CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19488|Reply: 20

Rahsia Hari Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk

[Copy link]
Post time 10-9-2015 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia Hari Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk



Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.


ps : xpayah la korang percaya sngat...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 12:32 PM | Show all posts
reaksi bila baca
walaupun sekadar utk suka2

"Eh betul lah, macam kena jek"
"Tipu lah. Aku bukan macam tu"
"Sebijik sejibon macam si polan"
"Tak leh percaya ni. jauh panggang dari api"
"Eh, yeke aku macam ni? Nak tanya si polan lah"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 12:38 PM | Show all posts
untuk scan hari apa sila masuk sini : http://birthdayscan.com/1990/november/28/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 12:42 PM | Show all posts
gekkou replied at 10-9-2015 12:32 PM
reaksi bila baca
walaupun sekadar utk suka2

betul tu kata saudara.... cuba lihat hari apa anda dilahirkan dan padan kan n tajul muluk ni tapi jgn percaya 100%

tiada kebetulan...tetapi ketentuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 12:58 PM | Show all posts



Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah.

Namun menurut ustaz Azhar Idrus,  Tajul Muluk ini ada kaitan dengan sanad hadis. Oleh itu, ia tidak boleh ditolak mentah-mentah.

Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh.

Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh.



LANGKAH 1

Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan

jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut.
kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9

Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat.



CONTOH

nur + nurul + muhammad + ahmad

احمد + محمد + نورال + نور

asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni

(50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4)

jumlah huruf adalah = 688

kemudian tambah 7 dan bahagi 9

688 + 7, bahagi 9 = 77.222222


LANGKAH 2

Lihat kepada nombor berbaki.
contoh kat atas, baki dia ialah nombor 2
so.. nombor dua sahaja yang akan diambil kira.

1 = tidak berkira
4 atau 6 atau 9 = kepayahan dan bercerai
3 = mula2 bergaduh kemudian baik
2 atau 5 atau 7 atau 8 = baik
7 = terlebih baik

Selamat mencuba.



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:02 PM | Show all posts
born hari Jumaat

kebanyakkan nya bertentanggan dgn sifat ai

tipu ar Tajul muluk ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-9-2015 01:07 PM | Show all posts
bellaa replied at 10-9-2015 01:02 PM
born hari Jumaat

kebanyakkan nya bertentanggan dgn sifat ai

tahu macam mana nk tahu hari kita lahir?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:14 PM | Show all posts
rasa nya semua hari lebih kurang jaaa.kikikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 01:20 PM | Show all posts
Raline replied at 10-9-2015 01:07 PM
tahu macam mana nk tahu hari kita lahir?

bukak calender kat pc

then adjust la tahun dan tarikh lahir
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:56 PM | Show all posts
baca jer yer
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:15 PM | Show all posts
my calculation 276.77777 so no 7 kah? terlebih baik? setakat ni asyik bergaduh jer. dah bosan. tpi apapun its just a calculation.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 04:24 PM | Show all posts
nk cari kat mana kitab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 05:02 PM | Show all posts
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


motif? hahah lansung tak sama..tipuu jaa ni..ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 02:56 PM | Show all posts
ada yg kena, ada yg tak kena langsung. hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 06:07 PM | Show all posts
macam tak sama aja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 04:35 PM | Show all posts
tak percaya dengan benda2 gini... bayangkan hanya ada 7 karakter aje utk ramai2 manusia yg ada dlm dunia nie. setiap org yg lahir pd hari yg sama mempunyai perwatakan yg sama...nonsense!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 10:18 AM | Show all posts
kkekekekek..

ada banyak yang terkena.mati lewww. haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 12:02 AM | Show all posts
ada betul,ada tak betul ;p
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:01 PM | Show all posts
hurmm... ade yang kena, ade yang tak. hihihi... kebetulan je kot..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
70% accurate
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.520296 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list