CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3195|Reply: 1

Makanan Sihat Yang Mungkin Anda Tidak Makan

[Copy link]
Post time 30-7-2015 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Zaman sekarang banyak sangat makanan yang tidak sihat yang sangat digemari termasuk makan ringan yang menggoda masyarakat dengan harga yang murah.Walaupun banyak makan yang tidak berkhasiat tapi banyak juga pilihan untuk makanan yang berkhasiat tetapi jarang diambil oleh masyarakat sekarang kerana tidak mempunyai rasa yang menarik.

Antara makanan yang mungkin tidak dimakan oleh masyarakat sekarang adalah :


  • Pepitas (Biji Labu)







Banyak khasiat yang terdapat dalam biji labu antaranya lemat yang tidak tepu,kalsium, vitamin B, serat dan lain lagi.Cara terbaik untuk menghidangkan biji labu dengan cara mencampurkan di dalam salad dan makan bersama dengan salad.



     2.  Tahini ( Pes Biji Bijan)

Bagi yang tak tahu pes,ia merupakan biji bijan yang dihancurkan menjadi halus.Pes biji bijan kaya dengan protein, serat, kalsium, vitamin E dan antioksidan. Pes biji bijan ini juga dijadikan snek di negara Arab.



    3.  Prun

Buah prun tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana buah prun telah dikomersialkan kepada rakyat Malaysia. Buah ini kaya dengan serat,iron, potassium, rendah kalori berbanding buah-buahan kering yang lain.


    4.  Barli



Barli juga dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana kebanyakan kedai menyediakan air barli sama ada sejuk atau panas. Barli kaya dengan serat larut dan boleh digantikan dengan nasi.

   5.  Turmeric (Kunyit)


Tergolong dalam rempah ratus yang biasa digunakan di dalam masakan kari. Kunyit kaya dengan antioksidan yang setanding dengan buah strawberi, rasberi, dan ceri.


Dalam banyak-banyak makanan berkhasiat ni yang mana paling ANDA makan? Bagi aku,yang paling sedap buah prun dan yang paling kurang barli sebab yang lain tu biasa-biasa je.Tapi bila barli tu, aku makan time sakit je.

Rasanya sekarang ni,orang kurang makan makanan kat atas ni sebab tak tahu pun sebenarnya yang kunyit tu pun banyak khasiat untuk kita.So lepas ni banyakkan makan makanan yang berkhasiat ni untuk masa depan yang cerah..
noormalashahar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita suka minum air barli...selalu beli sepeket yg rega 70 sen tuh pastu rebus sikit2.. time rebus tu campak daun pandan sehelai..so nanti jd wangiwangi dan sedap. Biasa minum suam ataupun sejukkan dlm fridge.. tak bubuh gula pun sedap.. if nak rasa manis2 jugak bubuh gula rock melon.

If prune plak beli kekadang jer la... sbb bila makan tu non stop plak (sedap kekdahnya) pastu membuang kaw2..sbb prune ni bagus sbg pelawas (sama mcm mkn daun salad)

Biji labu x pernah try...maybe if diberi peluang mkn..kita try lah..
Kunyit lak...of course la bila masak je mesti guna kunyit kan.. try guna kunyit hidup..rasa masakan mmg ada beza...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.041507 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list