Alangkah uniknya hidup ini, Senangnya ujian, apalagi susahnya. Suka nya adalah cubaan, apalagi dukanya. Bahagia nya fitnah, apalagi sengsaranya, lebih fitnah.. Untuk sederet ujian di atas, dan juga ujian-ujian lainnya, setiap manusia punya lompong-lompong pertahanan dalam jiwanya. Bila ujian-uijan itu, benar-benar hanya ujian kemanusiaan, mereka, dalam batas-batas tertentu punya instinct dan kekuatan kemanusiaan untuk bertahan..
Sebab Allah telah memberi setiap makhlukNya kekuatan untuk bertahan..
Tetapi..sederet ujian di atas, sungguh akan terasa berat..bila sampai mengganggu sisi kemusliman seseorang, menggoncang keyakinan, mengotori moral ketundukan kita kepada Allah.. Lalu menjuntai dari dalam hati prasangka buruk kepada Allah.. mengalir gumpalan-gumpalan kekecewaan akan takdir Allah bahawa Allah serasa tidak adil…
Lebih berat dari semuanya, adalah ketika ujian kemanusiaan telah merosak paradigma kemusliman kita. Ketika seorang muslim mulai tidak yakin dengan keyakinannya. Bangunan akidah yang meyakini bahawa Allah Maha Kuasa atas seluruh makhluk di langit dan di bumi mulai terlihat condong. Keraguan mulai merambat perlahan pada relung hatinya. Lalu dengan setengah takut mulai muncul pertanyaan, Dimanakah Allah dalam keadaan ini??v Sebuah ujian adalah Takdir…
Takdir, kerana manusia dicipta untuk diuji. Manusia ada dalam kuasa Allah. Allah menciptakan manusia, lalu sesudah itu Allah memberi mereka ujian demi ujian, Cubaan demi cobaan, fitnah demi fitnah..
“Maha suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa dia antara kamu yang lebih baik amalnya.”
(QS. Al-Mulk: 1-2)
Ujian dalam bentuk sesuatu yang menyedihkan- seperti kata Sayyid Qutb- sangat mudah di jelaskan. Bahawa ia berfungsi mengenali sejauh mana daya tahan seseorang, kesabarannya atas kesusahan, kepercayaannya kepada Rabb nya, pengharapannya atas RahmatNya.. Adapun ujian, cubaan dan fitnah dalam bentuk kesenangan, jesteru itu yang perlu penjelasan. Bahawa ujian dan cubaan dalam bentuk kebaikan jauh lebih mencengkam.
Betapa banyak manusia tegar menghadapi ujian yang menyedihkan, tetapi alangkah sedikit yang tetap kuat menghadapi ujian pada hal-hal yang baik dan menyenangkan. Betapa banyak yang sabar menahan sakit dan kepayahan, tetapi alangkah sedikitnya yang kuat dan sabar menghadapi ujian kesihatan dan kemampuan fizikal. Alangkah terbatasnya yang mampu menahan beban-beban ujian yang menyenangkan itu..
Ujian adalah Harga.. Semakin berharga benda, semakin mahal harganya.. Sebab, seperti kata Sayyid Qutb, “Iman bukan kata-kata yang di umbar. Tetapi ia adalah hakikat yang punya beban. Amanah yang punya cubaan. Perjuangan yang memerlukan kesabaran. Kesungguhan yang memerlukan rasa penanggungan. Tak cukup orang berkata aku beriman. Tanpa ia menunjukkan bukti-buktinya.. Hingga ia mengalami ujian lalu ia tegar dan keluar dari dalamnya dengan bersih..dan jernih hatinya. Seperti api yang membakar emas, untuk memilih bijih murni nya dari karat besinya.
pakarcinta
|