CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 3

Not A Happy Ending Relationship

[Copy link]
Post time 18-9-2015 12:17 PM | Show all posts |Read mode
        Ketika dalam ‘in relationship’, kamu pasti tidak akan lari dari menghadapi masalah.

        Masalah selalunya datang untuk menguji sejauh mana dan seberapa kuat kamu atau pasangan untuk sama-sama mempertahankan hubungan tersebut.

        Namun, andai salah seorang sahaja yang ‘beriya’ untuk mempertahankannya, maka apa yang dipertahankan itu takkan lama.

       

        Ingatlah, bertepuk sebelah tangan sahaja pasti tidak akan berbunyi. Tidak akan menjadi sesuatu hubungan itu andai tidak saling menjaga.

        10 perkara ini adalah tanda-tanda di mana hubungan kamu akan berakhir.

        Jika kamu mula mendapati perkara ini dalam hubunganmu, maka berusahalah kamu dan pasangan untuk mengatasinya. Andai tidak, maka bersedia untuk hadapi segala kemungkinan yang ada.

       

        Drama dan konflik
        Tidak salah andai kadangkala bergaduh dan tidak bersefahaman, Namun, kalau hari-hari asyik bertengkar seperti tiada jalan penyelesaiannya, maka ketahuilah bahawa salah seorang tidak mahu ‘stay’ dalam hubungan tersebut.

        Sikit-sikit nak ‘touching’
        Salah cakap sikit, mula nak touching. Bahkan, kadang-kadang ‘touching’ itu sengaja diadakan-diadakan supaya senang sikit nak minta putus nanti.
       
        Kerja nak cari salah orang
        Hubungan kamu sememangnya bermasalah bila kamu akan cari dan ungkit setiap kesalahannya. Lebih teruk, andai kedua-dua pihak berperang dan menunding jari kepada kesalahan masing-masing.

       

        Dah tak romantik
        Tiada lagi rasa ‘istimewa’ bila dengan dia. Bahkan, kamu dingin terhadap salah satu sama lain. Dari segi layanan jangan nak cakap lah. Dah tak se’concern’ dulu, tak macam awal-awal bercinta.

        Jarang berkomunikasi
        Dah jarang text, call pun jarang-jarang dah, pergi mana pun tak beritahu..hurmmmm. Paling parah, si dia atau kamu sendiri tak tahu apa dan bagaimana kehidupan dan aktiviti sehariannya.

        Hati terpaut pada orang lain
        Kamu atau dia mulai tertarik dengan orang lain. Sedarlah jika kamu atau dia benar-benar cintakan dia, maka kamu tidak akan ‘simply’ untuk terpaut atau jatuh cinta dengan orang ketiga.

       

        Banyak habiskan ‘masa’ dengan yang lain
        Kamu atau dia lebih gemar berkongsi cerita, chat atau whatsapp dengan ‘kawan’ yang berlainan jantina. Dalam percintaan, tiada istilah ‘best friend’ kerana pasanganmu adalah segala-segala-galanya bagi kamu. Buat apa nak text orang lain kalau dah ada cinta hati.

        ‘Jarak’ dalam perhubungan
        Bukan bermakna long distance relationship, tapi jarak yang kamu atau dia cipta sendiri. Busy dengan kerjaya, senyap, sibuk sangat dengan hobi atau kawan-kawan, lupa nak tanya khabar sampai bila nak diajak berjumpa pun susah.
       
        Tiada lagi persefahaman
        Asyik makan hati dan sakit hati. Bila kamu meluahkan perasaan dan menyatakan apa yang kamu rasa, si dia anggap apa yang kamu rasa itu ‘benda remeh’. Bergaduh dan bertengkar tu dah jadi perkara biasa dalam hubungan kamu.

       

        Tak pernah nak berubah
        Kamu dah puas beri nasihat padanya supaya berubah, jangan buat perkara yang kamu tak suka, yang mengundang rasa marah atau cemburu. Namun si dia tetap dengan ‘perangai’ lamanya.

-remaja-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2015 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hubungan iols dgn ex byk negatif. iols yg byk bkorban.dia? dia x bguna : so better putus thanks sbb buat iols sampai begini
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 06:41 PM | Show all posts
Edited by eileen80 at 19-9-2015 06:43 PM

pnh buat & lalui semuanye dl....
hampir 10thn yg lalu...
z, maafkan sy....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 09:13 PM | Show all posts
telan jer la... sendiri silap
learn from the mistake, things will get better in a future
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.249611 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list