View: 7423|Reply: 28
|
Ujian, Salah Menuntut atau Sihir?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri buat forumer bod MPS. Setelah sekian lama, menjadi pembaca separuh senyap separuh bersuara, saya rasa nak buat satu lagi benang.
Setelah beberapa tahun melalui beberapa perkara misteri, saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita saya yang masih belom tamat dan belom menemui jawapan.
Bismillahirrahmanirrahiim... saya mulakan cerita...
Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang wanita biasa yang bekerja makan gaji dgn pendatapatan seorang siswazah. Kehidupan saya biasa2 saja. Ada suka dan duka dan x banyak masalah besar.
Pada tahun 2008 saaya pernah jatuh sakit. Kata orang terkena gangguan.
Ia terjadi di satu petang, ketika saya sedang berehat rehat di ruang tamu dan sambil menonton tv. Pafa ketika itu, saya seorang diri, kerana ibu ayah saya pergi kenduru.
Sedang saya duduk di sofa yang mengadap sliding door, tiba2 angin bertiup. Angin agak kuat dan sejuk. Saya fikir hari nak hujan sebab anginnya bawa satu rasa sejuk seperti nak demam.
Ketika masuk waktu magrib, saya mula sibuk nak bersiap untuk solat magrib. Ketika itu hati ini berasa berdebar dan seram semacam. Ketika saya ingin ke tandas, entah kenapa badan saya rasa lemah yang amat sangat dan berdebar debar . Saya rasa seperti ajal sudah dekat. Saya gagahi juga ke tandas dan ambil wuduk. Ketika saya hendak mula solat, saya rasa sudah terlalu lemah dan berasakan seolah olah malaikat maut sudah hendak mencabut nyawa. Saya terpaksa solat duduk kerana tak mampu lagi berdiri.
Suara hati saya asyik berkata, ajal aku dah sampai, ajal aku dah sampai. Saya menangis dan lemah sekali. Jantung berdegup kencang. Badan lemah tak berdaya.suara pon tersekat sekat. Saya pikir, ya Allah beginikah rasanya kematian. Tapi satu suara berkata, jalauajal kau dah tiba,tak akan terlambat atau terawal walau sesaat. Jadi saya tenangkan diri dengan berkata, ini perasaan aku je ni.
Tapi sekejap jer, kemudian perasaan itu datang lagi. Dipendekkan cerita, saya pon dibawa ayah pergi jumpa bomoh malam itu juga sbb keadaan saya semakin teruk. Kemudian menurut bomoh tersebut saya terkena angin jahat. Ini berlaku pada tahun 2008. Sebanyak 4 perawat saya pergi dan akhir sekali adalah Ustaz Shar.... tika ini dia belom famous, dan alhamdulillah saya makin sehat. Tempoh masa sakit ini adalah lebih kurang 5 bulan.
Selepas lebih kurang 2 tahun lebih , dan usia saya makin meningkat, saya mula rasa kesunyian. Dan saya juga baru putus cinta. Saya berasakan hubungan cinta saya itu didasari nafsu dan dosa semata mata. Saya mula rasa jiwa kosong. Saya rindu kan ketenangan dan tercari cari erti diri. Sering saya rasakan, diri saya bukan diri sebenar. Saya rasa saya adalah orang lain.
Saya mula membaca blog dan buku berkenaan mencari diri. Saya mula menjaga solat 5 waktu dan berjinak jinak dengan solat sunat dhuha dan zikir sikit2 yang biasa kita belajar. Semakin lama saya buat, semakin saya rasa panas. Satu hari saya rasa x tahan sangat dengan rasa panas sampai saya fikir, saya amal ilmu tanpa guru sbb selalu saya dengar orang ckp cari guu mursyid. Walhal sebenarnya, amalan saya juga diajar oleh guru2 saya ketika di sekolah agama rakyat.
Maka bermulalah oencarian guru mursyid dimulai dengan terkat sadziliah.
Saya mula amalkan amalan yangdiijazahkan oleh guru saya. Sebenarnya, amalan yang sama saja cuma lebih sitematik dan ada adab adabnya. Semakin saya beramal semakin saya rasa ada sesuatu getaran dalam jiwa. Sesuatu yang tak kena, perasaan yang pelik. Seolah olah ada sesuatu dalam diri. Dan saya mula mendengar suara suara (pada perasaan saya lah)
Kerana suara2 itu bukan bisikan. Lebih seperti telepati.
