View: 2155|Reply: 2
|
5 Cara Selamatkan Cinta Jarak Jauhmu!
[Copy link]
|
|
Mempunyai hubungan cinta jarak jauh memang mencabar! Setiap hari kamu akan lebih bertemankan perasaan pra-sangka berbanding sayang dan rindu. Mana tidaknya, apabila berjauhan kamu sendiri tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan dan dengan siapa si dia bersama. Oleh itu, jom lakukan 5 pekara ini untuk kekalkan dan selamatkan hubungan cinta jarak jauh kamu!
# 1 : UPDATE IS A MUST!
Yaaa... sungguh pun ia nampak agak merimaskan kerana kamu perlu sentiasa update tentang perkembangan diri namun keadaan seperti sebenarnya ini dapat menyelamatkan hubungan kamu berdua. Setidak-tidaknya kamu tahu perkembangan dirinya dan dia juga tahu tentang kamu. Jadi, jangan ambil mudah dan pandang enteng dengan pekara ini ya!
# 2 : JANGAN LUPA INGATKAN DIA TENTANG ‘FIRST DATE’ KAMU
Pstttt, ini rahsia diantara kita! Untuk elakkan si dia lupa tentang perasaan cintanya terhadap kamu, kamu perlu bijak untuk sentiasa mengingatkan dia tentang perasaannya terhadap kamu. Contoh seperti kerap ingatkan dia bagaimana kali pertama kamu berjumpa, bagaimana si dia boleh cintakan kamu dan sebagainya. Ini kerana, lebih kerap kamu mengingatkan si dia lebih kuatlah ingatan si dia tentang kamu. Malah cara ini juga akan menyedarkan dia yang cinta hatinya hanya untuk kamu.
# 3 : SALING MEMPERCAYAI
Dalam setiap perhubungan, kepercayaan adalah kunci kebahagiaan. Oleh itu, kamu berdua harus saling mempercayai antara satu sama lain dan jangan sesekali biarkan perasaan pra-sangka mula menguasai diri. Tetapi kepercayaan itu haruslah diselarikan dengan tindakan dan perbuatan. Jangan percaya hanya di mulut sahaja ya!
# 4 : SELALU BERKOMUNIKASI
Salah faham dan kurang berkomunikasi boleh merosakkan hubungan diantara kamu berdua. Sungguhpun kamu berdua berjauhan jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berhenti berkomunikasi. Di zaman sekarang pelbagai kemudahan yang ada contoh seperti Whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call dan macam-macam lagi. Jadi, janganlah sia-siakan kemudahan yang ada seperti ini!
# 5 : SESEKALI BUAT KEJUTAN
Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan kamu berdua. Jangan biarkan ia ‘mendatar’ begitu sahaja. Ini kerana, apabila tiada unsur kejutan dan keterujaan si dia akan mula rasa bosan dan akhirnya menduakan cinta kamu.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
|
ya betul tu... pling susah untuk percaya... tp nk xnak kite kena yakin dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
trust each other, yup sgt penting.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|