CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 7

Bila Suami Puji Wanita Lain

[Copy link]
Post time 4-11-2015 10:35 PM | Show all posts |Read mode


“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.


“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.


“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.


“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.


“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.


Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.


“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.


* * * * * * * * * * * * * * *

Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.

Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripadaperasaan cemburu.

Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejatimenjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.

Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.

Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.

pakarcinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 09:20 AM | Show all posts
huntungg laa muka cantik dari fasha sandhaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:14 AM | Show all posts
sowhat?

i mean  kalau dia puji - say, Cara  or X ladies  tu cantik, i mean okaylah jujur lah tu


apasal nak marah?  or terasa, that guy is just making a comment about another lady's attribute ? insecure je yg nak terasa terasa ni.

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:17 AM | Show all posts
article ni seolah olah melihat wanita ni  sebagai seorang manusia  yg dok di tepi sungai berkelubung batik dan baju melayu klasik .....ke?

i mean , my god this is 21st century .
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:18 AM | Show all posts
what kind of wife is this?
goshhhhh...jgnlah buat article macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:27 AM | Show all posts
klu aku la... laki aku ckp cemtu...
meh sini aku nak jawab..
'oh cantik yer bang... kulit die cantik? baju die cantik? mekap semua?..
meh sini abg bagi duit kat saye.. saye akan cantikkan diri saye utk abg..bla2"
hahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 02:00 PM | Show all posts
khailya replied at 6-11-2015 09:27 AM
klu aku la... laki aku ckp cemtu...
meh sini aku nak jawab..
'oh cantik yer bang... kulit die cant ...

ai slalu ckp gitu jgk kat tunang..nak bakal bini cantek..meh bak kasi duit..
asek kasi muncung sedepa je watpa kalau nk mintak tambah duit blanja..

Btw, kdg i slalu ckp, bila laki tu asek puji pmpuan lain, kdg x pasan agaknya bini sendiri kena dipuji and diusha laki lain..
padan lah muka..kbaii..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:06 PM | Show all posts
tanak-balik replied at 6-11-2015 02:00 PM
ai slalu ckp gitu jgk kat tunang..nak bakal bini cantek..meh bak kasi duit..
asek kasi muncung se ...

kan..! hahahaha biar diaorg terase ha...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064899 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list