View: 10934|Reply: 18
|
Istana terbiar 100 tahun milik Tunku Kudin bukan Raja Bersiong
[Copy link]
|
|
Menurut Persatuan Sejarah, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong, namun kesahihannya diragui. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas bukan Istana Raja Bersiong sebagaimana diperkatakan orang ramai, kata Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof.
Sebaliknya, kata beliau, istana tersebut adalah kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.
"Istana itu bukan sama sekali milik Raja Bersiong. Raja Bersiong tak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, ia hanyalah satu episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa," katanya baru-baru ini.
Istana tersebut, katanya, dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor pada 1867.
Istana dua tingkat itu, kata Wan Shamsuddin, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.
Menurutnya, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong termasuk kubur Raja Bersiong di Kuala Muda, tiang bendera Raja Bersiong di Tikam Batu serta keris di Kampung Kota Bukit, Jeneri, namun kesahihannya diragui.
Tinjauan Bernama mendapati, istana yang terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun, malah turut diletakkan sebuah tong sampah besar di hadapan tinggalan bersejarah tersebut.
Seorang penduduk, K.Jagesan, 60, berkata, beberapa individu mengunjungi tempat itu dan meminta untuk mendapatkan satu blok bata istana tersebut, namun dia menolak kerana tidak berani berbuat demikian.
Wan Shamsudin berharap, tinggalan bersejarah tersebut dibangunkan dan dipulihara kerajaan negeri, memandangkan ia merupakan tinggalan lama yang berpotensi dijadikan tarikan pelancong.
Menurutnya, jika istana itu dibangunkan dan dipulihara, ia mampu menjadi satu nilai tambah sempena kempen 'Discover Kedah 2016' yang akan datang, seterusnya menarik kedatangan pelancong dalam dan luar.
p/s : ambo tengok kalau bangunan sejarah kat negara kita banyak yang terbiar... kalau mat saleh memang dia jaga betul2 sebab ni bahan sejarah...
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm dh ade thread ni lau xsilap |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dijaga elok2 mesti cantik |
|
|
|
|
|
|
|
alangkan Petronas Twin Tower pun dah ada ura ura nak diruntuhkan inikan pula rumahburuk ni
paham paham jelah perangai ummah suchi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
scary nyer.....geng paranormal xnak masuk sini ke?? nnti boleh share cite kat bod misteri |
|
|
|
|
|
|
|
100 tahun? maksudnye 1905 kan.. x de la tua sangat.. kira dah masuk zaman moden jugak.. plus ade binaan berbatu.. |
|
|
|
|
|
|
|
twin tower nak diruntuhkan? betul ke? sebab nak diruntuhkan? |
|
|
|
|
|
|
|
sayang tak terbela..sepatutnya peninggalan sejarah camni dipelihara dan dijaga dengan baik..
cer tengok kat Eropah sana...banyak bangunan lama yang di pelihara dan digunapakai walaupun
dah beratus2 tahun usianya...tak ada ke waris2 yang nak bangunkan balik istana ni..nampak cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
ramaiahli sejarah yang menyatakan amat sukarrr...... untuk menafikan wujudan Raja Bersiong nim
dan amat sukar juga untuk membuktikan kewujudannya. Sebabnya begitu banyak versi Raja Bersiong yang diturun-temurunkan hingga laa ke hari ini sehingga ada yang percaya beliau mempunyai pawer sakti dan tak kurang juga mendakwa.... roh raja ni yang, tidak aman menjerit meminta tolong di sebuah pulau di mana beliau telah dikurung suatu ketika dahulu. korang boleh google saja. Pendapat peribadi aku, Raja Bersiong itu wujud satu ketika dahulu. Yang istimewa pada dia hanyalah pada siongnya di kanan dan kiri. Mungkin beratus tahun dahulu sungguh susah untuk bertemu dengan seseorang yang bersiong dan berstatus Raja pula, makanya sudah pasti keunikan tersebut menjadi buah mulut ramai. Itu saja..mcm ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayang istana ni jika dibiarkan musnah begitu sahaja ia munggkin sanggat berguna buat jenerasi yang akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
Back in 1992, I met a group of "ahli sejarah Kedah" (only 3 person) while visiting a friend of a relative in Yala (Jala) Thailand. They said they were studing a remnant/ruin they suspect was the prison of Raja Bersiong. Never heard from them since. So Raja Bersiong is not Kedah History. Kedah history is already so rich, we need no cloud to distract from real history.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin pd waktu itu, kawasan pemerintahan raja bersiong merangkumi selatan thailand.....jd tak hairan kalau ada perkaitan antara sejarah kedah dgn selatan thai
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang terbiar mcm tu je...kalo kt oversea istana lama kemain dijaga elok jadi tempat pelancong lagik |
|
|
|
|
|
|
|
Yes. Even dalam cerita Raja Bersiong rekaan Tunku Abdul Rahman, ada di sebut Pathani. dan kemungkinan besar ceritanya bermula apabila Raja itu lari dari Nakhon atau Pathani ke Kedah.
....but what I meant is that there were no publication of their finding nor any "noise" regarding the said "prison". My conclusion is that the study was not solid enough or the ahli sejarah Kedah were bunch of ameteurs spending time resulting nothing.
Now prof. Mokhtar Saidin and the USM group studing Sg. Batu are professionals and they are not the political backed "ahli sejarah Kedah".
|
|
|
|
|
|
|
|
ade terbaca Pasal Raja Bersiong nih dlm ringkasan riwayat YDP Agong yg dipamerkan kat Istana Negara yg lama.... wallahualam... tp kalau dah tertulis kat situ takkan mitos plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Di akhir zaman ni, penipuan comes from all "hadap" angles. Not surprise to come from the top authority.
Ad-Dajjal Al-Masih. Dajjal meaning "deceiver" or "convincing liar". Guess what "Masih" means....???
|
|
|
|
|
|
|
|
radhi replied at 27-12-2015 01:30 PM
Di akhir zaman ni, penipuan comes from all "hadap" angles. Not surprise to come from the top autho ...
Ok2...
Mmm tolong la bg pencerahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Tong sampah ke dpn tinggalan istana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
So sorry....I missed and overlook your request here.....
The term "Masih" or "Masihi" is an Arabic term having a sister term "Messiah" in Hebrew. The Latin term for "Messiah" is "Khristos" that was later being used and borrowed by a much younger language; English (only ~500 years old) as the term "Christ".
Literally the word "Maseh" just means "to wipe"......but spritually it has bigger meaning.
See/refer.....https://www.youtube.com/watch?v=MvxpjznDCjY
(check at 16:05)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|