View: 1270|Reply: 0
|
Tip Buka Buku Baru Selepas Nikah
[Copy link]
|
|
Tidak mudah melupakan kekasih yang dikenali sejak sekian lama. Perhubungan yang dibina bertahun-tahun diharapkan kekal hingga ke jinjang pelamin, namun sayangnya terputus begitu sahaja.
Puas sudah hati melupakan si dia walaupun kehadiran pasangan yang sah dinikahi di depan mata, namun segala-galanya tidak sama. Tetapi yakinlah tetap ada cara untuk lupakan si dia asalkan anda betul-betul istiqamah dan berusaha untuk bina lembaran baru untuk kehidupan lebih baik di masa akan datang.
Ikuti tip ini untuk membantu anda melupakan kekasih lama. Sudah-sudahlah mengenangkannya:-
- Kali pertama, padamkan segala medan sosial yang berkaitan dengan kekasih lama. Jangan sesekali melibatkan diri walaupun dengan keluarganya. Jika perlu tukar no telefon atau ‘block’ tanpa sebarang alasan.
- Kalau boleh pindah rumah sekiranya lokasi rumah anda pernah diketahui oleh bekas kekasih lama. Bukan apa, untuk elakkan si dia ‘gila meroyan’ jika tahu anda telah berkahwin.
- Jangan dilayan filem-filem lama yang menyedihkan. Elakkan membiarkan anda tinggal keseorangan untuk mengelakkan rasa sunyyi terkenang kenangan lama.
- Tiada orang yang lebih sempurna melainkan anda membuka hati dan berterima kasih dengan pasangan baru anda iaitu suami atau isteri yang anda kasihi.
- Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti dan kerja harian anda setiap hari. Tetapi jangan pula sampai mengabaikan diri pada keluarga plak ye..
- Buang segala hadiah atau kenangan anda walaupun mahal dan berharga. Sekarang tiada yang lebih berharga melainkan kasih sayang pasangan yang sah sehingga ke akhir hayat.
- Pandang ke depan dan lihatlah kebaikan yang sentiasa anda hadapi. Wajah anak-anak dan suami sebagai lambang cinta sebenar anda berdua.
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|