CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 0

Bongkar 6 Rahsia Bahan Dapur Rawat Luka

[Copy link]
Post time 26-10-2015 01:19 PM | Show all posts |Read mode

        Kemalangan kecil seperti terkena air panas, luka akibat terjatuh atau terhiris pisau dan sebagainya antara kecederaan yang mudah dialami. Jangan panik kerana luka-luka ringan boleh dirawat menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Jom bongkar rahsia ini...
       
       
        1. Uncang Teh
       
        Apabila berhadapan masalah luka kecil,  ambil uncang teh dan letakkan di atas luka. Antara luka yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah terkena gigitan serangga kerana tidak terlalu bahaya.
       
       
        2. Madu
       

        Agen antibakteria yang terkandung di dalamnya mampu mencegah dari berlakunya jangkitan yang berterusan serta masalah pembengkakan di tempat luka. Dipercayai luka akibat melecur juga mampu dikurangkan menggunakan madu dengan cara menyapu di bahagian yang sakit.  Dari sudut kecantikan, madu sangat luar biasa kesannya untuk kulit wajah.
       
       
       
        3. Serbuk Kunyit
       
        Serbuk kunyit dikatakan berupaya menghentikan pengaliran darah seterusnya mencegah berlakunya jangkitan kuman di bahagian luka yang terdedah. Berfungsi untuk mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk. Semuanya disebabkan sifat antiseptik yang terdapat di dalamnya.

       
       
       
        4. Daun Lidah Buaya
       
        Daun ini boleh mengubati luka-luka kecil dan masalah melecet. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyapukan lendir daun lidah buaya ke tempat yang bermasalah dan biarkan seketika. Ulangi kaedah ini sehingga luka kembali sembuh.

       
       
        5. Gula
       
        Boleh mengubati masalah luka-luka ringan dengan menyerap air yang ada padanya melalui kaedah sapuan. Perlu dialirkan air bersih ke bahagian luka selepas 15 minit disapu gula kerana dibimbangkan boleh mengundang mudarat yang lebih besar nanti.
       
       
        6. Cuka Epal
       
        Bagus bagi mengubati luka-luka kecil disebabkan kandungan sifat anti gatal yang dipercayai membantu untuk proses penyembuhan.

mingguanwanita





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037903 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list