CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8798|Reply: 0

6 Tempat Makan Best Sekitar Kuching Sarawak

[Copy link]
Post time 3-8-2015 11:25 AM | Show all posts |Read mode
arawak adalah negeri terbesar di Malaysia yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dengan bumi semenanjung. Pemisahan secara geografi ini memberikan kesan kepada budaya, bahasa serta adat resam termasuklah juga kulinari.
Sungguhpun demikian perbezaan tersebut memberikan impak yang amat positif untuk saling memahami dan memberikan setiap individu pelbagai makanan untuk dirasai.
Kuching hanya mampu menggambarkan sebahagian kecil daripada ratusan budaya negeri Sarawak yang dibina oleh pelbagai etnik dan bangsa.
Malahan kini kebanjiran pendatang turut menambahkan lagi taburan populasi etnik dan kaum di Sarawak. Oleh itu, industry makanannya turut berkembang dan menawarkan begitu banyak pilihan. Bandaraya Kuching yang besar ini menghadirkan banyak sekali tempat makan yang baik.
Senarai ini akan memberikan enam tempat yang boleh dianggap yang terbaik walaupun masih banyak yang terbaik atau mungkin lebih baik.

6 Tempat Makan Menarik Kuching Sarawak1. Mee Kolok Pak Amit Cafe
Alamat : Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching
Mee Kolok adalah menu wajib di Sarawak. Kata orang, melawat Sarawak tanpa mencuba mee kolok bererti anda belum melawat Sarawak. Mee Kolok Pak Amit merupakan antara mee kolok terbaik dan yang paling popular di Kuching. Lokasinya mungkin sukar untuk dicari tetapi amat berbaloi untuk menikmatinya.
Mengikut kata teman kami yang juga orang Sarawak, biasanya Mee Kolok disini cepat ‘sold out’ [wanista]

Mee kolok di sini menghadirkan kuah yang amat pekat dan sedap. Harganya juga amat murah dan berpatutan. Mee kolok Pak Amit yang paling popular adalah mee kolok udang dengan udang bersaiz sederhana dan beberapa bahan sayuran dan sebagainya menjadikan hidangan ini adalah menu yang pasti dicuba.
Selain mee kolok, juga terdapat hidangan mee yang lain seperti mee jawa, mee rebus dan juga beberapa menu yang lain untuk memenuhi citarasa anda. Biasanya mee kolok di sini begitu laris dan jika anda terlewat pastinya terlepas untuk menikmatinya.

2. Top Spot Foodcourt
Alamat : Taman Kereta (Jalan Green Hill), 93000 Kuching, Sarawak Malaysia
Kuching yang terkenal dengan pelbagai menu makanan laut ini mempunyai tempat makan yang paling sesuai untuk penggemar makanan laut. Top Spot Foodcourt ini merupakan medan selera yang terdiri daripada berbelas gerai yang menjual makanan laut.
Anda cuma perlu memilih gerai yang betul untuk memuaskan kelaparan anda. Namun begitu, menunya hampir sama dan kualitinya tidak begitu jauh berbeza.


Boleh dikatakan semua menu makanan laut terdapat di foodcourt ini dan anda boleh memesan apa saja menu kegemaran anda kerana harganya amat berpatutan. Ikan bakar yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, menu masakan ikan sehinggalah kepada masakan sotong, udang, ketam, kerang-kerangan malahan menu ayam dan daging juga boleh dipesan.
Terdapat juga menu ala carte seperti mee dan sebagainya untuk anda bersantai.Tempat ini dibuka bermula pada petang hari sehinggalah ke lewat malam. Setiap malam, begitu ramai sekali pengunjung yang menjamu selera di sini terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong dari luar malahan pelancong asing. Wajib datang ke Top Spot Food Court untuk penggemar masakan laut.

3. Pian Catering
Alamat : Satok, Kuching, Sarawak
Kedai ini bukanlah satu nama yang begitu popular di sini, namun Pian Catering menyajikan makanan yang berkualiti pada harga yang amat murah. Jadi amat berbaloi untuk makan di sini. Menunya tidak kurang hebatnya dengan makanan tengahari yang menarik dan juga beberapa menu makanan barat.
Salah satu menu yang dikatakan paling mendapat perhatian di sini adalah kepak ayam panggang yang dikatakan amat sedap dan berperisa. Rasanya dengan mudah mampu mengejutkan deria rasa anda kerana ia diperap dengan ramuan yang begitu kompleks dan rahsia seterusnya dipanggang dengan teknik yang begitu baik bagi menjamin kadar masak dan rasanya yang kekal sehingga ke gigitan terakhir.
Ada pelanggan yang tanpa ragu-ragu mengatakan kepak ayam ini lebih baik daripada ayam goreng KFC. Rasanya tidak rugi untuk mencuba. Sambil itu, kesedapan makanan lain juga tidak boleh dinafikan begitu sahaja.

