CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 0

Perbezaan Antara Lelaki & Budak Lelaki : Apa Itu Cinta

[Copy link]
Post time 21-10-2015 06:09 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin bagi mereka yang sedang hangat berkasih sayang, cinta adalah keinginan dua individu untuk menerima antara satu sama lain.

Namun bagi mereka yang sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak, perspektif tersebut mula berubah.

Bagi mereka yang sedang hangat bercinta sekarang, pengguna Facebook Irmandyadi Idris, mempunyai nasihat untuk anda semua. Dan ianya akan merubah perspektif anda mengenai apa itu cinta dan menjelaskan antara Cinta Seorang Budak Lelaki dan Cinta Seorang Lelaki.

Ikuti Nasihat Dari Irmanyadi Idris

Aku baru mendapat berita dalam 24 jam, aku akan dapat anak buah yang ke empat. Mesti adik aku tengah panik.

Nak jadi bapak ni, bila mula-mula dia memang seronok. Dapat tau isteri mengandung, dapat tau bila due date, first time kau tengok anak kau...semua benda tu memang best.

Tapi untuk seorang lelaki yang baru jadi bapak, first 1-2 minggu tu, amatlah kritikal. Sebab waktu tu la kau akan terasa "oh...this shit is getting real. Im a dad.."

First time kau rasa kau terganggu tidur, first time kau kena bangun cuci bontot anak. First time kau pegang taik. First time kau nak keluar tapi tak boleh sebab kau dah ada anak. Restriction tu akan datang sikit demi sikit dan percayalah, memikirkan isu tu sebelum kau ada anak amat berlainan dengan realiti selepas kau memang dah ada anak.

Kau tengok bini pun kadang2 ada rasa nak mengamuk aje, sebab....kau meronta-ronta nak kebebasan kau sebelum tu balik.

Jadi, kunci dia selalunya bergantung dekat apa pandangan kau dekat isteri kau selepas tu. Kau kesian dengan dia atau kau buat tak peduli aje sebab pada kau, itu tanggungjawab mak la.

Itulah yang akan membezakan antara seorang lelaki dan seorang budak lelaki. Budak lelaki, walaupun dah kahwin, masih lagi terhegeh-hegeh nak kejar kebebasan yang dia baru sedar dia dah hilang. Ada jugak jenis, bila realiti hilang kebebasan tu jatuh atas bahu dia, dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan kembali kebebasan.

Pada waktu tersebut barulah ramai pasangan yang sedar, dalam sebuah perkahwinan, tidak ada sebenarnya istilah cinta yang tidak berkesudahan sebab memang betul, dalam perkahwinan, cinta boleh putus.

Normal.
Dalam perkahwinan akan ada benci.

Tapi lelaki akan pikul tanggungjawab. Itu sebenarnya cinta. Cinta bukannya kasih sayang cintan cintun ni semata-mata. Cinta sebenarnya adalah kesediaan untuk melakukan sesuatu yang kau berat sangat nak hadapi yang takkan berkesudahan, yang kau tau akan merantai kau sampai bila-bila.

Kau nak tau apa benda dalam perkahwinan yang takkan berkesudahan?

Timbunan baju yang perlu dibasuh, disidai, dilipat dan dimasukkan semula ke dalam almari.
Itu, adalah simbol elemen cinta yang takkan berpenghujung. Jangan risau lah. Once anak dah 3-4 tahun, nanti ada la masa kau balik untuk jadi budak lelaki.



siakapkeli


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.033172 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list