|
“A wrong relationship will make you feel more alone than when you are single.”
Cubalah kamu perhatikan hubungan kamu dengan si dia. Adakah hari-harimu terisi atau yang hadir cuma rasa ‘kosong’.
Andai temanmu itu tidak mengambil berat tentang hari-hari kamu, makan dan minum mu, atau apa jua yang berlaku dalam kehidupan seharianmu, maka sedarlah yang kamu kini sedang berada dalam ‘wrong relationship’.
Apa guna setia jika asyik ‘makan hati’ kerana whatsapp dan panggilan yang tidak dijawab. Andai berjawab pun sekadar lebih kurang.
Apa guna menunggu andai si dia bersikap acuh tak acuh terhadap keperluanmu.
Mampukah kamu bertahan dengan alasan busy, tak ada masa, nantilah, nak apa lagi...bila kamu inginkannya memberi perhatian dan meluangkan masa dengan kamu.
Apatah lagi bila melihat orang lain bahagia dengan pasangan masing-masing, tetapi dirimu bagaikan tidak berteman, macam orang single, bahkan lebih sunyi dari orang yang single.
Girls,
Andai ini yang terjadi pada kamu, maka fikirlah apa yang terbaik untuk dirimu dan masa depan kamu.
Kalau perlu move on, move on lah.
Jangan tunggu lagi...
-remaja-
|
|