CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 0

Nasi Arab Restoran Marhaba, Publika Solaris

[Copy link]
Post time 4-8-2015 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Kalau sebut Nasi Arab, kawasan yang terkenal yang menyajikan makanan ini biasanya dalah sebelah Bangi, Shah Alam dan Cyberjaya. Kawasan nun sedikit jauh daripada Kuala Lumpur. Namun demikan, jangan risau, terdapat beberapa restoran nasi arab yang menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi. Ianya adalah Restoran Marhaba terletak di Publika di Jalan Dutamas.

Restoran Marhaba
Lot D1-G4-1, Level G4, Publika Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur

Restoran Marhaba ini adalah sebuah restoran makanan arab yang menyediakan makanan asli Yemen. Slogan restoran ini adalah “Celebrate good life with great taste.” Semua chef adalah chef dari restoran terkenal di Dubai dan bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen. Jadi tidak hairanlah mutu makanannya amat tinggi walaupun harganya agak mahal pada pandangan sebilangan orang.
Melihat hiasan dalamannya serta ruang makan yang pelbagai, menampakkan komitmen tinggi pemiliknya untuk memberikan bukan sahaja makanan yang bermutu tetapi juga servis yang terbaik demi kepuasan pelanggan. Hiasan bangunannya sangat cantik dan sememangnya berkonsepkan restoran. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di kerusi ataupun makan secara santai dengan bersila.

Roti Mulauwah


Hidangan “signature” restoran ini adalah mulawah iaitu roti arab besar yang rangup dan amat sedap walaupun dimakan begitu sahaja. Ini antara yang ditulis oleh seorang blogger tentang tempat ini.

Ini adalah Roti Mulauwah. Roti yang dihidangkan ini adalah saiz yang paling kecil. Saiz kecil pun adalah sebesar dulang dan boleh makan untuk 4 orang. Kalau nak paling besar, En Azlan cakap boleh buat selimut.
Roti ni sedap sangat, garing dan lembut. Makan masa panas-panas. Lembut dan yang istimewanya, ada habbatussauda. Makan plak dengan Saltah Fahsah. Saltah Fahsah tu sebenarnya daging kambing yang di masak dalam periuk sizzling tu.

Sumber : Sawanila


Memang nampak menyelerakan



Bahagian dalam kedai



Pernah cuba?


Kita tidak boleh lari daripada berbicara tentang nasi arab kerana nasi mandy di sini boleh dikatakan antara yang terbaik di Malaysia. Daging kambing berperisa dan ayamnya begitu mudah untuk menambat selera sesiapa sahaja tambahan lagi peminat makanan arab.
Minuman seperti lassi dan lain-lain juga amat sedap. Anda tidak akan tersedar anda memesan satu lagi minuman. Suasananya juga amat santai dan “convenience” untuk setiap generasi. Tidak dinafikan, restoran ini adalah antara yang terbaik di Malaysia.
Kata seorang sahabat, anda akan keluar dari restoran ini dengan pinggan dan poket yang kosong tetapi dengan perut dan hati yang penuh. Benarkah begitu? Anda perlu mencuba.
saji.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039234 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list