View: 3124|Reply: 2
|
Jangan Bergaduh, Tips Panjang Umur
[Copy link]
|
|
oleh Fyruz Hanna
Meniti usia perkahwinan kamu yang menjangkau lima tahun, kadang kala pelbagai suka duka kita lalui bersama pasangan. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Tahukah kamu, resipi untuk panjang umur adalah dengan tidak bertelagah bersama pasangan.
Menurut laporan DailyMail, kajian mengenai kehidupan perkahwinan telah dijalankan selama 20 tahun dan ia menunjukkan pasangan yang jarang bergaduh kekal sihat sehingga ke tua dan hidup jauh lebih lama dengan mereka yang kerap bertelagah dengan pasangan mereka.
Menurut kajian itu lagi, kebanyakan mereka yang bergaduh adalah disebabkan oleh masalah kewangan dan mertua. Pasangan yang bahagia dikatakan akan melakukan segalanya bersama seperti masak dan makan makanan yang sihat bersama, berjalan setiap petang bersama kerana lebih mengambil berat antara satu sama lain.
Pasangan bahagia membuatkan mereka kurang tertekan yang membuatkan mereka tidak merokok atau mengambil minuman keras serta meninggalkan segala tabiat buruk yang membahayakan kesihatan. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, pasangan yang bahagia akan sentiasa berada di sisi memberi sokongan dan ini boleh mengurangkan tekanan. Kajian itu turut menunjukkan, perkahwinan yang tidak bahagia meningkatkan tekanan darah pasangan dan melemahkan daya imun seseorang.
-CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahagia je nampak orang tua berdua ni.
Agaknya, kalau salah seorang pergi, tentu yang sorang lagi tak
sanggup hidup di dunia ni. Begitu jugalah mak aku.
Bila ayah aku pergi, dia murang dan sedih sahaja.
Akhirnya, dia pun pergi.........![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 replied at 14-8-2015 01:46 PM
Bahagia je nampak orang tua berdua ni.
Agaknya, kalau salah seorang pergi, tentu yang sorang lagi t ...
Ye ar sy pun sama..Arwah mak pergi dulu...murung aja Arwah abah.. siap bgtau dia klo dia nak penganti sy x kesah.. supaya dia x sunyi.. Dia x sanggup.. dia kata susah cr penganti mak.. selang setahun.. Abah pergi juga.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|