Saya cuba abaikan dan meneruskan amalan dengan menambah solat2 sunat lainnya.
Dan saya mula berasa pancaindera saya semakin sensitif...
□■□■□■□■
Awal sebelom itu, saya berasa suara hati saya memanggil manggil seseorang. Perasaan rindu pada seseorang. Jadi saya pebanyakkan solat istikhoroh. Moga di pertemukan dengan si dia.
Di takdirkan Allah, saya rasa saya telah bertemu seseorang di alam maya. Dan dia seperti menepati ciri2 yang saya 'RASA'.
¤¤maaf akan bersambung¤¤
Penatmenaip guna tab. Jom minum dulu!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tt.. sambung la.. best ar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah...
Saya sambung cerita.
Peritiwa yang saya ceritakan di atas berlaku hampir serentak.
Pertemuan saya dengan si dia ada permulaan pelbagai perkara mistik dan misteri. Sementelah dia juga seorang yang sangat2 misteri. Persahabatan kami hanya terjalin melalui email. Tetapi, saya dapat rasakan chemistry dengannya. Tetapi, tidaklah ingin saya ceritakan secara detail berkenaan si dia itu. Cukuplah saya katakan dia sendiri seorang yang sgt misteri dan sukakan misteri dan mistik. Maka di sini saya ingin ceritakan pengalaman pengalaman mistik saya.
Pengalaman pertama apabila berasa di kurniakan sebilah pedang. Pedang tersebut pada mulanya tidak kuat. Semakin kuat beramal, semkinlah ia kuat dan keras. Ketika itu, oedang itu hanya tersisip pada belikat saya. Tak pernah digunakan. Sehinggalah suatu hari, ada seekor jin betina datang dan meminta bantuan kerana tuannya hendak bunuhnya. Jadi, saya telah gunakan pedang itu dengan membunuh jin suruhan yang jahat. Dan membantunya bebas dari tuannya.
(Tolong jangan tanya saya bagaimana kerana semua ini saya sendirk x fahami. Yang pasti inilah yang saya lalui.)
Dalam masa yang sama saya bertemu dengan 1 makluk alam ghaib. Yang saya panggil mbah Abdullah. Ketika inilah detik saya berperang dengan diri sendiri untuk menerima atau menolak apa yang sayarasa, dengar dan nampak.
Oerjuangan ku x pernah tamat. Mistik dan alam ghaib terus mengejar walaupon saya cuba berdiri pada realiti. Berpaut pada alam nyata. Tidak ku tolak alam ghaib kerana ia satu tahap keimanan. Tapi apakan daya, fikiranku lemah.
Saya tidaklah terus biarkan diri terus hanyut. Malahan saya berusaha bertemu dengan pakar psikiatris. Malahan bertemu seorang alim untuk mencari jawapan.
Bersambung satu lagi post sebelom saya tamatkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik...muda2 sudah ada kesedaran untuk beramal.
boleh kongsi, ambil tarekat kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Kemuncak gangguan, ialah apabila saya mengalami histeria. Hari itu, badan saya sungguh2 lemah. Ter amat amat lemah.ntapi saya gagahi juga melaksanakan tgungjawab. Ketika saya histeria saya bercakap bahasa indonesia.
Terkejut orang keliling saya bila secara tiba2 saya cakap sambil ters3ngih s3ngih...
"Hehe dia ini sx ada hari ini, aku yang gantikan dia."(maaf skrip asal terpaksa diubah atas sebab kerahsiaan)
Beberapa orang di sekeliling mula membada ayatul kursi dan kemudian saya tumbang. Tapi beberapa minit sahaja. Ketika inilah. Sesuatu berlaku. Peperangan. Antara gahaib dan ghaib.
Walaupon saya histeria saya sedar 70%.tapi x mampu berbuat apa2. Hanya melihat diri s3ndiri di kawal entiti. Ghaib.
Ketika ini saya berasa satu tenaga yang sangat kuat dan tiba2 makhluk itu memaki hamun. Menyumpah nyumpah sidia. Saya pon hairan, apa kaitan dia dengan makluk ini.
"Brwngsek kamu, kamu pikir aku takut! Dia pasti menjadi milikku. Brengsek, sialan! #$+@%#&*×...
Sumpah sumpah. Ketika saya berasa sedikit kuat, (dengan bantuan beberapa orang yang agak mahir di tempat kerja) saya segera berlari ke surau. Di sana tiba2 bahasa yang digunakan pula mula berubah.
