CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7840|Reply: 1

8 Sarapan Pagi “Best” Untuk Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 4-8-2015 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Sarapan pagi adalah suatu perkara asas yang perlu diambil. Terutamanya kanak-kanak. memujuk kanak-kanak untuk mengambil sarapan adalah bukan sesuatu yang mudah. Kami kongsikan 8 sarapan yang ‘awesome’ untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba.
Sarapan yang ditonjolkan memang menyelerakan. Rasanya bukan sahaja kanak-kanak akan menyukainya, anda juga pasti akan terliur melihatnya. Kami sangat sukakan sarapan yang menggunakan mentega kacang. Anda pula bagaimana?

8 Sarapan Pagi Yang Sungguh Awesome
1. Roti Mentega Kacang
Ianya amat menyelerakan. Anda cuma memerlukan roti jenis pratha dan kemudiannya disapukan dengan mentega. Untuk menarik, letakkan sedikit pisang dan butiran coklat. Anda juga boleh menggunakan roti canai jika anda mahu.

2.Mango & Berry Swirl
Sarapan ini pasti akan membuatkan anak anda mahukannya setiap hari! Perisa mangga dan strawberi yang digunakan memang sesuai.

3. English muffin +Telur + Cheddar+ Epal
Tidak sukar membuat sarapan pagi jenis ini. Hanya perlukan epal yang dihiris dan kemudiannya disapukan dengan telur. Cheese jenis cheddar digunakan dan diletakkan di atas. Kemudiannnya, apa yang diperlukan adalah  dipanaskan atau dibakar untuk seketika.

4. Mentega Almond + Pisang
Ini sememangnya pilihan kami. Bukan kanak-kanak sahaja akan menyukainya, malah anda turut akan mengidamkannya.Hanya perlukan pisang, mentega almond dan sedikit kekacang.

5. Bubur Bijiran
Bubur bijiran ini juga menarik untuk dicuba. Gandum ini dimasak ala-ala bubur dengan menggunakan ‘slow cooker’.

6. Aiskrim Pisang
Ini salah satu sarapan pagi yang menarik dan ‘awesome’ yang senang dicuba. Nampak seperti aiskrim yang mengalir tetapi sebenarnya pisang sahaja.

7. Roti Bendera
Jika anak anda sukakan imaginasi, sarapan pagi ini mungkin boleh dicuba. Ianya dibuat seolah-olah nampak seperti bendera. Untuk menarik, cubalah buat bendera Malaysia. Jem, pisang dan lain-lain boleh digunakan untuk membuatnya.

8. Aiskrim Buah
Kami akui aiskrim ini sedikit sukar untuk dibuat, tetapi apabila siap pasti akan menyebabkan anak anda senyum keriangan. Aiskrim buah-buahan ini boleh sahaja digunakan dengan pelbagai jenis buah.

saji.my
Anda sukakan yang mana? Jangan lupa share jika ianya bermanfaat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 02:54 PM | Show all posts
first tu menarik jugak. mempelbagaikan penggunaan paratha. nyum nyum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.216697 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list