|
Masakan sihat dan cepat, Ikan Senangin Pindang, hanya memerlukan anda merebus bahan-bahan dan hasilnya sangat memuaskan. Bagi yang suka pedas boleh masukkan cili padi lebih dan rasanya masam-masam sedikit, sesuai untuk anda dan keluarga.
Bahan-bahan:
500 gm bawang merah } dikisar
40 gm bawang putih } dikisar
60 gm cili padi
80 gm kunyit hidup
20 gm lengkuas } diketuk
5 batang serai }
15 gm asam keping
130 gm garam
40 gm gula
4 jag air
Cara Membuat:
- Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup ke dalam periuk.
- Masukkan air diikuti dengan serai, lengkuas, dan asam keping.
- Biarkan mendidih dan masukkan garam dan gula.
- Biarkan selama 10 minit dan sehingga masak.
mingguan wanita
|
|