CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 0

Review Om Burger Lorong Kolam Air Lama! Best Street Burger KL!

[Copy link]
Post time 4-8-2015 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini kami ingin berkongsikan tentang antara ‘best street burger KL’. Salah satunya adalah OM burger. Kenapa? Ianya akan dijelaskan secara mendalam di sini. Semoga artikel ini membuatkan anda tidak sabar untuk menerjah ke gerai ini kelak.
OM Burger ini adalah antara burger kesukaan kami. Gerainya sama seperti gerai burger yang lain.Di gerai ini biasanya anda boleh memilih untuk membeli burger daging/ayam/ hotdog special yang kami percaya sangat berbaloi. Harganya masih lagi murah. Percaya kepada kami.
Biasanya kami akan mengambil terus burger special ataupun hotdog special. Muktamad! Alang-alang sudah berada di sini, itulah menu yang kami selalunya pilih. Cheese yang ada pada hotdog jumbonya mampu merobek sesiapa sahaja mencubanya.
Sekali lalu, anda nampak ianya seperti gerai burger biasa sahaja. Tiada apa yang unik. Sama seperti gerai burger yang mungkin berada berdekatan dengan rumah anda. Tetapi melihat kelibat ramai yang membeli di sini, ianya mungkin membuat anda sedikit kehairanan.
OM Burger ini terletak di Ampang Jaya dan boleh diperolehi sekitar lewat petang sehingga awal pagi. Di sini, anda terpaksa menunggu sekitar 15-20 minit kerana ramai juga yang beratur membelinya walaupun sedah lewat malam.
Untuk kes kami, kami sudahpun mencubanya hampir 4-5 kali. Setiap kali mencubanya, kami pasti teringat akan kesedapannya pada esok harinya. Jangan terkejut jika kami katakan kami pernah terserempak Aliff Satar memesan burger di sini. Kalaulah artispun datang membeli di sini, mungkin anda boleh menganggarkan berapa bintang perlu diberikan kepada gerai ini.:-P
Jangan terkejut dengan gaya selekeh burger yang telah siap. Semua itu hilang apabila suapan burger pertama masuk ke dalam mulut anda.
Semasa kami melihat cara masakan juga kami merasakan ianya dibuat secara ‘cincai’. Malah telur yang dipecahkan digaul begitu sahaja. Tiada seni. Tetapi, apabila masuk mulut, semua perkara itu hilang.Selalunya, telur digoreng beramai-ramai. Sediit berbeza dengan gerai burger lain dimana ianya dibuat secara satu persatu.
Sehingga hari ini kami masih tertanya-tanya, apa yang unik dan perisa tambahan yang ada pada burger ini. Kami perhatikan ianya masih menggunakan mayonis, sos yang diletak secara cincai. Tiada langsung sos atau benda lain yang sedikit unik yang dimasukkan. Sama sahaja seperti burger lain.
Antara pendapat yang diterima tentang OM Burger:
“The best sloppy burger in town! Best eaten when it’s hot and gooey. The uncle’s kid is very smart too, he can memorised all the orders very easily.”
“Om burger never dissapointed me..ayam special and hot dogg jumbo special is the recomendation from me!you have to try!!!!”
Sudah tidak sabar untuk mencuba? Alamat penuh gerai ini adalah 2-20, Lorong Kerja Ayer Lama (Ukay Heights), 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
saji.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037136 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list