Edited by Farini at 29-7-2015 09:38 PM
Mari kita bersantai main game sambil menambah pengetahuan tentang -- nama bunga, haiwan / serangga, tumbuhan herba, buah-buahan, pokok hutan / hiasan. Apa sahaja yang termasuk dalam kategori flora dan fauna.
Syarat-syaratnya :
## Nama-nama tersebut dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. ## Maksima tiga kali 'reply' berturut-turut bagi seorang forumer. Tak perlu 'quote'. ## Boleh letakkan trivia atau gambar dari Google Images sekiranya rajin. (Pastikan saiz gambar tidak terlalu besar).
Contoh nama bunga :
Matahari (Bunga) Keembung (Bunga) Tiga Bulan (Bunga)
Contoh nama pokok :
Medang (Pokok) Jejawi (Pokok) Beringin (Pokok)
Contoh nama haiwan / serangga :
Harimau Bintang Merbah (Burung) Labah-labah
Contoh nama herba :
Pegaga Hempedu Bumi Ulam Raja
|