View: 1299|Reply: 0
|
4 Cara Berdepan Dengan Kekasih Beremosi!
[Copy link]
|
|
Erghhhh, mempunyai kekasih yang kuat beremosi memang merimaskan! Ada sahaja yang tidak kena, buat ini salah buat itu pon salah. Memang penat melayan kerenah si dia yang sukar di fahami. Adakalanya membuatkan kamu rasa seperti ingin ‘menyerah kalah’, betul tak ?
Relax, jangan tertekan. REMAJA berikan 4 cara paling mudah untuk kamu berhadapan dengan kekasih yang kuat beremosi dan suka merajuk.
# 1 | JADI LAWANNYA
Ada tinggi pasti ada rendahnya, ada negatif pasti ada positifnya kamu perlu bijak memainkan peranan dalam perhubungan. Jika pasangan kamu itu seorang yang beremosi kamu harus menjadi ‘lawannya’. Ini kerana, apabila kamu juga bersikap sebegitu kamu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, jika si dia menjadi api biarlah kamu menjadi air yang mampu meredakan ‘bahangnya’.
# 2 | BERIKAN PERHATIAN
Terang lagi bersuluh, pasangan seperti ini sebenarnya hanya mengharapkan perhatian dari pasangannya. Oleh itu pastikan kamu sentiasa mempunyai masa dan perhatian untuknya. Jangan sesekali biarkan si dia rasa kesunyian dan keseorangan kerana perangainya itu pasti akan semakin menjadi-jadi.
# 3 | TAHU CARA MEMUJUK
Walaupun kamu agak rimas dengan sikapnya yang agak ‘mengada-ngada dan keanak-anakan, kamu harus bijak mengatur langkah untuk memujuk dirinya. Jangan sesekali biarkan dia terus merajuk dan apatah lagi mengabaikannya kerana keadaan seperti ini hanya akan memburukkan lagi situasi walaupun bagi kamu ia adalah jalan terbaik. Boys, percayalah si gadis hanya perlukan sedikit ‘kata-kata manis’ dari kamu sahaja bukannya sebiji rumah.
# 4 | JAGA PERCAKAPAN
Sungguh pun kamu berdua sudah lama saling mengenali, itu tidak bermaksud kamu boleh berkata apa sahaja pada dirinya. Perlu di ingat ya, kata-kata merupakan ‘pisau’ yang paling tajam buat seorang perempuan. Ada kalanya mereka tidak merajuk dengan apa yang telah kamu lakukan, tetapi mereka lebih ‘terasa’ dengan kata-kata kamu sahaja. So, hati-hati apabila melemparkan kata-kata pada mereka. Jangan terlalu jujur walaupun itu yang si dia mahukan.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|