View: 3446|Reply: 8
|
5 Jenis Orang Yang Bakal Jadi Jodoh Anda
[Copy link]
|
|
Berdasarkan pemerhatian aku la, kebanyakan jodoh yang orang biasa dapat..biasanya datang daripada kategori kat bawah ni. Kalau tak percaya cuba baca.
1. Orang Yang Dibenci
Kalau masa kecik-kecik dulu korang pernah benci atau menyampah dengan someone..maklum la kecik-kecik dulu hingus memeleh lagi. Tapi bila dah besar cantik bergaya, orang yang korang benci tu jugak korang berkenan.
2. Kawan Sekolah Dulu
Yang ni ramai..habis SPM masing-masing lost contact. Jumpa pun masa buat reunion. Masa ni la boleh nak usha-usha balik..tu pun kalau ada yang masih single..hehehe. Kawan sekolah aku dulu ramai yang pasangan diorang dari sekolah yang sama.
3. Kawan Masa Universiti
Aku nak habaq kat korang, kalau nak cari pasangan kat universiti tempat korang study sekarang ni memang terbaik. Dan biasanya hubungan korang akan kekal sampai korang kahwin. Lagi satu, susah bila korang dah kerja dan baru nak cari pasangan macam tuan punye blog ni..kekeke
4. Kawan Sekerja
Yang ni standard la..kahwin dengan rakan sekerja satu bumbung. Tak kiralah artis ke, doktor ke, cikgu ke..diorang kata mudah kahwin dengan orang yang kerja satu pejabat atau yang sama kerja dengan kerja kita..mudah nak faham tugas diorang kot.
5.Mak Ayah Cari
Kalau dalam kategori 4 jenis orang kat atas tu tak jumpa jugak, jodoh korang biasanya mak ayah akan cari. Mak ayah kan dah lama makan garam..mesti dia cari yang terbaik.
nicknashram
|
|
|
|
|
|
|
|
betol lah.
sy kawen dgn kawan 1 sekolah.
kapel dr form 1.
tp skrg dah tinggal kenangan pon..
dah tamat, selesai dgn baik awal bln nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
erkk..macam mana itu pulak pengakhirannya @eileen80
|
|
|
|
|
|
|
|
billionman78 posted on 9-9-2015 11:38 AM
erkk..macam mana itu pulak pengakhirannya @eileen80
panjang ceritanya.
dipendekkan, jodoh sampai di situ je... |
|
|
|
|
|
|
|
everything happens for a reason. takpe, hidup perlu diteruskan. moga dapat pengganti yang lebih baik
|
|
|
|
|
|
|
|
billionman78 posted on 9-9-2015 01:33 PM
everything happens for a reason. takpe, hidup perlu diteruskan. moga dapat pengganti yang lebih ba ...
ameen... tq... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|