View: 1951|Reply: 0
|
8 Cara Goda Pasangan Sakit
[Copy link]
|
|
Mungkin juga pasangan kita berkehendak untuk melakukan seks tetapi tidak dapat melakukannya gara-gara sakit. Persoalannya di sini, walaupun seseorang individu itu mengalami sakit teruk. Namun, hubungan intim sebenarnya boleh juga dilakukan secara ringan.
Dakapan mesra
Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Walaupun suami anda demam atau mengalami sakit teruk yang berterusan. Pelukan hangat masih boleh dilakukan juga. Misalnya, membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan perasaan yang begitu asyik dan mengairahkan. Kemudian, rapatkan dada anda ke dada suami dan berikan pelukan dengan hati yang ikhlas dan mesra terhadapnya. Selain itu, ia melambangkan bahawa anda menyayanginya sepenuh hati.
Belaian rambut
Rambut turut membantu hubungan suami isteri agar lebih mendebarkan. Hal ini kerana, memainkan rambut anda ke tubuh suami, dapat menaikkan nafsunya terhadap anda. Tetapi, jika anda berambut pendek, ubah cara itu dengan memberi usapan manja kepada rambut suami atau bulu dadanya jika ada.
Gigitan manja
Awas! ini hanya boleh dilakukan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Kalau nak buat sekalipun, kahwin dulu baru tahu keghairahannya melakukan aksi ini. Misalnya, buat gigitan manja di leher atau bahagian tubuh suami. Gigitan itu mampu merangsangkan suami walaupun ketika si dia sedang sakit. Ada ketikanya, gigitan manja ini membolehkan suami melupakan seketika sakit yang dialami, semata-mata ingin memuaskan nafsu isteri.
Tinggalkan pakaian di tempat tidur
Jika kedua-duanya bekerja, tetapi suami belum mula bekerja akibat sakit yang dialami. Isteri boleh melakukan aktiviti ini setiap hari, di mana meninggalkan pakaian dalam wanita di tempat tidur suami. Ini membantu suami agar lebih ghairah terhadap anda apabila terpandangkan benda-benda itu. Sehingga terlupa kesakitannya dan sentiasa membayangkan anda setiap waktu.
Hembusan nafas
Sebenarnya, apabila pasangan sedang sakit, beliau inginkan perhatian dan belaian manja daripada isteri. Inilah saat-saat yang boleh anda tunjukkan kepada suami. Di mana mendekatkan diri kepadanya dan secara tidak langsung membuatkan nafas anda tidak menentu untuk bersamanya. Si dia tentu dapat merasai melalui hembusan nafas itu. Dan pasti suami akan memenuhi permintaan tersebut untuk bersama walaupun sekejap sahaja.
Pakaian yang menghairahkan
Sesekali guna pakaian dalam yang jarang. Ia menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan. Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.
Penggunaan minyak wangi
Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau berirama romantis. Haruman di tubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang berbau harum, pasti suami akan memandang anda dengan begitu selera.
Kucupan mesra
Akhir sekali, kucupan mesra buat suami mampu membangkitkan keghairahannya terhadap anda. Seperti kucupan di bibir, telinga mahupun leher. Sebagai contoh, kucupan mesra isteri buat suami di bibir boleh membantu memulihkan perhubungan itu kerana mungkin anda sudah lama tidak bersama, jadi cara ini boleh sentiasa dilakukan.
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|