CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3955|Reply: 9

Tahukah Anda Asal-usul Penciptaan Payung?

[Copy link]
Post time 30-10-2015 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 30-10-2015 08:42 PM

Percaya atau tidak, payung sudah dicipta lebih daripada empat ribu tahun dahulu. Pada mulanya, ia digunakan sebagai pelindung buat golongan raja-raja sewaktu tamadun purba di Afrika, Asia dan Yunani.



Bukti ini dapat dilihat melalui peninggalan artifak kuno yang ditemui.

Tujuan asal payung dicipta bukanlah untuk mengelak hujan, tetapi untuk melindungi golongan raja daripada sinaran matahari. Setelah ratusan tahun, barulah payung digunakan untuk tujuan lain.

Perkataan umbrella sendiri diambil daripada bahasa latin, 'umbra' yang membawa maksud bayang-bayang.

Penduduk dinegara China merupakan orang pertama menggunakan payung sebagai perlindungan kalis air bagi mengelakkan diri mereka dibasahi hujan. Mereka menyapukan lilin pada kertas payung untuk menjadikan ia kalis air.


Payung pada artifak purba.


Payung paling tua yang direkodkan ialah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Xin. Pemerintah ketika itu ialah Wang Man, telah mengarahkan penciptaan payung lipat.

Di London pada tahun 1830, payung pertama dijual secara komersial di sebuah kedai kecil bernama James Smith and Sons.

Payung versi anak-beranak ini dibuat menggunakan kayu berbentuk seperti tulang ikan paus, dimana kain payung tersebut disapu dengan minyak. Kayu yang digunakan sangat tebal membolehkan ia bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Malah, kedai ini masih dibuka di kota London dan menjual payung yang sama sehingga ke hari ini.



22 tahun kemudian, Samuel Fox, telah mencipta payung versinya sendiri yang diberi nama Fox Frame, yang mempunyai besi dalam reka bentuk dalamannya.

Payung versi Fox merupakan payung yang paling hampir dengan ciptaan payung sebenar pada zaman ini.

Selamat membaca..


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2015 10:19 AM | Show all posts
Kalau di China boleh jumpa pelbagai jenis design payung dari yang tradisional hingga ke yang modern.  Hanya kat Malaysia penggunaannya agak kurang melainkan waktu hujan lebat je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih ingat ms kecik..payung kertas..skarang dh x de
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 11:22 AM | Show all posts
"sediakan payung sebelum hujan"
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 04:22 PM | Show all posts
sapa plak buat baju hujan pertama didunia?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 04:46 PM | Show all posts
payung cantik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 03:44 PM | Show all posts
mcm2 design payung dh skang nih









Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:55 PM | Show all posts
yg bwh sekali tu mcm pernah nampak penyanyi no. 1 negara pakai kat satu majlis suatu ketika dulu....
tp takdelah gedabak besar mcm tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 04:16 PM | Show all posts
kejoraria replied at 25-11-2015 03:55 PM
yg bwh sekali tu mcm pernah nampak penyanyi no. 1 negara pakai kat satu majlis suatu ketika dulu.... ...

haha...me pun trus tingat tu jgk
igtkn inspirasi dr tudung saji
rupanya umbra...



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Payung last tu nampak canggih...tapi sekali dia lambai keluar tangan basah, terus nampak bongok si pemakai... Huhuhu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.277067 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list