Pada mulanya saya sudah mendapat sedikit kekuatan jadi berpikir nak baca quran. Malangnya x sempat baca, saya kembali tak sedarkan diri dan bila sedar bercakap dialek minang. Kata kawan2 memang minang totok. Pekat bahasa minang.
"Hahahaha, padan muko ekau s**h. Jangan harap ekau dapat dio. Dio milik aku. Biar padan muko ekau. Pueh hatiku...." (panjang lagi, tapi ini je saya ingat).
Untuk pengetahuan, ayah saya di beritahu akan kejadian ini, dan dia datang bersama dengan beberapa ustaz2 perawat darimsatu kumpulan perawat agak terkenal. Saya xlah memperkecilkan mereka. Tapi terus terang, makhlu, itu terus terusan mentertawakan mereka.
Saya juga dipaksa minum air kelapa campur garam. Pedih perut 2 hari. Mereka juga sebat saya dengan rotan. Tapi langsung x berkesan. Tika ini saya dihantar 1 pisau belati untuk menyembelih 'diri sendiri'. Puas jugak nak berlawan dengan diri sendiri.
Alhamdulillah seorang rakan sekerj yang pernah kenalkan saya dengan seorang guru, diberi satu doa dari surah AnNaml. Doa yang dilafaz oleh nabi Sulaiman Alaihissalam kepada Balqis. Kami diijazahkan ayat ini ketika kami berju pa tok guru itu.
Tanpa pengetahuan ustaz2 darul tu, sebenarnya, ayat yang dibaca rakan saya lebih ampuh. Bantuan jarak jauh juga banyak membantu. Alhamdulillah, Dengan izin Allah, makhluk2 durjana itu tewas.
Hingga kini saya x tahu siapakahnyang menghantar bantuan2 tersebut.
Tenaganya sungguh kuat.
Hingga saat itu saya x pernah lagi sama. Hingga kini, saya masih tertanya2.
Sebenarnyz, dalam badan saya ada banyak sekali jin. Kebanyakannya jin2 berpangkat besar. Sbb itu bacaan rukyah seolah olah x digeruni.
Saya terpaksa bercuti untuk kuatkan diri. Ketika di rumah satu suara datang meminta izin untuk menarik satu persatu jin. Ma sya Allah, sakitnya saat dikeluarkan. Mcm nak tercabut nyawa. Saya fikir beginikah rasanya sakaratul maut. Rawatan ini dibuat secara jarak jauh oleh kumpulan yang x diketahui. Hanya Allah yang maha mengetahui.
Hinhga kini mereka masih wujud tapi saya dah x bercakap dengan merwka.kerana saya makin jauh dari Allah.
Kisah2 di atas adalah pengalaman benar. Sehingga saat ini saya masih antara percaya atau tidak. Selain di atas, saya melalui lebih banyak perkara pelik.
Malangnya x dapatlah saya ceritakan. Kerana ia dibawah akta kerahsiaan.
Ketika sakit ini, bertemu dengan nyai roro kidul yang cuba pujuk saya ikut dia. Alhamdulillah saya tolak. Pernah merangkak mcm harimau (tungangan roro kidul).
Selepas kejadian2 diatas, saya terpaksa mendapatkan rwatan psikiatris, dan mengambil ubat penenamg. Terus terang, ubat2 itu x buat saya semakin sembuh. Malahan saya terus berada dalam fantasi. Tak mampu membezakan yang nyata dan realiti.
Rasa lemah, sakit, mendengar suara2 bercakap bahasa asing adalah perkara lu rah dalam hidup sejak itu hinggalah akhir 2014. Hinggalah saya bertukar doktor dan dimaklumkan untuk menukar ubat dan berjumpa denga yang lebih pakar, saya tersentak. Sampai bila harus aku begini. Maka esoknya dengan kekuatan dan usaha sendiri saya berhenti bertemu doktor dan makan ubat.
Kini, ujian x pernah berakhir. Kata tokguru saya dulu tahun 2012, yakinlah dengan Allah dan tentanglah nafsu. Dan sesumgguhnya,itulah perjuangan yang paling sujar berbanding makhluk2 durjana itu semua.
Beberapa gangguan berakhir. Dan saya terpaksa bermula dari bawah. Dari mula seperti mula mula dahulu.
