy info

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 03:11 PM | Show all posts
cantik2nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 03:15 PM | Show all posts
baru aku tau rupanya byk pulau kat kedah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 03:29 PM | Show all posts
lawa2 pemandangannya!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 03:34 PM | Show all posts
Betul...sebelum2 ni pulau2 ni jadi lapang sasar...jadi off-limits. Harapnya bila terkenal, jangan jadi Pulau payar sudah le.....(p.s. Pulau payar pun kat Kedah jugak)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 03:52 PM | Show all posts
Harap dikekalkan kesemulajadian dan keasliannya sebab tu yang lebih menarik pelancong luar untuk datang berkunjung.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2015 04:00 PM | Show all posts
xsangka ada pulau lawa mcm nie kt kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 04:34 PM | Show all posts
jgn ada chalet n hotel kat situ....biar asli bru besttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 05:13 PM | Show all posts
cantik........nak pergi la
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 05:25 PM | Show all posts
jgn bagi org dtg lansung la..especially geng2 backpackers busuk..
baru kekal keasliannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknye...

Tenang je... damai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:27 PM | Show all posts
pernah camping 3 hari 2 malam kt pualu song song.
cantik gak tapi x ada bekalan air besih.
kena bawa dari tanah besar
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:35 AM | Show all posts
oh my god....wave ocean...oh noooooooo why i am here...........goshhhhhhhh...nice kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 07:59 AM | Show all posts
Cantiknya. Kalau buka untuk umum ni (orang Malaysia) mesti banyak sampah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 08:12 AM | Show all posts
Pulau bunting aku dah pegi..da lbh 8tahun kut wkt tu jambatan da siap tp x bukak lg.. X sngka lak smp skrg mcm tu gak.. Tp kalo nk menapak ke pulau tu boleh je org ptg2 jogging ada je org niaga jajan tepi jambatan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:52 AM | Show all posts
semoga terpelihara keasliannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 03:58 PM | Show all posts
nak pergi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 05:04 PM | Show all posts
cantiknya! boleh melancong ke sini? atau tak bukak utk industri pelancongan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 12:02 AM | Show all posts
Selalu makan kat Pulau Sayak, kata nelayan2 sana pulau2 ni tempat penempatan askar...boleh pergi rupanya, terima kasih atas info menarik..balik T.Batu nanti boleh singgah kot. T/kasih atas info menarik
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 01:08 PM | Show all posts
masih bersih .. harap2 kekal.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list