View: 1644|Reply: 3
|
Mencari Titik Keserasian
[Copy link]
|
|
Tidak dapat dinafikan mencari keserasian bagi yang punya latar belakang berbeza setelah berkahwin bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana masing-masing dibesarkan mengikut acuan dan cara hidup ibu bapa serta mempunyai tatacara yang telah menjadi amalan hidup sejak dilahirkan lagi.
Justeru, apabila berkahwin dengan pasangan yang mempunyai latar belakang yang berbeza, pelbagai kemungkinan akan berlaku, ada kalanya menghadapi situasi yang sukar kerana gagal memahami kehendak pasangan dan keluarga pasangan. Dalam hal ini untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham, kita mesti belajar menghormati dan menyesuaikan diri dengan pasangan kita itu.
Masa bercinta banyak perkara tidak kita lihat dengan jelas. Disebabkan itu ada yang mengatakan cinta itu buta, kerana banyak perkara dilindungi untuk mengambil hati pasangan kita. Perkahwinan adalah satu perkongsian, jadi berkongsilah apa saja dalam kehidupan kita untuk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dalam hidup perkahwinan juga, makanan ada kalanya sering menjadi isu dalam konflik rumah tangga. Ada yang sudah biasa makan pedas, mereka sentiasa mahukan masakan pedas sedangkan pasangan tidak biasa memakan makanan yang bercili. Jadi, apabila sudah berkahwin, anda dan pasangan perlulah berkompromi tentang makanan yang dimasak.
Tip Cari Keserasian
-Sentiasa cuba memahami latar belakang pasangan. Sekiranya sukar mengikut secara seratus peratus ikut kemampuan diri dan menyesuaikan dengan keadaan.
-Memelihara keharmonian perkahwinan dengan menghormati amalan dan kebiasaan yang telah diamalkan oleh pasangan.
-Jangan mencemuh atau mengkritik kehidupan masa lalu pasangan yang telah dicorakkan oleh keluarga mereka.
-Sentiasa berkompromi untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan dengan tidak mencari kesilapan pasangan kerana mengamalkan budaya dari keluarga mereka.
sumber gambar: internet
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
|
so, where is the locus?
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
have to give it a try and don't expect short return..
|
|
|
|
|
|
|
|
and don't build a wall...
need to open yourself but know where to put the boundry |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|