4. My Village Barok
Alamat :Kampung Gersik, Kuching
My Village Barok ini merupakan salah satu lagi tempat makan tumpuan masyarakat di Kuching mahupun pengujung dari luar. Ianya begitu popular bukan sahaja kerana makanannya yang berkualiti, tetapi juga konsep ala-ala kampong yang diterapkannya.
Jika dahulu, anda perlu menaiki penambang untuk ke restoran ini dan ini juga salah satu keunikannya. Walaupun kini, terdapat jambatan yang dibina, keaslian restoran ini tetap terjaga dengan bangunannya yang dibina daripada kayu sepenuhnya. Suasananya amat mendamaikan sambil menikmati hidangan makanan laut yang enak.
Restoran ini hanya dibuka pada sebelah malam. Pelbagai makanan yang enak disajikan tetapi antara keunikan yang menggambarkan jatidiri Sarawak adalah ‘manuk pansuh’ atau ayam dengan kuah sup yang dimasak di dalam buluh. Isi ayam dengan herba dan sayuran yang dikeluarkan bersama-sama kuahnya dari buluh amat sedap untuk dinikmati ketika masih panas.
Orang luar yang ke Sarawak pastinya perlu mencuba menu ini selain daripada midin goreng belacan yang amat sedap. Terdapat juga umai udang iaitu udang mentah yang digaul bersama limau nipis serta cili padi yang amat-amat membuka selera.
Selain itu, banyak lagi menu makanan laut yang biasa yang boleh dipesan untuk dinikmati dalam suasana yang santai. Makan di sini menjadikan anda sedar anda berada di Sarawak.

5. RJ Ayam Penyet
Alamat : Lot 166 & 167 Bangunan Kelolong (Jln Nagor), Kuching, Sarawak 93400
Satu lagi menu yang popular di Sarawak adalah ayam penyet. Hidangan ini berasal daripada masyarakat Kalimantan yang amat sinonim dengan ayam penyet terbaik mereka. Di Sarawak, Raja Ayam Penyet menyajikan antara ayam penyet terbaik sesuai dengan namanya.
Melihat pada penampilan kedainya amat ringkas dan seolah-olah warung di tepi jalan, tetapi makanannya benar-benar menenggelamkan rupa kedainya.
Hidangan asas ayam penyet ini amat mudah. Ia mesti mempunyai nasi putih yang panas dengan ayam goreng berempah yang dipenyet berserta sambal dan sedikit ulam yang biasanya adalah ulam raja. Tetapi kesedapan ayam penyet ini terletak pada perapan rempah ayamnya, cara ayam tersebut digoreng serta yang paling penting, sambalnya.
Ayam penyet di kedai ini mempunyai gandingan komponen-komponen tersebut yang amat serasi dan sambalnya amat sedap. Ada pelanggan yang sanggup berulang kali ke sini kerana kesedapannya. Jika anda mencari ayam penyet terbaik di Sarawak, carilah daripada Raja Ayam Penyet, pasti berbaloi merasainya.

6. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak
Alamat : No 40, Kampung Gersik, Kuching
Setiap pengunjung yang meninggalkan Sarawak pasti akan sanggup mengheret pulang kek lapis Sarawak yang begitu popular di seluruh negara. Malah di mana saja ada peniaga kek lapis, pastinya di”nasab”kan dengan nama Sarawak untuk menarik pelanggan.
Kek Lapis Dayang Salhah yang terletak di kampong gersik ini adalah salah satu nama yang amat popular dan acapkali menjadi tumpuan pelancong dari luar.kita perlu menaiki sampan untuk sampai ke gerai kek ini namun ianya amat berbaloi.
Terdapat kek pelbagai perisa dan warna yang boleh dipilih. Ada yang dibuat dengan marjerin dan ada juga yang menggunakan mentega asli. Harganya dan rasanya pasti berbeza namun masih jauh lebih murah dengan harga di semenanjung.
Selain kek lapis, terdapat juga kek batik yang konsepnya hampir sama walaupun proses pembuatannya amatlah rumit. Rasanya juga amat sedap dan tidak rugi untuk anda menggendong kotak-kotak kek lapis ini ke lapangan terbang.

……………………………………………………

Mencari tempat makan di Kuching bukanlah suatu pengalaman yang sukar jika anda tahu ke mana untuk ditujui. Malahan kepelbagaian makanan yang disajikan menjadikan anda akan ‘enjoy’ untuk mencuba dan memberikan cabaran baru kepada deria rasa anda.
saji.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041652 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list