CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10437|Reply: 49

Perkara/Amalan yang akan membantu kita di Alam Barzakh & Padang Mahsyar

[Copy link]
Post time 30-9-2015 02:49 PM | Show all posts |Read mode
yang paling penting adalah kita mati dalam keadaan Iman dan Islam ,

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam. Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemungkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan olah Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
  • Teks bahasa Arab:
    • لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Transliterasi:
    • LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
  • Terjemahan ke bahasa Melayu
    • Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Pengucapan Syahādah perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya secara jujur dan ikhlas dalam bahasa Arab, pengucapan perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi Muslim.
Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat sah 2 kalimah syahadah


Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:


  • Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  • Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  • Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.
  • Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.
  • Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  • Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
  • Menunaikan Hak Syahadah


Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.


Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.
Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.



  • a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
  • b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan".
  • c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".
  • d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))
  • e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".
  • f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".

Comments

TT untuk amalan beretika dalam memetik petikan memana , boleh disertai bersama sumber asal pautan? please. Thanks. good topic  Post time 23-11-2016 01:57 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2015 11:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2015 12:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2015 08:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 06:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 11:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2015 07:23 PM | Show all posts
jaga akidah dan kalimah syahadah kita agar tidak terpesong

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 10:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 01:22 PM | Show all posts

yang ini menginsafkan...
sebesar mana pun rumah kat dunia..
dlam kubur..sama saja rumah kita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 12:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2015 09:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2015 12:22 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2015 06:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 12:33 AM | Show all posts
amal jariah
doa anak yg soleh
ilmu yg bermanfaat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 05:30 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 31-10-2015 12:33 AM
amal jariah
doa anak yg soleh
ilmu yg bermanfaat

ya betul tu tuan mod..


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 10:07 AM | Show all posts
apa2- seme yg kita buat, kerana Allah Taala. kan lagi baik.bukn sbb nk hindar dari siksa kubur ke pe.kerana Allah. Okay.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2015 03:58 PM | Show all posts


Salah satu amalan yang membolehkan kita mendapat Syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti adalah dengan membaca doa selepas azan,jadikan amalan ini sebagai rutin harian setiap kali kita mendengar azan.

Di sini jelas tuntutan supaya kita membaca doa selepas azan seperti sabda Baginda;

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ، اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Barangsiapa yang mengucapkan ketika mendengar azan: “Allaahumma Rabba hadzihi al-da’wati al-taammati wa al-solati al-qa-imah, Aati Muhammadan al-wasilata wa al-fadhilah, wab’atshu Maqaman Mahmudan alladzi wa’adtah” (Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan, berilah kepada Muhammad al-wasilah dan kelebihan, dan bangkitkan Baginda di kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan baginya); maka halal baginya syafaatku pada Hari Kiamat.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kita baca doa ini, moga-moga kita termasuk dalam golongan yang dihalalkan baginya syafaat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di Hari Akhirat kelak.

MAKSUD SYAFAAT

Bahasa mudahnya, syafaat adalah menjadi perantara. Syafaat bukan khas buat antara seorang hamba dengan Allah, bahkan sesama manusia pun ada istilah syafaat. Jadi syafaat secara umum bermaksud menjadi perantara buat seseorang dengan yang lain; sama ada 1) antara manusia dengan manusia, atau perkara yang sedang kita bincangkan ini adalah 2) antara seorang hamba Allah dengan Allah, demi untuk mendapat satu maslahat atau menolak mudarat.

Itu maksud syafaat secara umum. Seorang itu menjadi perantara untuk orang lain demi untuk mendapatkan maslahat atau untuk menolak mudarat bagi orang itu.

Adapun (syafaat) Rasulullah; Rasulullah lah yang akan menjadi perantara antara umat Baginda dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala, untuk mendapat maslahat bagi hamba Allah itu atau menolak mudarat.

ORANG YANG LAYAK MEMBERI & MENERIMA SYAFAAT

Sesungguhnya syafaat tidak akan diterima kecuali dengan dua syarat. Syarat ini cukup penting. Syafaat itu tidak akan diperkenankan oleh Allah kecuali dengan dua syarat;

Keizinan daripada Allah buat pemberi syafaat (yang menjadi perantara). Seseorang tidak boleh memberi syafaat sewenang-wenangnya. Dia perlu mendapat izin daripada Allah. Tidak boleh sewenang-wenangnya dia hendak menjadi perantara antara seorang hamba dengan Allah.
Keredhaan Allah atas orang yang hendak diberi syafaat.
Maka pemberi syafaat perlu diberi izin dahulu, manakala orang yang hendak mendapat syafaat perlu tergolong di kalangan mereka yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Hendak disimpulkan, siapakah yang diredhai oleh Allah dalam ertikata siapakah yang layak untuk mendapat syafaat?

Secara umumnya, hanya mereka yang mentauhidkan Allah semata-mata yang layak menerima syafaat. Sama sekali syafaat tidak akan diberi buat mereka yang menyekutukan Allah, daripada orang-orang kafir atau orang-orang musyrikin.

