
Jovian Ready--To--Wear (RTW) secara rasminya melancarkan koleksi ekslusif daripada keluaran hijab, J Hijab oleh Umie Aida di J Store, Bangsar. Sentuhan feminin merupakan inspirasi utama dalam mereka rekaan terbaharu koleksi J Hijab, dan Datin Seri Umie Aida merupakan aspirasi utama dalam menjayakan kolaborasi ini. Tercetusnya J Hijab oleh Umie Aida ini merupakan hasil ilham beliau sendiri. Datin Seri Umie Aida bukan sahaja seorang pelakon terkenal, bahkan beliau juga merupakan seorang sahabat karib kepada Jovian Mandagie. Mengimbau kembali ikatan persahabatan yang telah terjalin sejak 15 tahun yang lalu, mereka telah melalui pelbagai detik bersama melalui perjalanan dan perkembangan Jovian Mandagie. Kolaborasi bersama ini memberikan semangat kepada Jovian untuk mereka lebih banyak lagi rekaan yang menarik untuk wanita di luar sana. Edisi pertama koleksi ini membawa 6 rekaan dengan sebanyak 20 warna yang sesuai dipadankan dengan semua tona warna kulit. Koleksi ini menggunakan fabrik yang sangat selesa untuk dipakai seperti Chiffon Krep, Chiffon Georgette, dan Lycra. Setiap rekaan terdiri daripada pelbagai jenis tudung instant dan wide shawl yang mengandungi perincian dan perhiasan yang sangat menarik. Perincian studs dan manik merupakan suntikan elemen anggun yang dapat dilihat dalam rekaan kali ini.             
Koleksi hijab elegan ini direka khas untuk semua wanita di luar sana untuk tampil lebih ekslusif dan anggun. Harga koleksi ini bermula daripada RM100 — RM450, dan boleh dimiliki di setiap cawangan J Store dan pembelian atas talian melalui WhatsApp di +6013 3046333. Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan koleksi hijab ekslusif dan menawan ini sekarang! wanista.com
|