Apakah jin2 dalam badan sudah tiada? Saya rasa tidak. Cuma taktiknya tersangat halus. Apa pon wallahuaalam Bissowaab.
○●○●○●⊙●⊙●○
Maafkan saya jika cerita ini x menarik.
Inilah perjalanan saya.
Jika ada yang pernah terbaca thread saya sebelum ini, semua itu ditulis ketika saya sedang melalui peristiwa peristiwa di atas.
Saya x dapat nak certakan banyak perkara secara detail untuk menjaga identiti saya. Tapi, bagi yang kenal saya secara peribadi, akan tahu cerita ini.
Kisah ini bukan untuk menunjuk nunjuk. Sebaliknya mencari jawapan. Bagi yang mu gkin ada pandangan, nasihat ataupon ingin nerkongsi cerita, dipersilahkan.
Semoga memberi manfaat pada ramai disini ataupon di luar sana. Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tarekat syadzilliah...
Saya ambil darimseorang ustaz di Kedah.
Saya cuma ambil ijazah sahaja pada mulanya.
Sbb saya fikir amalan saya x bersanad. Padahal ianhanyalah zikir biasa yang mmg kita pelajari sejak sekolah.
Jadi saya ambil ijazah untuk zikir2 itu supaya amalan saya bersanad.
Pada saya x ada keraguan pada amalan2 yang diberikan sbb ia sama sahaja. Cuma amalan itu saya ambil ijazahnya sahaja. Semoga ia mendapat berkat. Selebihnya, hanya Allah yang lebih mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh...menarik crite tt ni
Jadi gangguan2 ni terjadi sebab amik ijazah tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku nmpk hantu rileks jer? jgn xtau, makhluk halus dr alam lagi satu berbentuk manusia, tp bayang2 hitam, selalu duduk kt hujung penjuru rumah/bilik, dan selalu duduk kat sebelah pintu keluar masuk manusia.
tp peliknya hantu ni cuma akan muncul kalau bilik atau rumah tu gelap jer, kalau terang hantu tu xder atau susah nk nmpk. tp dia mmg ader dan perhatikan kita kt setiap rumah. orgg tertentu bleh nmpk.
bila tgk cermin pun muka boleh berubah jd org len bila hantu ni muncul. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh tidak, tidak. Bukan kerana tarekat. Saya mula berasa berlaku perubahan apabila mula membuat perubahan pada diri, dengan menambahkan amalan ibadah seharia. Ijazahmtarekat itu di ambil apabila saya mula mengalami gangguan kecil kecilan. Kerana saya fikir amalan saya x bersanad. Rupanya bukan kerana amalan saya salah, tapi kerana makhluk yang sedia dalam badan rasa x senang duduk. Sebelom saya amik ijazah tarekat syadziliah, saya selalu rasa badan panasmpanas. Rasa panas itu menjalar dari satu tempat ke satu tempat. Selepas ambil ijazah, alhamdulillah panas itu mula hilang. Tapi, gangguan yang lebih teruk muncul kerana amalannitu panas bagi syaitan. Semakin saya berjaya atasi satu2 gangguan, semakin meningkat gangguan yang baru datang.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tak boleh imagine semua ni..hanya yang mengalami saja yang dapat rasa semua tu
mana yg tak pernah alami..mereka perlekehkan saja sebb tak percaya
macam pakcik saya pun, dia tak percaya benda2 ni semua..yalah selagi benda ni tak jadi kat dia..
sedangkan dalam quran pun ada sebut jin dan syaitan ni..
ok ni saya tepek ayat ruqyah..boleh amalkan..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
menarik..sambung lagi..:zz |
|
|
|
|
|
|
|
jika ganguan masih berlaku lebih baik jumpa imantherapy atau rujuk di blog nampak hati.mugkin ada jawapannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
menarikkkkk..... sila sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih. Sbb sudi baca thread saya. Kalau sedari Baca betol2 thread saya, ia sudah pon habis di ceritakan. Namun, tidaklah saya ceritakan semua perihal saya. Ada yang saya skip. In sya Allah, jika saya ingat, saya akan ceritakan di sini nanti. Terima kasih kerana sudi komen di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke.. igtkan ade lagi... so dah ok ke skrg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
Dapatlah buat kerja dan nikmati hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
mek .. intro kau forumer separuh2 tak tahan..
so apa cer si A?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe...
Tapi kan apa maksud awak si A apercer?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|