View: 1237|Reply: 0
|
Cara Atasi Perselisihan Faham
[Copy link]
|
|
Tidak semua perselisihan faham itu buruk dan bukan juga sesuatu yang baik. Sebagai pasangan yang baru berkahwin, ini adalah ibarat proses perkenalan antara anda dan dirinya untuk ke fasa yang seterusnya dalam melayari bahtera perkahwinan.
Dalam erti kata lain, cara anda menampilkan diri dan memerhatikan gelagat pasangan anda dengan lebih rapat dan dekat. Jangan bimbang untuk berbincang tentang masalah yang anda hadapi dan suarakan apa yang tersimpan di dalam hati anda kepada pasangan. Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan jika berdepan dengan situasi begini:
1.Pihak ketiga
Pastikan tiada pihak ketiga yang turut serta dalam pertengkaran ini seperti ahli keluarga yang lain dan jika setiap kali ada perselisihan faham anda tidak perlu terus mengadu kepada mereka. Ini akan lebih memburukkan keadaan kerana bimbang akan ada tambahan dalam masalah anda yang sedia ada. Selesaikan masalah suami isteri secara baik dan tidak dihebohkan kepada semua ahli keluarga jika membabitkan kes yang kecil sahaja.
2.Kelemahan
Jangan biarkan segala kelemahan pasangan anda diceritakan ketika berlaku perselisihan faham, kerana ini akan menimbulkan rasa sakit hati yang lebih menebal dalam dirinya. Jangan diungkit kelemahan dan keputusan yang dibuat pasangan sebelum ini untuk menjatuhkan air mukanya. Jika kemenangan yang dicari dalam pertelingkahan itu, ini bukan masa yang sesuai untuk anda luahkan berkenaan hal itu.
3.Pujukan
Pujuklah si dia jika dia marah, jangan dibiarkan pertelingkahan itu berpanjangan sehingga ke esok harinya kerana itu akan membuatkan hari anda suram dan tidak bermaya. Peluk dia untuk mententeramkan jiwanya walaupun untuk sebentar sahaja. Jangan menjauhkan diri anda daripada pasangan dengan alasan anda terasa hati dengan sikapnya tadi. Ini akan lebih memburukkan keadaan. Perkara ini akan menjadikan jurang anda dan pasangan semakin jauh dan seperti menunjukkan yang anda tidak mahu lagi berdamai.
4.Tindakan
Jangan bertindak secara kasar dengan menggunakan fizikal anda seperti menampar pasangan atau melemparkan barangan kepada dia. Cara ini adalah dilarang sama sekali kerana anda perlu melindungi antara satu sama lain dan itu bukan cara yang betul untuk anda meluahkan apa yang terbuku di sanubari anda. Curi hatinya kembali seperti membelikan bunga atau memasak makanan kegemarannya untuk menyatakan yang anda bersalah dan yang paling penting ialah perkataan hikmah yang perlu sentiasa disebut dan jangan ego untuk menyatakannya iaitu “maafkan saya”. Sumber gambar: internet
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|