View: 4535|Reply: 16
|
Jom Lihat Bandar Golongan Orang Kaya Kini Jadi Bandar Hantu
[Copy link]
|
|
Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong , setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang .
Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu dijual.
Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun , dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting .
Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong .
Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang .
Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk dilindungi daripada kerosakan .
Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .
" Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa tinggal di sebuah pondok kayu .
dairishare
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by @inardni at 24-8-2015 08:34 PM
Membazir..da xde org duduk mst la rasa macam berhantu |
|
|
|
|
|
|
|
syoknya kalau dapat sebijik |
|
|
|
|
|
|
|
membazir
|
|
|
|
|
|
|
|
tu dia aih...China tak ada org gelandangan ke? kalau di London ade je homeless pi duduk kat rumah mewah sapa ntah sebab tuan rumah tu memang tak tahu pun sebab depa bukan penduduk kat UK pun hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kalau kerajaan terlalu kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
bg je la kt homeless atau org miskin |
|
|
|
|
|
|
|
lawa rumah-rumahnya...
sama ada lembab nak maju atau takkan maju sampai bila-bila. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elmen at 25-8-2015 09:56 AM
lawoooonye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang terbiar begitu sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya rumah... sayang terbiar begitu saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa nyer...!!!!!!!
nak sebijik!!!!dan sila hantar ke malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau benda nie kat USA..mahu blacks masuk secara berjemaah dan leh dpt geran kot atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang pindah masuk nanti semua ikutlah pindah, umah ada pemilik, cuma pemilik2 je x mau dok sana, jauh katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
membazir....
dari buat mcm ni.. lebih baik bina rumah murah.. yg mampu dibeli ha... |
|
|
|
|
|
|
| |
|