Orang-orang kafir atau orang-orang musyrikin sama sekali tidak layak untuk mendapat syafaat kerana mereka termasuk di kalangan mereka yang tidak diredhai oleh Allah, bahkan mereka ini adalah golongan yang dimurkai oleh Allah.

Dalil bagi syarat pertama adalah firman Allah dalam ayat Al-Kursiy,

مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

“Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izinNya.” (Surah Al-Baqarah: 255)

Juga seperti mana dalam surah Al-Najm, ayat ke-26 di mana Allah berfirman,

وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لاَتُغْنِى شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلاَّ مِن بَعْدِ أَن يَأْذَنَ اللهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرْضَى

“Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka sedikit pun tidak berguna kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia redhai.” (Surah Al-Najm, 59: 26)

Juga firman Allah,

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ وَلاَ يَشْفَعُونَ إِلاَّ لِمَنِ ارْتَضَى وَهُم مِّنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ

“Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 28)

Ayat ini mengandungi kedua-dua syarat yang telah kita sebutkan tadi. Berapa ramai malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan faedah, kecuali setelah tertunai dua syarat; sesudah diizin oleh Allah bagi siapa yang Allah kehendaki dan yang diredhaiNya.

Juga boleh kita sebutkan satu lagi dalil dalam surah Al-Zumar ayat ke-44,

قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا

“Katakanlah; hanya milik Allah (semata-mata) syafaat itu kesemuanya.” (Surah Al-Zumar: 44)

Syafaat itu semuanya kepunyaan Allah. Ertinya, tiada sesiapa pun dari kalangan manusia yang ada kuasa untuk mengampunkan seseorang atau menghancurkan seseorang. Syafaat (mendapat maslahat atau menolak mudarat) adalah milik Allah semata-mata. Tidaklah pemberi syafaat itu kecuali dia hanyalah perantara.

Apabila dikatakan perantara, di sini timbul persoalan. Perantara yang hendak memberi syafaat itu tidak kira sesiapa; sama ada para malaikat, para syuhada, para salihin, siddiqin, bahkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

syafaatNamun apabila kita kata Rasulullah memberi syafaat atau sesiapa memberi syafaat, adakah di sini bererti bahawa dia mempunyai kuasa untuk memberi manfaat kepada sesiapa atau menolak mudarat kepada sesiapa? Adakah mereka mempunyai kuasa? Jawapannya tidak. Ini maksud surah Al-Zumar ayat ke-44 tadi. Pemberi syafaat itu hanya perantara sahaja, itu pun dengan dua syarat yang telah kita sebutkan tadi.

Siapakah yang layak untuk diberikan (menerima) syafaat? Jawapannya ada dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya,

يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، أَنْ لَا يَسْأَلَنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ، أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ، مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ

“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu pada Hari Kiamat?” Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sungguh aku menyangka wahai Abu Hurairah bahawa tidak ada orang yang bertanya kepadaku lebih awal daripada engkau ketika aku melihat semangatmu dalam mencari hadis. Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku pada Hari Kiamat adalah orang yang mengucapkan Laa ilaha illallaah secara ikhlas dari hatinya atau dari dirinya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Mengucapkan Laa ilaaha illallah secara ikhlas maksudnya dengan jujur dalam hatinya, kerana ucapan itu bermula di hati, baru kemudian disebut dengan lidah. Tidak ada guna kalau kita menyebut La ilaha illallah tanpa ada kefahaman dan keimanan.

Maka secara umumnya, syafaat adalah khas buat orang yang mentauhidkan Allah, iaitu orang yang mengesakan Allah di dalam ibadahnya dan menjauhi segala bentuk syirik/ perbuatan menyekutukan Allah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 10:08 AM | Show all posts


Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).


Rujukan: [ HR. al-Bukhari, no. 6306 ] Terdapat juga pada hadits no. 6323 yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa-i, Ibn Majah dan Ahmad ]

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.


Amalakan Penghulu Istighfar Setiap Hari Untuk Memohon Keampunan Daripada Allah SWT
July 23, 2011 at 12:52pm
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah SWT. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah SWT.
Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah SWT. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
Dan bacaan istigfar yang paling sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih
al- Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan :

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Maksudnya:
"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau".
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari)
Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi SAW sabdakan dari lanjutan hadis di atas, “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.
Bacaan sayyidul istigfar (penghulu istighfar) ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam bacaan ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat megharapkan kepada Allah SWT. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istigfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.
Semoga penghulu istighfar ini dapat kita amalkan setiap hari secara istiqamah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2015 07:36 AM | Show all posts
Edited by koliba at 29-11-2015 07:38 AM

Kelebihan Penghulu Istighfar :

Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rujukan: [ HR. al-Bukhari, no. 6306 ] Terdapat juga pada hadits no. 6323 yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa-i, Ibn Majah dan Ahmad ]




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 10:11 AM | Show all posts
{:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.318999 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list